kuah-laksa-utara-sedap

Laksa utara sedap dinikmati sememangnya bergantung pada kuah laksa yang sedap. Nak dapatkan kuah laksa utara sedap pun ada petuanya.

Chef Shukri atau nama sebenarnya, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi petua menyediakan kuah laksa yang sedap. Penting untuk mendapatkan pati kuah yang pekat dan membangkitkan aroma kuah laksa itu sendiri.

Macam saya pernah bagitau dulu. Petua untuk masak Laksa yang sedap guna ikan Termenung jangan guna ikan kembung. Hari ni saya masak 10 kilo ikan untuk berniaga esok.”

‘Patinya, Tulang Ikan Blend Halus Dan Tapis..’ Petua Kuah Laksa Utara Sedap

Ads

Kuah Laksa Utara Sedap Guna 10 Kilo Ikan

Cara nak dapatkan pati kuah laksa yang sedap lagi pekat.

  • Blend halus semua bahan.
  • Bahan-bahan yang tidak di blend halus akan menjadikan tekstur kuah yang tidak menarik.
  • Buka api yang perlahan selama 6 jam baru kuah laksa akan sebati.
  • Tulang ikan blend halus dan tapis masukkan air tulang ikan dalam kuah. Ini patinya.
  • Saya suka letak bunga kantan dan daun kesum yang banyak supaya aroma laksa memanggil dan “merasuk” kita untuk makan.

Petua Rebus Laksa Tak Melekat

  • Petua yang paling penting masukkan sedikit minyak semasa merebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan Laksa melekat.

Mana geng 02 ni? Masuklah. Esok p merket ( pasar) beli ikan termenung buat laksa. Orang Utara ni cukup pantang sebut laksa. Layoq kat depa esok depa p carilah laksa.

Ads

Petua ni last sekali Chef bagi untuk laksa yang paling sedap adalah “Laksa yang orang belanja…”

Mingguan Wanita : Haa.. dah tau cara buah kuah laksa sedap kan. Bolehlah cuba ya.

Ads

Sumber/Foto : Ahmad Shukri Amiruddin

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI