Sebaik kita dilahirkan, Allah telah tetapkan siapa jodoh kita. Tak perlu bimbang sebab semua ini telah ditetapkan. Cuma kita tidak tahu adakah pasangan kita sekarang ini adalah orang yang telah ditakdirkan untuk kita.

Kita tidak tahu, pasangan kita ini adalah jodoh yang telah ditakdirkan. Baik buruknya, kita terima seadanya. Tapi, bagaimana dengan pasangan yang berpuluh tahun hidup bersama tapi ditakdirkan berpisah.

Kadang-kadang, kita rasa pelik dengan keadaan ini. Adakah selama hidup bersama tidak tahu apa yang istimewa dan kekurangan yang ada pada pasangan. Sesetengahnya pula merasakan ‘menyesal’ kerana berkahwin dengannya. Alasan kerana pasangan tidak pandai menjaga hati, membantu dalam hal rumah tangga dan sebagainya.

Tak perlulah rasa meyesal dengan apa yang telah ditetapkan olehNya. Teruskan kehidupan dan terimalah kekurangan dan keistimewaan pasangan. Masing-masing perbaiki untuk rumah tangga yang bahagia.

Perkongsian ini turut memberi nasihat agar terima dan hargai pasangan seadanya. Memang, kadang kala sikap pasangan itu menyakitkan hati. Tetapi, ia boleh hilang apabila kita ingatkan saat-saat manis bersama. Hargailah pasangan masing-masing. Itulah jodoh kita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Malu Kalau Nak Bermanja Dengan Pasangan, Barulah BAHAGIA Sampai Bila-Bila

Selepas Berkahwin, Penentu Rumah Tangga BERJAYA Adalah Pasangan Bertambah Baik Dalam Beribadat

Info Lebih Menarik DI SINI

Jodoh, Allah Tetapkan Dan Temukan Kita

Kalau tiap-tiap hari makan sedap, macam mana kita nak nikmati rasa sedapnya?
Kadang-kadang kena makan ikan sepat masin jugak seminggu dua, barulah terasa lazat.
Macam itulah juga adat berumah tangga.

Kadang-kadang kita kena menangis, barulah nanti kita hargai saat-saat bahagia.
Hidup biarlah secukup rasa.

Ujian bersuamikan ‘suami manja’ atau berbini ‘isteri mengada’ ini memang berat.
Ada yang dah tersembam ke lantai, ada yang masih bernafas tapi paras-paras hidung demi nak menyelamatkan rumah tangga.

Keliru antara takutkan ketetapan Allah dan menahan sakit hati.

Ada isteri yang sakit hati, dari celik je mata pukul 5 pagi sampai ke 12 malam bekerja tanpa henti. Balik saja dari pejabat, terus buat kerja di rumah pula. Basuh baju, masak, lipat kain, mandikan anak, sapu rumah sikit-sikit lebih kurang, gosok baju.

Suami pula terkangkang depan TV baca surat khabar.

Ads

Boleh pulak minta isteri buatkan teh o. Bila bawa ke depan dia tanya pulak “Laaa, takkan panas. Letaklah ais sikit”.

Berbulu juga kadang-kadang.

Tapi jangan ingat isteri-isteri saja boleh berbulu, suami punya berbulu kau tak nak tanya?

Entah-entah dia berbulu tengok isteri asal tidur malam pakai baju kelawar.

Berbulu saja balik-balik orang rumah dia asyik masak lauk sama. Nak juga rasa makanan Itali dia kata.

Orang perempuan pun berbulu tengok kita berat tak turun-turun, perut pun dah berlipat tiga.

Kendalikan Rumah Tangga

Sebenarnya, karenah suami atau isteri tu tak penting.

Paling penting adalah Allah nak melihat bagaimana kita kendalikan suasana.

Siapa pun isteri atau suami kita, bagaimana dia, semua itu tak penting.

Ads

Apa yang penting adalah bagaimana kita berdepan dengan takdir hidup kita.
Kalau isteri banyak cakap, suami mesti yang pendiam sikit. Begitulah sebaliknya.

Ini supaya ada orang yang setia dengar cerita kita.

Kalau isteri kuat bekerja, suami pulak jenis ‘manja’. Bantulah suami kamu untuk kembali menjadi ketua keluarga yang sebenar.

Ada wanita yang diberikan kelebihan mampu menjadi pemimpin. Lebih rijal dari lelaki. Di situ adalah ujiannya.

Mungkin betul ada isteri yang dapat suami jenis ‘manja’.

Dia tengok isteri dia kuat bekerja, buat part time business 2-3 macam, lama-lama suami rasa selesa. Kalau ada yang kurang isteri boleh top up. Bini aku banyak duit, katanya.

Apabila isteri lebih menguasai ekonomi, rasa hormat dan taat terhadap suami tu susah nak dipertahankan.

Akhirnya isteri menjadi derhaka tanpa disedari.

Ads

Tapi sebab si isteri rasa dia di pihak yang benar, dia salahkan suami “Suami aku yang malas!

Kalau aku boleh tanggung sebahagian besar belanja dalam rumah ni, buat apa aku nak berlaki?”

Ujiannya macam mana nak jadi isteri yang taat dan patuh? Bukan naik tocang jadi queen control.

Ada Kekurangan Dan Kelebihan

Bila sudah kahwin, masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Itu kerana Allah nak beri kita rasa gembira dan bangga mampu menyumbangkan sesuatu untuk pasangan.

Tapi jangan ungkit-ungkit kerana hakikatnya semua kelebihan kita adalah ihsan dari Allah.

Jangan marah kalau suami atau isteri tak seperti kita.Ini kerana dia dan kita tak sama dan Allah jodohkan kamu berdua.

Hargailah pasangan.

Sementara masih bernyawa dan bersama.

Smua orang ada kekurangan.

Tapi cubalah cari di mana keistimewaannya yang telah membuatkan kita jatuh hati kat dia dulu.

Mesti ada.

MW: Jangan hanya perkara kecil segala kebaikan pasangan selama ini terus hilang. Kena ingat tu!

Sumber: Shauqi Hasan
Cukuplah dianugerahkan seorang isteri yang solehah.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI