Sesungguhnya orang yang baik pasti Allah sayang. Sejak tragedi ini berlaku, nama Kapten Afwan menjadi buah mulut orang disekelilingnya kerana sikap baiknya.

Pemergian juriterbang Sriwijaya Air ini amat dirasai oleh rakan sekerja kerana Kapten Afwan kuat beribadat dan selalu bagi nasihat pada kru.

Bayangkan rakan sekerja pun amat merasai kehilangannya, apatah lagi isteri dan keluarganya. Semoga mereka tabah menghadapi ujian berat ini.

Kapten Afwan Kuat Beribadat

Juruterbang pesawat Sriwijaya Air, Kapten Afwan disifatkan individu yang kuat beribadah sehingga kelibat dan nasihatnya dirindui semua staf syarikat penerbangan itu.

Menerusi laporan Tribunnews, pemergiannya amat dirasai terutama pramugari pesawat itu, Naning yang menyatakan arwah seorang yang baik dan sering mengingatkan tentang solat.

“Arwah adalah orang yang baik, dia selalu ingatkan jangan lupa solat.

“Dia juga tidak pernah meninggalkan ibadah dan tidak pernah marah walaupun keadaan penerbangan tertangguh atau ada masalah lain,” katanya yang kali terakhir menjadi kru penerbangan bersama arwah pada Disember 2020.

Ads

Arwah Selalu Bagi Nasihat

Sementara itu, Mareta berkata, arwah merupakan seorang yang penyayang dan suka mengambil berat mengenai masalah krunya.

“Dia suka bertanya keadaan krunya sama ada ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Begitu juga dengan keluarganya, sebaik tiba di lapangan terbang, arwah akan menghubungi mereka terlebih dahulu.

“Beliau sangat menyayangi keluarga. Semoga isteri, anak-anaknya diberi ketabahan mengharungi dugaan ini,” katanya.

Pemergian Juruterbang Sriwijaya Air Amat Dirasai

Jenazah Afwan adalah individu terakhir ditemukan oleh anggota penyelamat dan selamat dikebumikan di Taman Makam Bahagia, Pondok Rajeng, Bogor, Sabtu lalu.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang mengorbankan 62 kru dan penumpang termasuk 10 kanak-kanak dipercayai terhempas pada ketinggian kira-kira 3,000 meter dalam masa kurang seminit sebelum menjunam ke Laut Jawa sejurus berlepas dari Jakarta.

Ads

Baca Juga Di sini:

Sriwijaya Air Terhempas Selepas 4 Minit Berlepas, Serpihan Tubuh, Bangkai Pesawat Dijumpai Di Laut

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Arwah Tinggalkan Isteri & Tiga Anak Perempuan

Ads

Arwah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik lahir pada 26 Februari 1966 meninggalkan isteri, Pipit Rachimawati, 35, dan tiga anak perempuan berusia enam hingga 14 tahun.

Sementara itu, ahli keluarga arwah, Sjafzan Badar berkata, semasa hidup kapten itu sering menjadi imam di Masjid Ad-Daulah.

“Arwah sering menyampaikan dakwah dan nasihat kepada anak serta anak saudaranya. Kami kehilangan individu yang menjadi kebanggaan,” katanya.

MW: Sesungguhnya kehilangan orang yang berjiwa besar tentu amat dirasai oleh semua orang. Apatah lagi allahyarham memiliki peribadi yang mulia dan dihormati. Al-Fatihah dan salam takziah.

Sumber: Sinar Harian Online

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI