Kadang-kadang orang keliling juga main peranan dalam mendapatkan rawatan perubatan.

‘Patah tangan janganlah pergi mengurut, jumpa bomoh.’ Cacat kemudian hari, menyesal jadinya. Bertindak biarlah menurut akal fikiran.

Tidak dinafikan masih wujud segelintir mak ayah yang masih percayakan bomoh daripada doktor. Kadang-kadang sudah berjumpa dokto tetapi akhirnya memilih untuk meneruskan rawatan dengan bomoh.

Patah Tangan

Ketahuilah, patah tangan dengan terseliuh itu jauh bezanya. Ikuti perkongsian Dr Arisman MD ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:

Patah tangan kemudian jumpa bomoh untuk pecahkan simen.

Saya berjumpa senario yang mana seorang perempuan berusia jatuh tergelincir kemudian patah tangan.

Dia berjumpa dengan doktor di hospital kemudian dipastikan patah tangan dan dipasangkan simen selama beberapa minggu.

Artikel Berkaitan: Penjelasan Doktor Kenapa Rahim Wanita Tak Payah Diurut, Mohon Ibu Beranak Kecil Yang Tak Dapat Peluang Mengurut Baca!

Janganlah Pergi Mengurut

Apabila dia balik ke rumah beberapa hari, dia merasa tidak selesa dan sedikit sengal-sengal. Tiada gejala lain yang serius.

Seperti kebanyakan kita yang suka mencuba “rawatan kampung”. Saudara mara pula cuba membantu dengan memberi nama dan nombor telefon bomoh-bomoh atau orang yang boleh merawat patah tulang ini untuk cantum balik dan sembuh tanpa simen.

Ads

Kita sudah basi dengan situasi begini kan dan ia turut berlaku dalam keluarga terdekat kita sendiri. Betul?

Jumpa Bomoh

Dipendekkan cerita, dia pergi ke satu tempat dan tukang atau bomoh itu pergi buka simen pada tangan yang patah itu dan mulakan rawatannya.

Pesakit tadi balik ke rumah dan beberapa hari, tangan yang patah itu semakin sakit. Dia bercadang untuk mendapatkan x-ray di klinik swasta kerana saudara maranya suruh periksa x-ray lagi.

Baca Di Sini : “Lebih Rela Minum Jamu, Berurut.” Tidak Mendapat Rawatan Sepatutnya, Punca Wanita Mati Putik Bercerai

Cacat Kemudian Hari

Saya tanya “kenapa tak pergi semula ke tukang bomoh tu puan?”

Ads

“Bomoh tu tak pandai tengok x-ray. Dia tak tahu dalaman ni. Lepas saya buat x-ray ni baru anak saya bawa pergi jumpa bomoh tu semula.” katanya.

Krik krik krik.

Saya masih tak faham. Buat x-ray dan percaya pada diagnosis si doktor, tapi tidak percaya dengan rawatan doktor. Sebaliknya jumpa bomoh untuk rawatan ajaib mereka.

Menyesal Jadinya

X-ray beliau menunjukkan kedudukan tulang patah sudah semakin lari. Jari-jari pesakit sudah ada yang kebas dan lemah. Boleh jadi sudah mencederakan saraf atau pembuluh darah disampingnya semasa proses rawatan dengan mengurut pada tempoh hari dengan si bomoh itu.

Saya berdoa semoga ia dapat dipulihkan dan tidak jadi cacat.

Ads

Nak salahkan si bomoh ke kalau macam tu? Ada yang berani? Atau sekadar berdiamkan diri sahaja kemudian jumpa doktor semula untuk rawatan seterusnya.

Pesanan saya: Jika patah tangan tu, janganlah pergi mengurut atau pergi jumpa tabib/bomoh. Bahaya. Cacat kemudian hari, menyesal hingga ke mati.

Dr. Arisman, MD.

Mingguan Wanita : Kadang-kadang orang keliling juga main peranan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor atau dengan mereka yang lebih pakar sebelum menyesal kemudian hari.

Sumber : Dr Arisman MD

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI