Payudara “besar-besar ni nak ke mana ya?” Memandai injek guna hyaluric acid sampai kena sawan tak henti. Allahu begitulah yang terjadi pada seorang wanita yang injek sendiri payudara.
Memiliki payudara yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Namun janganlah ikutkan perasaan dan bersyukurlah dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.
Sememangnya payudara yang anjal akan menyerlakan penampilan seseorang wanita. Namun janganlah dek kerana nak cantik sanggup merisikokan diri kepada bahaya.
Perkongsian dari Doktor Ahamd Zakimi Abdullah menerusi akaun Facebooknya sememangnya memberi pengajaran buat wanita di luar sana yang berlumba-lumba untuk kelihatan cantik terutama di bahagian payudara. Tidak dinafikan pada hari ini ubatan boleh dibeli secara mudah menerusi online namun janganlah beli barangan atau ubatan yang boleh merbahayakan nyawa.
Pesakit Wanita Kena Sawan Tanpa Henti
Kita boleh dapat pengajaran dari kisah ini. Nak cantik boleh tapi jumpa dengan doktor yang terlatih. Nak cantik boleh tapi jangan binasakan diri sendiri. Itulah.
“Doktor! Ada pesakit wanita berumur 30an, sawan, baru masuk redzone,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
“Baik-baik!” Jawabku ringkas.
Tanpa berlengah, aku terus berlari pantas ke Zon Merah. Kelihatan pesakit itu masih lagi sawan.
“Dah bagi valium?” Soalku.
“Dah bagi 5 minit lepas, Dr!” Ujar pegawai perubatan yang menjaga zon merah, Dr Faizal (bukan nama sebenar).
Pesakit itu diberikan oksigen ‘high flow mask’ dalam keadaan mengiring. Masih lagi sawan tanpa henti dari rumah sehingga ke zon merah.
“Bagi sekali lagi IV valium 5mg” arahan aku kepada tim kami.
“Baik!” Jawab Dr Faizal.
Pesakit masih lagi sawan walaupun dos Kedua Valium diberikan. Maka kami ambil keputusan untuk lakukan intubasi ke atas pesakit. Pesakit ini perlu bantuan mesin pernafasan akibat sawan terlalu lama. Keadaan ini dipanggil ‘Status Epilepticus’.
Setelah siap semua proses intubasi dan keadaan pesakit sudah stabil, sawan pun berenti.
Sejarah Perubatan tentang pesakit diberitahu oleh suami pesakit. Beberapa penyiasatan darah dari makmal semuanya normal. Kami masih belum dapat punca pesakit ini sawan.
Ads
Aku merancang untuk lakukan imbasan CT otak untuk pesakit ini.
Setelah beberapa minit kemudian, seorang lagi pesakit tiba di zon merah. Pesakit itu berumur dalam pertengahan 20-an. Pesakit itu juga mengalami sawan.
“Adoi! Seorang lagi sawan!” – bermonolog.
Sudah 1 Jam Sawan Tanpa Henti
Pesakit ini juga mengalami ‘status epilepticus’. Sawan sudah hampir 1 jam tanpa henti. Satu lagi kes intubasi dan memerlukan mesin bantuan pernafasan.
“Eh! Doktor! Pesakit yang kedua ni adalah kawan kepada pesakit yang first status epilepticus tadi” ujar Dr Faizal.
“Laaa ye ke? Apa masalah sebenarnya ni? Mereka buat apa eik, Dr Faizal?” Soalku.
“Ah ha… Dr. Mereka kena sawan masa kat tempat yang sama. Di rumah pesakit yang first tadi.”
Kami rasa pelik kerana kedua-dua mereka mengalami masalah yang sama. Adakah mengalami ketoksikan? Atau apa? Tapi tak semua penghuni rumah tu yang kena. Hmmm.
“Panggil husband pesakit tu balik. Saya nak tanya beberapa soalan lagi,” permintaan aku.
Banyak juga soalan tambahan yang aku tanya pada suami dia.
Aku ada tanya apa kaitan antara isteri dia dengan kawan isteri dia tu. apa yang mereka sama-sama lakukan di rumah mereka.
“Sebenarnya tadi isteri saya dan kawan dia ni tengah buat sesuatu, doktor” ujar si suami.
“Buat apa tu encik?” Soalku ringkas.
“Mereka tengah buat breast filler. Mereka buat sendiri-sendiri. Pakai injek-injek.”
“Apa?! Boleh tunjukan saya dorang injek apa?” Terkejut juga aku.
