Bagi rumah taman yang mempunyai jejaring pagar hijau seperti ini, jika nak buat kerja-kerja di luar rumah seperti membersihkan halaman, mencuci kereta, berkebun dan sebagai juga jadi kurang selesa. Bukan apa kawasan agak terbuka dan kurang privasi, memang nampak terus rumah jiran yang berhampiran.
Jika tiada bajet yang besar, sebenarnya boleh pasang PVC Fence Edge pada jejaring pagar hijau ini untuk rumah lebih privasi. Boleh beli di kedai hardware, atau di shopee pun ada.Lebih jimat berbaloi berbanding tukar pagar baru yang bertutup.
Menerusi perkongsian di Grup Tukang Apa Hari Ini, wanita ini kongsikan hasil selepas memasang PVC Fence Edge ini. Memang lebih privasi dan nampak kemas.
Berikut perkongsian tersebut;
Pernah ternampak geng T.A.H.I pos pasal fence edge ni. Gigih scroll bace komen, akhirnya dapat.Terima kasih pada yang share idea.JASAMU DIKENANG
Sebelum…memang nampak terus rumah jiran.
Privacy sikit, ada lebih pulak PVC ni, try anyam ketupat.
Atas sekali tu saya lipat dan stapler, sebab tu saya lebih kan sikit semua bahagian hujung. Bila staple nampak kemas sikit. Bawah saya biarkan dan potong serong. Dia jadi terletak gitu.
Ads
200m settle. Kena tambah lagi nak settle kan sampai hujung.
Memang menarik idea bernas dan kreatif buat projek rumah rakit atas darat ni. Menggunakan bahan asas tong air biru. Bila musim banjir, ia boleh terapung elok malah dijadikan tempat meletak barang-barang perkakasan rumah yang penting.Malah bila bukan waktu banjir boleh dijadikan tempat berehat dan lepak-lepak bersama keluarga.
Idea ini sangat praktikal terutamanya bagi rumah yang terletak di kawasan rendah yang selalu dinaiki air dan menyebabkan banjir.
Ini pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Aziela Baharudinsendiri. Rumah rakit atas darat ini merupakan idea kreatif yang dihasilkan oleh abang wanita ini. Meskipun pada awalnya idea tersebut ‘diketawakan’ namun ia sangat bernas dan amat diperlukan untuk menyelamatkan barang-barang ketika banjir melanda.
Berikut seperti yang dikongsikan;
“Tak sia-sia anak jantan mok buat. Bernas gok idea dia.
“Banjir melanda rumah rakit ada. Tak banjir dia duduk atas darat.Tempat lepak-lepak buat bbq dan steambot.Bila banjir dia terapung atas air.Tempat letak peti ais, mesin basuh tilam bagai.”
Pengalaman Banjir Besar
Menurut wanita ini lagi, pengalaman mengalami banjir pada awal tahun Januari 2021 menyebabkan banyak barangan dan perkakasan rumah hanyut serta tak sempat untuk dipindahkan ke tempat selamat.
“Awal Januari 2021 banjir paling besar yang pernah berlaku. Banjir kali ni air naik mendadak, memang tak sempat nak selamatkan kebanyakan barang. Peti ais berenang-renang kat luar rumah, kitorang 1 family hanya mampu tengok dan gelak je. Redha..”
“Abang saya fed up asyik kena angkut ke hulu ke hilir barang-barang elektrik dan barang bengkel dia ke tempat yang selamat. Belum kira pakaian ,tilam, bantal. Memang banyak barang.”
“Jadi awal bulan Mei 2021 abang saya start projek rumah rakit. Walaupun kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat , dia lantakkan aje.”
Rumah Rakit Terapung Elok
Ujar wanita ini lagi, dia tak menduga bencana banjir besar berlaku lagi baru-baru ini. Namun dengan persediaan awal, rumah rakit tersebut berfungsi dengan baik, elok terapung malah segala barang-barang dapat dipindahkan dengan selamat.
“Tak sangka Disember 2021 banjir sekali lagi. Jadi boleh test drive rumah rakit. Barang-barang dari rumah semua angkat letak di rumah rakit. Alhamdulillah terapung elok. Peralatan elektrik selamat, mesin-mesin dia pun selamat. Banjir ni dah jadi macam acara tahunan pulak di kampung ni.”
Lokasi : Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis
Mingguan Wanita:Memang kreatif idea buat rumah rakit atas darat ni. Sangat praktikal terutamanya jenis rumah kawasan rendah yang selalu dinaiki air dan menyebabkan banjir.
Boleh dikatakan barangan elektrik yang ada di rumah, hanya mempunyai jangka hayat yang singkat. Berbeza dengan barangan elektrik zaman mak ayah kita yang tahan lama.
