Tahniah diucapkan buat Danny-Factor dan isteri Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn yang telah dikurniakan cahaya mata pertama pagi tadi. Lyn selamat bersalin anak pertamanya di Hospital Putrajaya. Mingguan Wanita sempat mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
“Walaikumsalam, terima kasih atas ucapan dari Mingguan Wanita. Saya berasa sangat gembira pada hari ini ungkapan ini sukar diucapkan. Ya lah penantian selepas tujuh tahun akhirnya rezeki kurniaan dari Allah SWT.
“Syukur berkat kesabaran dan hadapi dengan tenang rezeki akan datang jua. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua kenalan yang tak putus mendoakan buat kami sekeluarga,” ungkap Danny ketika dihubungi.
Ads
Beberapa minit kemudian Danny memuat naik statusnya dan berkongsi gambar puteranya dengan kata-kata;
“Buat tatapan teman2 semua .. inilah Putera kami yg Pertama selepas penantian selama 7Tahun.. Terima kasih jugak to my Wife @lynkhardanie yg bersusah payah selama 38week 2hari #EbRaHIMDhAnIe #itsaboy Thank you semua yg doa dan wish tahniahh Syukur Alhamdulillah ..”
Ads
Permata hati kesayangan Danny dan isteriHero yang dinantikan oleh Danny.Danny dan Lyn cukup bersabar menantikan kehadiran cahaya mata.
Sebelum dihubungi Danny telah memuat naik status di FB akaun miliknya yang menggunakan nama Danie Anwar dan berkongsi perasaan syukurnya;
Ads
“Alhamdulilah Syukur Diatas kurniaanmu Ya Allah SWT… terima kasih kepada yang mendoakan keatas isteri dan ank lelaki pertama kami Tepat Jam 1115am .. 28022019 Khamis .. lahirnya Putera kami . yeayy Now my new tittle Papa Dada ayah daddy pokmu .. Terima kasih .. Atuknya Tengah Azan .. #1stbaby #itsaboy #khamis #28022019 #myhero”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 5.13pagi. Meskipun ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebrti, namun kehilangannya terasa begitu dekat di hati semua, bagaikan pemergian ahli keluarga sendiri.
Benarlah orang baik ramai yang sayang. Namun ternyata Allah lebih menyayangi Siti Sarah dan memilihnya untuk meninggal dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’. Pasti ada antara amalannya yang diangkat ilahi, menjadikan kematian yang cukup ‘dicemburui’ ramai. Tak putus-putus didoakan oleh ramai orang setiap hari, mati dalam keredhaan suami, melahirkan anak dan selepas berhijrah kepada kebaikan.
Dekatnya Siti Sarah Di Hati Semua..
Baca perkongsian ini daripada Puan Natipah Abu ini.
SITI SARAH RAISUDIN 37 TAHUN
Bukan hanya kerana dia seorang artis tetapi wanita hebat ini juga layak diangkat sebagai idola buat semua isteri di luar sana.
Betapa tidak, dari video-videonya yang tular di sosial media bukan hanya memaparkan kebahagiaan beliau semata. Tatap, lihat dan hayatilah, bagaimana dia bukan sahaja bermanja penuh kasih dengan suami bahkan dia juga memanjai suaminya dengan penuh cinta.
Bicaranya, sendanya, marahnya , rajuknya, sentuhannya bahkan seluruh bahasa badannya jelas disorot bahawa betapa permaisuri pilihan ini utuh bersemayam di lubuk hati suami.
Hakikat lelaki itu .. walau setegas dan segasar apa pun dia, fitrahnya tetap mendambakan rasa dihargai dan ditatang sepenuh jiwa oleh seorang isteri.
Kebahagiaan rumah tangga tidak diukur dengan harta atau zuriat yang ada tetapi yang paling utama saling memberi dan menerima. Melengkapi antara satu sama lain.
Dari kemesraan balas suami..jelas Siti Sarah bukan sekadar hanya seorang penghibur di mata rakyat Malaysia .. tetapi dialah idola isteri solehah yang wajar dicontohi pasangan muda.
Maka itu, tidak hairanlah betapa dekatnya Siti Sarah di hati semua dan hari ini untukmu Siti Sarah Raisudin.. Malaysia menangis…
Semoga syurgalah tempatmu.
Al Fatihah.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suaminya, Shuib Sepahtu dan empat orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, bayinya yang baru dilahirkan secara pembedahan.
Mingguan Wanita : Semoga jihadnya melawan sakit, melahirkan anak dan berjuang melawan wabak serta mati dalam redha suami, arwah Siti Sarah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dimasukkan di syurga hendaknya. Alfatihah.
Di sebalik senyum manis dan wajah tenangnya, pelakon dan pengacara Elfira Loy menyimpan kisah perjalanan hidup yang tidak ramai tahu mengenainya. Dalam satu sesi bual bicara penuh emosi menerusi podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira mendedahkan bahawa permulaan kariernya sebagai pelakon bukanlah kerana minat… tetapi demi membantu insan paling penting dalam hidupnya — ibunya.