Maka si suami tunjukan aku gambar suntikan ‘breast filler kit’. Ada 4 picagari yang berlabel Hyaluronic Acid gel, dikatakan untuk membesarkan payudara dan 4 vial injeksi lignocaine 2% untuk ubat kebas (bias). 10 mls lignocaine 2% setiap vial.
Mengikut cerita dari si suami, isteri dia mengadu kebas dibahagian lidah dan bibir selepas beberapa minit kawan dia suntik di payudara sebelah kanan. Kemudian mengadu pening dan berdebar-debar selepas itu.
Si suami mengatakan isteri dia guna 2 vial lignocaine 2% bagi sebelah payudara. 2 belah bermakna dia menyuntik 4 vial lignocaine bersamaan dengan 40mls untuk ubat kebas sebelum suntik Hyalurolic acid sebagai filler.
Mereka beli dalam talian saja dan dipelajari dari YouTube katanya.
Mari sini aku tunjukkan bagaimana kira dos lignocaine yang disuntik;
Untuk maksimum dos lignocaine adalah 4.5mg/kg (tanpa epinephrine), jika lignocaine dengan epinephrine maksimum dos adalah 7mg/kg. Total maksimum dos adalah 300mg.
Ads
Maka, maksimum dos dalam mililiter sepatutnya disuntik oleh pesakit berat badan 58kg adalah;
Formula = max dose (mg) x berat (kg)/10 x concentration (%)
Maka,
lignocaine dos dalam mililiter tanpa epinephrine = (4.5mg x 58kg)/(10 x 2) = 13.05 mls.
Namun pesakit ini telah suntik lignocaine sebanyak 40 mililiter yang sepatutnya hanya 13 mililiter sahaja.
Sah, kedua-dua pesakit ini mengalami ‘lignocaine toxicity’.
Sejurus prosedur suntikan itu dilakukan, kedua-dua pesakit mengalami gejala seperti kebas bahagian lidah dan bibir, kemudian pening dan berdebar-debar. Lebih serius kedua-dua pesakit itu mengalami sawan akibat dari lebihan dos lignocaine.
Cara atau teknik pemberian pun aku tak pasti bagaimana. Betul atau tidak. Tak kena cara memang suntikan tersebut terus ke salur darah pun kita tak tahu.
Sangat-sangat berbahaya. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan terlatih sahaja.
“Faizal, bagi kedua-dua pesakit ni Intravenous lipid emulsion 1.5 ml/kg of 20% lipid. Then followed by infusion 0.25 ml/kg/min, ya. Lekas sikit,” ujarku.
“Baik, Dr!” – Dr Zek (For me, size doesn’t matter at all)
“Macam-Macam Orang Sekarang Ni” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan pendapat tersendiri.
Mingguan Wanita : Allahu nak cantik boleh tapi janganlah sampai badan binasa.
Bawang merah dan bawang putih biasanya menjadi satu kemestian dalam apa juga masakan. Namun jika selalu bawang-bawang ini ditumis dan dimasukkan dalam masakan, apa kata ia dimakan mentah begitu sahaja.
Ini kerana sekumpulan saintis mendakwa amalan memakan bawang merah dan bawang putih mentah setiap hari mampu mengurangkan risiko kanser payudara wanita sehingga 67 peratus, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.
Penyelidik mengkaji tabiat pemakanan lebih 600 wanita di Puerto Rico di mana kadar kes kanser tersebut meningkat dengan mendadak sejak beberapa puluh tahun lalu.
Risiko Kanser Lebih Rendah
Mereka mendapati wanita yang memakan lebih satu hidangan sos sofrito, iaitu sos berasaskan bawang merah dan bawang putih mentah setiap hari mempunyai kebarangkalian dua pertiga lebih rendah membentuk kanser payudara.
“Bagaimanapun, memakan kedua-dua jenis bawang itu dalam pelbagai bentuk lain tidak memberi manfaat serupa seperti memakannya secara mentah,” lapor kumpulan penyelidik tersebut.
Resipi sofrito berbeza-beza mengikut kawasan tetapi kebiasaannya mengandungi bawang merah dan bawang putih mentah di samping tomato, lada dan daun ketumbar.
Pelbagai jenis Sos Sofrito
Memakan kedua-dua jenis bawang itu secara mentah dianggap satu ciri penting dengan beberapa kajian terdahulu menggambarkan kandungan antioksidan yang melawan kanser dalam sayuran berkenaan akan musnah jika dimasak.
Imej menunjukkan sel barah payudara yang dirakam dan diperbesarkan menggunakan mikroskop.
Kajian Universiti
Kajian itu dijalankan secara bersama penyelidik dari Universiti Buffalo di New York dan Universiti Puerto Rico.
