
Isi Kandungan
ToggleGaya rambut Afro memiliki peminatnya yang tersendiri. Paling seronok apabila minat dan gaya ini dikongsi bersama anak tercinta. Anak-beranak ini tampil dengan gaya rambut Afro dan mereka tular di media sosial.
Sudah tentu rambut dengan gaya ini memerlukan disiplin dan penjagaan yang rapi agar rambut kekal sihat dan cantik pada kedudukannya. Patutlah rambut afro dua beranak ini kembang elok, Benny Harlem dan anaknya sanggup luangkan waktu untuk buat syampu sendiri.
Anak Warisi Genetik Rambut
Di Washington, Benny Harlem bukan saja dikenali sebagai pendandan rambut paling berjaya yang terkenal di Instagram, tetapi dia juga pemegang World Guinness Records sebagai individu memiliki gaya rambut tertinggi di dunia dengan ketinggian 20.5 inci..
Sebenarnya, model lelaki berpangkalan di California itu menjadi terkenal pada 2016 ketika gambar gaya rambut Afro yang mengagumkan menjadi tular di media sosial.
Anak perempuannya, Jaxyn jelas mewarisi genetik rambutnya dengan beberapa gambar gaya rambut menarik menjadikan gadis itu turut popular di media sosial.
Guna Syampu Sendiri
Portal Oddity Central melaporkan Harlem menjadi penyokong gaya rambut semula jadi dan menanamkan rasa cinta sama pada anak perempuannya sejak kecil.
“Saya lihat rambut kita seperti tumbuhan. Sebahagian besar tumbuhan memerlukan bahan semula jadi untuk tumbuh dan terus hidup, dan sejujurnya, jiwa dan tubuh kita memerlukan perkara sama.
“Keluarga saya buat syampu sama seperti kami luangkan masa membuat makanan. Itu dinamakan disiplin,” katanya.
MW: Tak kisahlah gaya rambut apa yang jadi ikutan, paling penting rambut harus disyampu bersih dan dijaga baik agar ia tidak berbau dan rosak. Betul tak?
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kakak Safee Sali Tampil Bela Adik Ipar, “Dia Bukan Penyondol, Saya Kena Betulkan Apa Yang Salah…”

Isi Kandungan
ToggleKakak Safee Sali tampil bela adik ipar, “Dia bukan penyondol, saya kena betulkan apa yang salah. Kisah perceraian bekas penyerang bola sepak kebangsaan, Safee Salli dan bekas isteri, Fitria Elfina (Shasha) dengan talak dua semalam mengundang persepsi negetif dari netizen yang seakan “bersorak” atas perceraian tersebut.
Ramai menganggap inilah kifarah yang harus diterima Fitria atau disapa Sasha kerana dirinya adalah punca kepada perceraian Safee dengan bekas isteri pertama, Sabrina Yusof.
Kakak Safee Sali Tampil Bela Adik Ipar
Luahan hati Fitria ini terjadi ketika dirinya tampil dalam podcast Mingguan Wanita di mana dirinya bercerita amat merindui anak yang sudah hampir dua bulan tidak ditemuinya.
Kakak kepada Safee, Normalayati Mohd Salli tampil memberi penjelasan berikutan terlalu banyak fitnah yang melata mengatakan Sasha adalah penyondol kepada perkahwinan pertama Safee dan ini adalah kifarah atas perbuatan lalunya.
“Saya kena betulkan apa yang salah. Bukan nak buka aib keluarga. Tidak sama sekali. Tapi saya ingin tegaskan bahawa Sasha bukan penyondol atau penyebab kepada keruntuhan rumahtangga Safee yang lalu,” katanya yang mahu masyarakat tidak terus menuduh adik iparnya itu sedangkan mereka tidak tahu kebenaran sebenar.
“Dia Bukan Penyondol, Saya Kena Betulkan Apa Yang Salah…”
“Saya kena betulkan apa yang salah. Saya berpaksi pada kebenaran. Jadi saya perlu beritahu perkara yang benar. Kenyataan sebenarnya, insan yang mereka kata penyondol itulah yang selalu mengingatkan Safee untuk tengok anak-anak dia di Sarawak. Malah sepanjang Safee jumpa anak-anak, Sya ada ikut sama dan bersembang dengan Sabrina,” katanya Yam yang juga anak ketiga dari 12 beradik.
Jelasnya yang juga seorang perawat islam, dirinya mengetahui segalanya termasuk kebenaran yang Allah tunjukkan sebelum adiknya berkahwin di Thailand secara diam-diam dan cara bagaimana hubungan ketiga itu terjalin dengan cara yang salah.
“Saya tak akan kata adik saya betul sebab memang tindakannnya salah. Salah kerana tidak bertindak sebagai lelaki dan suami yang betul dalam rumahtangga. Keluar dari rumah tanpa beritahu isteri ke mana dan tidak menghiruakan keluarganya. Itu semua salah dan tak mustahil hati isteri akan terasa, termasuk bila isteri dapat tahu suaminya ke Thailand dan berkahwin lain secara sembunyi-sembunyi.
Lebih larat dan menyedihkan, bika pisahkan emak dengan anak-anak. Itu juga tak betul. Begitu juga Sasha diminta keluar dari rumah sewa sedangkan dirinya masih dalam edah, jadi itu tanggungjawab Safee untuk sediakan. Tapi itulah yang terjadi,”jelasnya.
Yam turut berkongsi coretan anak sulung Sasha yang menulis mengatakan dirinya merindui emaknya tapi tak dapat berjumpa.
Nota ini berbunyi, “Ayah cakap nak pergi dekat Mama. Tapi tak pun. Kakak rindu Mama. Lepas tu semua orang marah kakak kecuali Mama dan Tuhan…”. Nota inilah yang dijumpai oleh Sasha di dalam kereta sewaktu Safee meninggalkan kereta lama di hadapan rumah mereka. Saksikan video penuh di sini. Luahan hati Syasa.

Kata Normalayati, apa yang terjadi semasa perceraian Safee yang pertama dahulu tinggal sejarah kerana tidak perlu diperpanjangkan walau ramai tidak tahu akan kebenaran sebenarnya.
“Biarlah, ia menjadi rahsia keluarga kami. Ada kata Safee tak jenguk anak. Kami tahu kenapa hal itu terjadi. Tapi apa yang boleh saya katakan, jangan memandai beri komen mengatakan Shasa penyondol atau sebagainya kerana dirinya bukan begitu,” katanya yang berkali-kali memaklumkan tujuan dirinya bercerita bukan mahu membuka aib keluarga tapi menulis kepada kebenaran.
“Saya tengok ada artis bercerita tentang ini. Seolah-olah ini kifarah untuk Shasa dan seolah dia tahu kejadian keseluruhan. Jangan bertindak seolah kita tahu tapi sebenarnya ada kisah lain yang kita tak tahu apa terjadi.
“Saya selalu nasihatkan Sha untuk solat dan memohon pada Allah, nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya. Ya, memang Allah tunjuk satu persatu kebenaran termasuk rumahtangga mereka mula berantakan. Ia dipertunjukkan melalui mimpi-mimpi. Semua itu saya tahu kebenarannya.
“Sha sendiri kenal Safee selepas rumahtangganya bermasalah. Sha sendiri berkorban datang ke Malaysia tapi akhirnya ia begini. Saya ada cerita pada adik beradik bahawa kita kena betulkan apa yang salah kerana di hadapan Allah kelak kita yang akan menjawapnya,” kata Yam ketika dihubungi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Juara Akademi Qurra’ 2024. Bukti Al Quran Panduan Hidup Paling Bermakna
Rumah Penuh Lumpur, Selut Banjir Tapi Al Quran Atas Tilam Bersih, Tak Terjejas
Kubur Bercahaya Walaupun Hidupnya Tidak Pandai Membaca Al Quran. Apakah Amalannya?
Viral 18 Dan 19, Rupanya Ada Signifikan Dalam Surah Al Quran
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2,750 Tan Baja Kimia Disimpan Bertahun-Tahun Dikatakan PUNCA Letupan Di Beirut

Isi Kandungan
ToggleDikala seluruh dunia sedang ‘berjuang’ menangani pandemik COVID-19, ujian terbesar juga buat penduduk di Beirut Lubnan apabila menghadapi letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini. Malapetaka tersebut mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan penduduk tercedera. Ia dikatakan berpunca daripada 2,750 tan baja amonium nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.
Baja Kimia Pertanian
Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.
“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab
“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.
Kementerian Kesihatan melaporkan 73 penduduk terkorban, manakala 3,700
penduduk lagi cedera dalam insiden berkenaan.
Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.
Isytihar Beirut Zon Bencana
Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu. Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk, Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan bagi penghantaran bantuan.
Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat insiden letupan itu.
Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas. Situasi ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. – AFP
MW: Semoga mangsa yang tercedera dan selamat segera sembuh.Sama-sama kita
doakan untuk kesejahteraan penduduk di sana agar terus kuat dan cekal menghadapi ujian ini.
Sumber: Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Terangkan 7 Sebab Kena Elakkan Gula Tambahan, Punyalah Bahaya Tapi Ramai Tak Ambil Kesah!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang tahu bahawa bahaya ambil gula secara berlebihan namun sering buat tak kisah dan tak ambil peduli akibatnya pada diri sendiri. Sehinggalah bila macam-macam penyakit dihidapi, barulah rasa menyesal terkesan dalam diri. Menurut perkongsian oleh Dr Hafiz Sulaiman, terdapat 7 sebab kita kena elakkan pengambilan gula tambahan berlebihan yang boleh menjadi toksik sekaligus bagi menguatkan imuniti badan.