Perasan tak, hampir 2 tahun, barangan eletrik yang ada kat rumah, tak kiralah televisyen, periuk nasi, peti ais mahupun mesin basuh akan mula menunjukkan ciri-ciri nak rosak.
Nak baiki pun dah satu hal sebab harganya umpama macam beli barang elektrik baru pula. Bila perhatikan, barang elektrik mak kita dulu-dulu boleh bertahan sampai berbelas tahun.
Kali ini perkongsian daripada Ridzuan Alfattani , tip untuk jaga mesin basuh supaya jangka hayatnya lebih lama. Maklumlah, masuk 2 tahun terus ‘kong’.
Saya, seorang maintenance dan pernah terlibat dalam bidang electrical, mechanical & construction. Saya nak kongsi cara mudah jaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekemen pengeluar mesin.
2. Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan stanby computer board akan menjadi semakin panas. Lepas keluarkan baju, tutuplah suis soket.
3. Dalam sebulan sekali masukan air panas kira-kira lepas 5 minit di jerang ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Andaikata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai ambik spanar tegangkan di bagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10-20 je.
5. Andai kata air masuk semakin slow buka bahagian paip air masuk kat situ ada filter mungkin tersumbat.
6. Jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainye.
Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan tersebut tinggal dalam rumah kita.
Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2 tahun sekali kan.
Mingguan Wanita: Nak baiki, harga pun boleh tahan, macam tak berbaloi. Tambah duit sikit lagi dah dapat yang baru.
Sekarang dah bermula musim durian. Merata jalan peniaga menjual buah durian dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Bagi kita yang tak biasa atau kurang pengalaman beli buah durian, memang rugi kalau dapat buah yang tak ‘fresh’ dan tak berkualiti.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk pilih buah durian yang elok.Salah satu tip asas dapat menentukan buah durian tersebut masih ‘fresh’ atau tidak boleh lihat pada tompok di tangkai buah tersebut. Pastikan bahagian tangkai durian masih lagi bergetah, barulah ia fresh.
Tip pilih durian yang dikongsikan sendiri oleh anak tokey dan pemilik dusun durian sendiri iaitu Puan Ida Royani boleh dijadikan rujukan.
Sedikit ilmu untuk yang tak biasa dan kurang pengalaman beli durian. Ilmu ni belajar daripada pengalaman hidup. Sebab cheq memang anak tokey dan pemilik dusun durian daripada durian kampung hingga ke variety yang baru.
Bila membeli durian:
1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir menandakan buah betul-betul fresh.
Baru luruh, bahagian tampuk tangkai masih berlendir. Saya tak potong, dapat rasa menggerutu kat tangkai.
2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil menandakan buah semakin kurang kualiti.
3. Pilih buah yang tidak pecah bontot. Buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ke3. Ketika ini rekahan bentuk line di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semkin besar rekahan. Kualiti tempoyak je.
4. Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilih duri pendek dan sekata.
5. Jika suka yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung sedikit. Biasa berduri panjang seinci.
6. Untuk mengenal pasti buah elok tak rosak atau bena. Cium setiap pangsa buah yang masak. Ada bau daripada setiap pangsa. Ni paling mudah.
7. Bagi yang professional kami akan;
A. Goncang Buah
Buah masak elok terasa ada gegar.
B. Teknik Menggaru Buah
Buah yang masak elok ada bunyi lompong. Manakala buah yang muda bunyi padat.
C. Durian Bukit
Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih) tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri.Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.
D. Tentukan Jenis Warna Isi Durian
Di bahagian tangkai tu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Bila kikis sikit dengan kuku boleh tengok kulit ari durian. Ada yang hijau, ada yang coklat. Coklat pun banyak jenis sebb berbeza warna isi. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang Macam tembaga.
Sedikit coretan ilmu dan tip pilih durian daripada seorang anak kebun. Sekadar berkongsi ilmu sahaja.Sebab kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Yang menjual tu diaorang bukan pemilik kebun, sebab tu mereka kejar untung.
Bentuk sebegini maksimum isi setiap pangsa hanya 2. Biasanya hanya seulas. Duri pendek, jarak antara duri sekata dan jauh. Ciri-ciri durian bukit.Ni contoh variety color durian bukit sahom, ditanam oleh moyang saya. Pokok lebih 100 tahun.Ni Berat 2.5-3.3 kg. Pilih bentuk bulat-bulat untuk maximum isi.Keluarga saya kalau jual memang longgok macam ni. Ni contoh RM50 je selonggok. Tahun lepas berat setiap biji ni 2.8-3.3 kg. Saya yang timbang.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip pilih durian ini bermanfaat. Jadi bila nak beli durian tu, tip asas pastikan pilih tangkai yang bergetah barulah buahnya fresh, baru luruh.Tak laa rugi beli mahal-mahal tapi buah duriannya dah tak elok.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.