“Walaupun keputusan kajian kecil itu sangat menarik, lebih banyak kajian diperlukan sebelum kita boleh membuat rumusan tentang kesan memakan bawang merah dan bawang putih mentah terhadap risiko kanser payudara,” tegas Pengarah Penyelidikan badan amal Breast Cancer Care and Breast Cancer Now, Dr. Simon Vincent.
MW: Meskipun masih diperingkat kajian, tidak dinafikan memang ada makanan tertentu yang mempunyai antioksidan tinggi dan mampu merendahkan risiko kanser. Sebaiknya amalkan gaya hidup sihat dan kurangkan makanan berproses yang boleh menjadi punca kanser.
Pelbagai perkara perlu difahami dan dipelajari demi mengekalkan kebahagiaan perhubungan suami isteri. Melakukan hubungan intim pastinya lebih indah dengan pelukan, sentuhan dan pujukan mesra daripada pasangan. Namun ada ketikanya mungkin tanpa sedar, kesilapan yang dirasakann remeh ini mampu menyebabkan pasangan secara tiba-tiba hilang mood untuk meneruskan ‘aksi’ bercinta.
Berikut adalah beberapa perkara yang tidak patut berlaku semasa sedang berasmara.
1.Asmara yang tiada cumbuan
Wanita memerlukan ‘juadah pembuka hidangan’ sebelum menghadap menu utama. Kebanyakan isteri sentiasa mengharapkan suami mencumbui dirinya biarpun hanya di bibir. Oleh itu peruntukkan sedikit masa bagi melakukan aksi sebegini. Sesuatu yang mudah seperti usapan menggoda, ciuman bernafsu atau berbisik di telinga diikuti dengan satu pandangan yang menusuk ke kalbu mampu memberikan perbezaan.
2.Bersikap terburu-buru
Usah terlalu gelojoh ketika membuka pakaian isteri. Sekalipun tak sabar ke aksi seterusnya tetapi fikirlah bahawa pasangan tidak gemar diperlakukan dengan kasar. Belajarlah untuk membuka pakaian dengan perlahan dan teratur.
3.Berhenti rehat apabila pemanasan sedang rancak
Jangan sekali-kali berhenti rehat apabila ‘pemanasan’ sedang berlangsung dengan baik. Ingat bahawa tubuh isteri perlu disentuh dan dibelai selalu agar perasaan ghairah dan berahi tidak menurun. Jika tidak, sukarlah bagi anda untuk mendapat momen itu kembali. Teruskan rangsangan sehingga isteri betul-betul bersedia untuk beraksi ke acara kemuncak.
4.Melupakan zon rangsangan pada tubuhnya
Kebanyakan suami mudah hilang arah ketika berasmara, dengan menyangka isteri hanya sensitif di dua bahagian sahaja iaitu payudara dan vagina. Ini menyebabkan hanya kawasan tersebut sahaja yang menjadi titik tumpu para suami. Sebenarnya seluruh tubuh isteri memerlukan belaian anda. Mungkin di kawasan tengkuk, perut, peha yang akan membuatkan isteri rasa lebih ghairah.
5.Mencuba banyak teknik pada satu-satu masa
Ramai wanita memiliki sikap yang gemarkan aktiviti yang mencabar dan sanggup mencuba taktik baru di tempat tidur, apabila mempercayai pasangan mereka. Bagaimanapun, anda tidak harus memaksanya melakukan pelbagai teknik yang baru satu-satu masa. Cubalah melakukannya secara perlahan-lahan dan mulakan dengan teknik yang mudah.
6.Bersikap terlalu dominan
Sikap suka mengarah akan menyebabkan hubungan seks menjadi punca tekanan dan tidak menyeronokkan. Apa kata cuba menyuarakan pendapat menggunakan bahasa yang lembut, berbicara dengan mata atau menggerakkan tubuhnya ke posisi yang lebih selesa. Pendekatan tersebut akan lebih membuahkan hasil.
7.Terus tidur selepas melakukan hubungan seks
Jangan terus tidur sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan seks. Sekurang-kurangnya luangkan masa selama 15 minit untuk berbual atau bersenda gurau dengan pasangan anda.
TAHUKAH ANDA!
Mengikut kajian, lebih 79 peratus lelaki di Malaysia gemar melakukan hubungan asmara dan seksual secara spontan , iaitu seks yang dilakukan dengan cara yang cepat tanpa adegan pemanasan dan sebagainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perkahwinan adalah satu komitmen untuk melengkapkan kehidupan sebagai manusia. Tidak ada keraguan bahawa hidup lelaki mahukan perempuan dan hidup perempuan perlukan lelaki. Namun begitu dalam kepelikan dunia akhir zaman ini semakin ramai isteri yang terkejut apabila suaminya seorang yang luar biasa fitrah seksualnya.
Maksud luar fitrah ini ada dua. Pertama lelaki yang langsung tidak menyukai perempuan. Kedua, lelaki yang menyukai perempuan tetapi jika ada peluang juga menyukai lelaki.
Tak Minat
Nota ini tidak bersifat menghukum sesiapa tetapi lelaki yang langsung tidak menyukai perempuan biasanya tidak akan menyusahkan mana-mana wanita. Mereka ini biasanya sudah menerima takdir untuk tidak berkahwin. Punca kenapa mereka tidak menyukai perempuan ini ada pelbagai tetapi tidak dapat dibincangkan dalam ruang yang terhad ini.
Masalah yang pasti meributkan hati isteri ialah apabila mendapat tahu yang suami mereka ialah seorang yang mempunyai kecenderungan biseksual. Apa itu biseksual? Izinkan saya sebut di sini dalam bahasa mudahnya biseksual ialah seorang lelaki yang ada kecenderungan seksual kepada lelaki dan kepada perempuan. Lelaki biseksual tidak ada masalah melakukan menjalani kehidupan normal dengan isteri.
Boleh Dapat Zuriat
Mereka boleh memiliki anak kandung sendiri dan melakukan kerja-kerja seperti lelaki lain. Walaupun kelihatan normal tetapi ada beberapa peratus kecenderungan seksual mereka juga tertarik kepada lelaki. Sekiranya iman nipis dan terdedah kepada kesempatan mereka boleh menunjukkan spektrum seorang lelaki gay.
Soalannya, bagaimana ciri-ciri yang ada pada seorang suami biseksual? Inilah yang saya mahu kongsikan dalam kolumn Nota Untuk Isteri kali ini.
Di Kamar Tidur
Mari kita mulakan dengan ciri yang pertama. Anda isteri dan dia suami. Di dalam kamar tidur anda tahu apa yang sepatutnya berlaku antara suami dan isteri seperti yang dibenarkan dalam Islam.
Namun jika pernah berlaku sesuatu yang pelik, luar tabii dan tidak sepatutnya berlaku (walaupun sekali) maka bersedialah. Senarai semak anda telah ada tanda pertama.
Anda baru mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang anda cintai. Kepada pasangan yang baru berkahwin, menikmati syurga dunia yang selama ini diharamkan adalah peluang tidak akan disia-siakan. Sebab itulah orang kata selepas berkahwin, ada tempoh berbulan madu.
Namun apakah maknanya jika perkara itu tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Pengalaman rakan-rakan baik anda menyatakan hubungan itu berlaku empat hingga lima kali sehari. Pengalaman anda dalam tempoh berbulan madu ini tidak pula begitu. Puas anda pujuk, puas anda menggoda tetapi ianya hanya berlaku dua atau tiga hari sekali. Mungkin betul dia ada masalah kesihatan dan itu termasuklah kesihatan emosi seksual.
Tak Tengok Wanita Lain
Tanda seterusnya agak lucu seperti topik yang pernah disembangkan di sebuah stesen radio. Adakah isteri suka suami memandang wanita lain? Daripada 10 isteri yang berkongsi pendapat, 9 menyatakan TIDAK SUKA suaminya begitu. Bagaimana jika suami tidak pernah memuji kecantikan wanita selain anda tetapi pernah beberapa kali terlepas cakap memuji rupa paras kacak lelaki yang lain?
Tak Peduli Langsung
Semua orang tahu hukum lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. Dalam masyarakat kita tidak ada ruang sedikit pun untuk kita menyerap hak golongan yang bernafsu songsang. Kepada lelaki normal, mereka tidak peduli pun tentang idea untuk memberi hak kepada golongan ini. Namun tindak balas suami anda berbeza apabila anda bercakap tentang hal golongan sebegini. Sekiranya dia begitu keras dan bertindak seperti peguam bela kepada golongan ini di depan anda maka sampai masa anda perlu duduk berbincang secara serius dengan dia.
Foto Lelaki Lain
Ramai isteri teringin memeriksa telefon bimbit suami. Takut sangat jika terjumpa gambar perempuan lain dalam telefon itu. Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga. Jika takut terjumpa gambar perempuan lain kenapa sibuk-sibuk mahu periksa? Bagaimana jika bukan gambar wanita yang ditemui tetapi gambar lelaki berbadan tegap, berpeluh dan tidak berbaju yang banyak di dalam telefon itu? Mana lebih azab? Jumpa gambar perempuan atau jumpa gambar lelaki dalam telefon dia?
** Artikel ini telah ditulis oleh Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind training And Consultation, juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!