LANGKAH UTAMA KUATKAN IMUNITI BADAN, 7 SEBAB KENA ELAKKAN GULA TAMBAHAN.
1. GULA MAKANAN KUMAN
Gula merupakan makanan kuman bakteria dan kulat. Semakin banyak gula kita ambil, semakin pesat kuman ini membiak.Gula berlebihan juga meningkatkan stres dalaman yang merendahkan imuniti. Virus, bakteria, kulat dan parasit badan jadi kuat apabila imuniti badan lemah.
2. GULA MAKANAN KANSER
Bagi pesakit kanser, gula terbukti secara saintifik merupakan makanan bagi sel kanser.Pesakit kanser juga senang mendapat jangkitan kuman apabila imuniti badan lemah.
3.MENINGKATKAN KERADANGAN @ KEBAKARAN DALAMAN
Gula berlebihan meningkatkan aktiviti sel penyebab keradangan. Keradangan ini umpama “kebakaran dalaman” badan kita.Akibatnya, sel-sel badan termasuk saraf, otot sendi dan juga sistem pertahanan badan akan berada dalam keadaan tertekan kerana kebakaran dalaman ini.
4.GANGGU KUMAN USUS
Gula juga menganggu keseimbangan persekitaran (mikrobiom) sistem pencernaan yang merupakan pusat imuniti badan. Kuman “baik” jadi lemah dan kuman penyakit jadi kuat.Gula ringkas berlebihan juga meningkatkan endotoksin (LPS) oleh “kuman penyakit” yang merosakkan lapisan usus dan organ hati.Apabila makanan utama kulat iaitu gula itu banyak..musuh ketat kulat iaitu kuman baik usus pula mati,Kulat akan berpesta. Kulat biasanya jarang keluar kecuali bila imuniti lemah dan gula tinggi..
Contohnya : Penyakit diabetes selalu dapat jangkitan kulat.
5.BEBANKAN ORGAN HATI
Organ hati penting untuk detoks dan menghasilkan sel imuniti badan contohnya makrofaj.Gula berlebihan terutamanya fruktosa meningkatkan beban di organ hati dan menyebabkan hati jadi berlemak.Hasilnya, fungsi detoks badan jadi lemah dan imuniti badan merosot.
6.SEBABKAN GANGGUAN HORMON
Hormon kenyang (leptin) jadi tak sensitif : kita jadi lapar sokmo. Hormon insulin jadi tak sensitif : Kita jadi penat sokmo sebab gula tercicir kat dalam salur darah saja, tak dapat masuK sel. Penat otot, penat otak, penat jiwa dan “batin”.Gula berlebihan juga meningkatkan risiko gangguan kepada hormon kewanitaan secara tidak.langsung.
7.MENGURANGKAN ZAT BADAN
Bila dah minum manis, makan karbohidrat kosong kurang nutrisi macam mee, roti, pasta, makanan ringan..anak-anak kita jadi ketagih gula dan selera pada makanan berkhasiat jadi kurang. Salah siapa?
Makan bergula ini juga mengurangkan 5 nutrien UTAMA dan PENTING dalam badan kita.Vitamin C, Vitamin D, magnesium, kalsium dan boron. Zat-zat di atas ini merupakan yang terpenting dalam menguatkan ketahanan badan melawan penyakit.
Gula itu perlu untuk kehidupan. hanya 5 gram (sesudu) diperlukan dalam darah.Bila berlebihan ia jadi toksik. Bila toksik, ia melemahkan imuniti badan.
# Bila toksik, senang dapat jangkitan kuman.
# Bila toksik, lemak badan berlebihan petandanya.
# Bila toksik, organ detoks sendiri kena serang.
# Bila toksik, kuman usus lemah, kuman jahat jadi kuat dalam badan.
# Bila toksik, badan jadi “terbakar” keradangan. Semua sistem badan jadi lemah.
JOM PERANG MELAWAN GULA TOKSIK
SHARE kepada keluarga, sahabat, rakyat Malaysia antara negara pengguna gula yang tertinggi di dunia.
Ramai tidak tahu, tidak sedar, tidak serius..walhal isu gula toksik ini SUPER SERIUS.
Semoga sedikit usaha kita ini menjadikan masyarakat kita lebih sihat fizikal, mental dan emosi dan diberi ganjaran di akhirat insha Allah.
Dr Hafiz Sulaiman
Pengerusi,
Kelab PERDIM Wellness
Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
#PERANGMELAWANGULA
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Dr Hafiz Sulaiman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI