Semenjak akhir-akhir ini, kelibat Lisa Surihani iaitu ibu kepada Yahaira Leanne, 5, dan Yusof Leonne, 3, dilihat kembali aktif menghiasi drama TV.
Drama Pelindung Seorang Puteri dan telefilem Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph merupakan antara kemunculan terbaharunya di kaca TV, selain naskhah 6 Hari.
“Sebenarnya saya tidak pernah memperlahankan kerjaya seni secara sengaja, sebaliknya ia mungkin berlaku kerana saya mahu seimbangkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta minat saya dalam kerjaya seni.
“Saya nak buat kedua-duanya dengan sebaik mungkin. Jadi banyak perkara yang perlu diambil kira agar tidak mengabaikan salah satunya,” ujar Lisa seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.
Ads
Tetapkan Syarat
Bagi memastikan jadual hariannya berjalan lancar, Lisa mengakui ada meletakkan syarat tertentu kepada produksi sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran berlakon.
“Selalunya saya akan bertanya bolehkah menetapkan waktu kerja saya selama 12 jam sahaja. Ia sebenarnya lebih kepada perbincangan mengikut budi bicara untuk memudahkan urusan semua pihak terlibat.
Ads
“Saya berbuat demikian untuk memastikan dapat uruskan masa dengan baik di mana saya boleh keluar bekerja tetapi dalam masa sama melunaskan tanggungjawab dalam rumah tangga.
“Dari segi lakonan dan perwatakan, saya tidak pernah letakkan apa-apa syarat kecuali pada situasi di mana ada keperluan seperti babak yang dirasakan betul-betul tidak sesuai dan sebagainya,” akui isteri kepada pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim.
Ads
15 tahun Berlakon
Lisa juga mengakui pernah terfikir sampai bila dia mahu terus berada dalam bidang seni selepas hampir 15 tahun bergelar pelakon.
“Bukan kerana mahu bersara, tetapi sebagai manusia biasa ada ketikanya akan terfikir sampai bila kita nak buat kerja yang dilakukan sekarang ini.
“Saya sering berdoa agar dipermudahkan dalam urusan kerjaya. Jika OK, saya teruskan seperti biasa, jika sebaliknya mudah-mudahan saya diberikan ilham untuk mencari sesuatu yang baharu pada masa akan datang,” sambungnya.
Sumber: Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Lisa Surihani
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Raja segala buah, durian ini memang ditunggu-tunggu ketibaan musimnya. Paling seronok bila berkumpul makan durian ramai-ramai. Dia punya feel, lain macam. Lagi-lagi time berebut nak makan tiap ulas buah tu.
Baginda berkongsi di twitter miliknya tentang cara makan durian yang diajar sejak kecil. Rupanya cara itu, boleh jadi satu lagi tip untuk makan durian.
Sebab dapat elakkan tangan daripada berbau.
Tulis baginda, “Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya, makan durian pakai camca (sudu) garfu supaya tangan tak berbau.”
“Begitu juga dengan rambutan, siap dikupas dan dihiris. Manggis juga begitu!”
Rata-rata netizen menyambut baik saranan baginda. Antaranya komen Ben Baik, “Bagus tuanku makan pakai sudu, sebab kadang nak bersalaman dengan orang, kalau tangan berbau durian, takut orang tidak selesa nanti ataupun takut orang tanya ‘tak ajak pun makan durian, dah satu kerja nak cari durian bagi kat dia nanti.”
Begitu juga Fazri Hassan, “Tips yang bagus Tuanku!”
Tuanku Azizah Penggemar Raja Buah, Durian
Dua tahun lalu, Tuanku Azizah pernah tular di media sosial ketika mana baginda berborak dengan peniaga durian yang awalnya tidak mengenali dirinya.
Isteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini juga sempat menikmati buah durian di gerai tepi jalan tanpa sebarang protokol. Malah memanggil peniaga bernama, Rafi itu sebagai kawan barunya.
Keracunan disebabkan makan kupang sampai masuk ICU bukanlah perkara baru. Terkini, lapan individu terpaksa dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) selepas mengalami keracunan akibat memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, kejadian ini mula dikesan pada 1 April lalu apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson menerima notifikasi dari Hospital Port Dickson.
Keracunan Makan Kupang Sampai Masuk ICU
“Dua kes telah dimasukkan ke ICU, lima kes dimasukkan ke wad biasa, dan satu satu kes telah dirawat sebagai pesakit luar.
“Siasatan awal mendapati kesemua kes terdiri daripada beberapa buah keluarga yang berbeza dan mempunyai sejarah memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar Port Dickson,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kesemua kes mengalami gejala sakit kepala, kebas tangan dan kaki, serta lemah otot. Tambahnya, dua kes telah dimasukkan ke ICU kerana mengalami gejala yang lebih teruk iaitu paralisis (kelumpuhan).
“Siasatan lanjut berkenaan kejadian itu masih dijalankan oleh Jabatan Kesihatan bersama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
“Beberapa sampel telah diambil untuk analisa makmal dan pemakluman kepada semua fasiliti kesihatan telah dibuat untuk mengenal pasti kes-kes yang mempunyai gejala yang sama dengan sejarah pengambilan kupang atau dwicengkerang yang lain,” katanya.
Tambahnya, JKNS akan terus memantau perkembangan terkini kejadian keracunan kupang ini serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkaitan.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang bergejala dan mempunyai sejarah memakan kupang atau dwicengkerang yang lain dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
Sebenarnya boleh sahaja kita hendak makan kupang tapi perlu tahu cara yang betul menyiang kupang:
Tip Pilih Dan Siang Kupang
1-Pastikan kupang itu benar-benar segar dan hidup. Kupang yang hidup kita boleh tahu bila kita lihat ia terbuka dan kita ketuk sikit, ia akan tertutup rapat.
Hendak tahu kupang itu segar, kita boleh lihat dari pandangan mata. Kalau melalui deria hidung, kita boleh bau air laut itu. Kalau ada bau busuk yang kuat dan kupang ternganga, lebih baik buang sahaja kupang tersebut.
Ini rupa kupang segar yang masih ada rambut (lihat anak panah)
Tarik dan buang gumpalan rambut daripada kupang.
2-BASUH KULIT KUPANG HINGGA BERSIH DARIPADA SEBARANG BENDA ASING. DAN YANG PALING PENTING, GUMPALAN RAMBUT YANG ADA PADA KUPANG TERSEBUT HARUSLAH DIBUANG.
CARANYA MUDAH SAHAJA. KITA HANYA PERLU TARIK SAHAJA RAMBUT TERSEBUT. RAMBUT INI KALAU TIDAK DIBUANG BOLEH MENYEBABKAN KITA SAKIT PERUT SETELAH MEMAKANNYA.
KALAU NAK LEBIH MUDAH, SAMPAI SAHAJA DI RUMAH, TERUS MASUKKAN KUPANG KE DALAM FREEZER SELAMA 15 HINGGA 20 MINIT. BIARKAN KUPANG MATI DALAM FREEZER.
KEMUDIAN BASUH KUPANG TERSEBUT. RAMBUT AKAN MUDAH TANGGAL BILA DITARIK SEBAB KUPANG ITU TELAH MATI.
3-Setelah dicuci sehingga bersih, bolehlah masak kupang mengikut menu yang diinginkan.
Bersederhanalah Jangan Sampai Mudarat
Walaupun kupang sering dikaitkan dengan kes keracunan namun kupang punya khasiat yang tersendiri. Antaranya ialah:
1. Ia mengurangkan sesetengah jenis lelah disebabkan kandungan anti radang yang ada padanya. Bagaimanana pun hati-hati pada mereka yang alah dengan kupang.
2. Satu cawan isi kupang ada 18 gram protein. Protein akan meningkatkan fungsi sel badan.
3. Mengurangkan sakit sendi sebab ciri anti radang yang ada padanya. Kajian menunjukkan orang Maori di New Zealand yang banyak makan kupang kurang mendapat sakit sendi.
4. Meningkatkan fungsi otak disebabkan kandungan lemak wajib omega 3, juga DHA dan vitamin B 12. Omega ialah tiga bentuk DHA yang penting untuk fungsi otak.
5. Tingkatkan mood baik dan konsentrasi sebab kandungan vitamin B 12 yang tinggi . .
6. Bantu fungsi jantung mengikut kajian Persatuan Jantung Amerika . Ini pun sebab kandungan omega tiganya
8. Cegah anemia 100 gram kupang sangat tinggi kandungan zat besinya !
9 . Kuatkan gigi dan urat ( tendon) sebab ada vitamin C jenis se
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam episod kali ini, program Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise meneruskan misi menyantuni insan-insan yang diuji dengan kesempitan hidup.
Kali ini, perjalanan membawa mereka ke Melaka, menyelami kisah seorang bapa tunggal yang cekal serta sebuah keluarga yang berjuang menghadapi dugaan kesihatan yang berat.
Dugaan Seorang Duda: Perjuangan Demi Anak-Anak Istimewa
Abdul Rahim Wahab, seorang duda yang kehilangan isteri tercinta, kini memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya. Hidupnya bagaikan roda yang sentiasa berputar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tanpa pekerjaan tetap, Abdul Rahim bergantung hidup terhadap hasil laut dan melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Namun, cabaran hidupnya tidak terhenti di situ. Dua daripada anaknya merupakan pemegang kad OKU, menjadikan tanggungjawabnya lebih berat berbanding insan biasa.
Walaupun diuji dengan kesusahan, Abdul Rahim tidak pernah mengeluh. Baginya, anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Kesabarannya dalam membesarkan mereka yang istimewa menjadi bukti keteguhan seorang ayah dalam mendepani kehidupan yang tidak menentu.
“Arwah isteri meninggal dunia pada tahun 2022 ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya. Walaupun sudah hampir tiga tahun berlalu, segalanya berlaku dalam keadaan yang mengejutkan.
Namun saya bersyukur, dapat melaksanakan tanggungjawab menjaga arwah ketika dia sakit sehingga ke akhir hayat,” ujar Abdul Rahim berkongsi sedikit momen Istimewa bersama isterinya bersama pengacara, Haze Huzir.
Kehidupan seharian Abdul Rahim banyak berkisar mengenai anak-anak terutamanya dua anaknya dikategorikan sebagai orang kelainan upaya, sekaligus menuntut waktu dan perbelanjaan yang besar dalam mengharungi pelbagai aspek kehidupan.
“Anak sulung mempunyai masalah pembelajaran dan kategori lembam, manakala anak kedua pula mempunyai masalah penglihatan. Sebagai bapa sudah semestinya saya ingin melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan. Namun apakan daya, Allah datangkan ujian ini kepada saya,”ujar Abdul Rahim lagi.
Selain dua orang anak yang memiliki kad OKU, abdul Rahim turut dikurniakan seorang anak perempuan yang kini mencecah usia 17 tahun. Namun, perjalanan hidup yang penuh dugaan dan ujian memberi tamparan hebat untuk remaja ini meneruskan Pelajaran apatah lagi selepas ibunya meninggal dunia.
“Semasa ibunya sakit, anak perempuan saya menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat. Namun dia ‘hilang motivasi’ untuk belajar selepas kematian ibunya.
Harapan untuk melihat dia meneruskan cita-cita arwah ibunya tidak kesampaian apabila dia enggan meneruskan pelajaran. Kini, dia bekerja di taska dan tidak ambil SPM disebabkan tiada semangat selepas kematian ibunya,”ujar Abdul Rahim pasrah.
Kali ini, kunjungan penaja, Perfume Paradise ke kediaman Abdul Rahim turut membawa kejutan meraikan hari lahir bapa kepada tiga anak yang kebetulan jatuh pada hari penggambaran dilakukan.
Pihak penaja yang diwakili oleh Nur Afiqah Amran, pengasas Perfume Paradise bersama Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari turut menyampaikan beberapa sumbangan untuk meringankan beban keluarga ini serta memberi sedikit sokongan dan motivasi untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.
Riak wajah terharu tergambar di wajah insan ini yang banyak menanggung kesedihan dalam dirinya demi membesarkan anak-anak yang lebih memerlukan perhatian dari dirinya.
Selain menziarahi keluarga Abdul Rahim, kru Kongsi Kasih dan Perfume Paradise turut berkesempatan bertemu dengan Mhd Amin Md Ali, seorang pesakit buah pinggang tahap akhir yang perlu menjalani rawatan dialisis setiap dua hari sekali.
Hidupnya yang bergantung kepada rawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia tetap tabah menghadapi ujian yang mendatang.
Penyakit buah pinggang kronik adalah keadaan yang menyebabkan fungsi buah pinggang merosot secara perlahan-lahan dari masa ke masa. Pada peringkat akhir, buah pinggang gagal berfungsi sepenuhnya, menyebabkan pesakit bergantung kepada rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.
Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk tekanan darah tinggi, diabetes, dan penyakit genetik. Selain kesan fizikal yang melemahkan, pesakit juga berdepan dengan beban emosi dan kewangan dalam menjalani rawatan berterusan.
Bersama isterinya, Shafaah, pasangan ini menetap di rumah waqaf sewa di bawah seliaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Kesukaran hidup yang mereka hadapi benar-benar menyentuh hati, apatah lagi dengan keadaan kesihatan Mhd Amin yang semakin meruncing. Namun, dalam keterbatasan, mereka tetap berusaha menjalani kehidupan sebaik mungkin.
Saling Membantu, Saling Menguatkan
Melalui episod kali ini, Kongsi Kasih dan Perfume Paradise bukan sekadar menyantuni mereka yang memerlukan, tetapi turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini.
Lebih daripada itu, program ini membawa mesej bahawa dalam kesusahan, pasti ada sinar harapan jika kita saling membantu dan prihatin terhadap sesama insan.
Setiap episod Kongsi Kasih mengajak kita merenung erti sebenar keikhlasan dan pengorbanan. Semoga kisah-kisah ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Jangan lupa saksikan Kongsi Kasih musim ke 4 setiap jumaat jam 7 malam.
Kongsi Kasih Musim ke-4 kini lebih wangi dengan Perfume Paradise.