“Orang ingat saya suka berlakon. Tapi sebenarnya tidak. Saya masuk dunia seni sebab nak bantu ibu. Ketika itu kami sekeluarga perlu tambah pendapatan untuk tampung keperluan adik-beradik,” luah Elfira perlahan, mengimbas kembali memori remajanya.
Kali pertama dia mendapat bayaran adalah selepas menjayakan sebuah teater. “Saya masih ingat perasaan masa tu… dapat duit hasil titik peluh sendiri. Dalam hati saya cakap, ‘Oh… kerja ini boleh tolong ibu saya.’ Dari situ saya teruskan, walaupun saya sebenarnya seorang yang introvert, yang tak selesa berada di depan kamera.”
“Ibu saya pun tak tahu saya tak suka berlakon. Saya pura-pura gembira sebab saya tahu, kalau saya sedih, ibu saya akan dua kali ganda lebih sedih. Saya belajar untuk pendam perasaan sejak kecil.”
Di sebalik kepayahan, Elfira sentiasa mencari kekuatan dalam hubungan peribadinya dengan Allah SWT. “Saya dari kecil memang banyak bergantung pada Allah. Apa-apa yang saya rasa, saya cerita pada Dia. Itu cara saya tenangkan diri.”
Matang Sebelum Waktunya
Pengalaman sebagai anak sulung dalam keluarga yang melalui fasa penceraian ibu bapa menjadikan Elfira seorang yang matang sebelum waktunya. Dia sedar, jika dia lemah, adik-adiknya akan rasa lebih terkesan. “Saya tak boleh terlalu larut dengan kesedihan. Saya kena kuat untuk mereka.”
Tidak cukup dengan ujian keluarga, Elfira juga pernah melalui episod hitam dalam hidup apabila pertunangannya putus pada tahun 2018. “Saya tak sangka orang boleh buat saya macam tu. Saya tak pernah luah dekat sesiapa. Bila wartawan tanya pun, saya diam. Tapi dalam diam tu… hati saya hancur.”
Namun di sebalik kesedihan itu, dia kembali mencari cahaya, di masjid, dalam doa, dan dalam kekuatan spiritual.
“Itu titik perubahan saya. Saya kembali kepada Allah sepenuhnya. Saya nampak hikmah di sebalik semuanya. Allah bagi semula semua yang saya perlukan… cuma satu saja tak dapat,” katanya penuh makna.
Kini, Elfira bersyukur kerana penghijrahannya diterima baik oleh keluarga, rakan-rakan dan juga peminat. Dia tidak lagi terlalu memikirkan apa orang kata, tetapi lebih fokus kepada redha Allah dalam setiap langkahnya.
“Saya selalu ingat kata-kata seorang ustazah, bahawa dalam hidup ini ada dua jalan – satu untuk Allah, satu untuk manusia. Kalau kita hanya ikut jalan manusia, kita akan lupa Allah. Tapi kalau kita buat kerana Allah, insya-Allah… manusia pun akan faham akhirnya.”
Dengan penuh rendah hati, Elfira mengajak semua wanita untuk tidak takut berubah ke arah kebaikan. “Kadang kita takut nak mula… takut makan diri. Tapi percayalah, mungkin itulah amalan yang akan selamatkan kita nanti.”
Mengejutkan sungguh penampilan terkini pelakon cantik manis, Fathia Latiff yang tampil dengan imej berambut pendek. Dan tak lagi mengenakan tudung.
Beberapa hari lalu Fathia membuat kejutan di instagram miliknya. Memadamkan semua gambar dan meninggalkan sekeping saja gambar berambut pendek. Seolah-olah sedang memberi satu gambaran kepada para peminatnya.
Rupa-rupanya ada kisah yang mahu Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 32 sampaikan.
Dan ketika ditemui pemberita dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen, Fathia berkongsi sisi sebenar imej dirinya yang terkini, tampil dengan berambut pendek.
Tak Mahu Menipu Diri Sendiri
Katanya, dia tak lagi mahu menipu diri sendiri. Tiga tahun memakai hijab, dirinya berasa tidak benar-benar ikhlas. Dua tahun Fathia ambil masa untuk kenali dirinya sendiri. Dan akhirnya, persoalan yang bermain difikirannya sudah pun terjawab.
Akuinya, keputusannya memakai tudung dahulu adalah disebabkan dirinya sedang kecewa dan murung. “Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kata.”
Dia sedar keputusannya itu akan mengundang kontroversi dan kecaman. Bagaimana pun dia akur dengan tindakannya itu malah sudah bersedia dengan kritikan netizen.
Kini, Fathia tak mahu lagi berselindung disebalik imej bertudung yang mula dipakai sejak April 2016. “Apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tak takut pada sesiapa.”
MW : Barangkali dengan keputusan ini, Fathia dapat menemui kehidupannya yang sebenar dan tak perlu lagi berpura-pura dengan dirinya sendiri.
Sumber/Foto : Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...