‘Pantang maut sebelum ajal.’ Wanita ini terselamat selepas tergelincir dari tingkat 21. Dikatakan mangsa sedang menjemur pakaian di balkoni ketika kejadian ini berlaku.
Kebiasaannya jatuh dari rumah bertingkat memang jarang selamat, tetapi wanita ini insan terpilih kerana selamat dan hanya mengalami patah bahu saja.
Pantang Maut
Jatuh tingkat 21 sudah cukup untuk mengakibatkan cedera parah hingga meragut nyawa. Namun tidak bagi wanita ini.
Berpantang maut sebelum ajal, seorang wanita di Indonesia masih bernyawa apabila terjatuh dari aras 21 kediamannya .
Sebelum Ajal
Menurut Tribun News, mangsa, AN, 55, terjatuh susulan tergelincir dari balkoni di kediamannya semasa membuat kerja rumah.
“Polis Kelapa Gading menerima laporan bahawa seorang wanita jatuh dari Apartmen Gading Nias Residence Tower Emerald, Kelapa Gading di Jakarta Utara.
“Hasil siasatan mendapati, AN dikatakan tergelincir dari balkoni pangsapuri itu yang berketinggian 21 tingkat ketika sedang menjemur baju,” katanya Ketua Polis Kelapa Gading, Vokky Sagala.
Ads
Wanita Ini Terselamat
Usianya panjang, tidak seperti kebanyakan mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi yang cedera parah pada bahagian kepala dan tulang belakang, AN selamat.
Dia difahamkan hanya mengalami patah tulang di bahagian bahu kiri gara-gara terjatuh di atas bumbung kereta jenis Toyota.
AN dikejarkan ke Hospital Sakit Gading Pluit, Jakarta Utara untuk dirawat.
“Kami sempat berhubung dengan mangsa yang menyatakan bahawa dia tergelincir ketika menjemur pakaian, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.
Selepas Tergelincir
Ramai yang gayat apabila berada di tempat tinggi, sementelah jika terjatuh daripada tingkat atau bangunan beraras tinggi!
Ketinggian kipas siling dan langsir di rumah sudah membuatkan kita menggeletar, apatah lagi jika bangunan tinggi berpuluh tingkat. Tingkap dan balkoni pada bangunan tinggi memmpunyai potensi bahaya terjatuh.
Ads
Tahap kecederaan ini sebahagiannya bergantung pada halaju hentaman, permukaan yang mendarat, orientasi badan pada hentaman dan umur orang yang terjatuh.
Dari Tingkat 21
Menurut Perpustakaan Perubatan Nasional Institut Kesihatan Amerika Syarikat, kebanyakan kecederaan daripada tempat tinggi akan menyebabkan cedera kepala (tengkorak tertekan, lebam serebrum, pendarahan intrakranial), toraks (pulmonari), lebam, bronkus atau aorta pecah, patah tulang sternum akibat hiperfleksi dagu), kecederaan tulang belakang dan abdomen.
Awasi ahli keluarga terutamanya anak kecil, elakkan menghampiri bahagian bangunan yang mendedahkan kepada bahaya. Setiap kediaman di aras tinggi sepatutnya dilindungi jeriji untuk mengelakkan risiko kemalangan terjatuh.
Mingguan Wanita: Biarpun mangsa terselamat, namun mak ayah harus mengambil pengajaran dari kisah ini. Berwaspadalah dan berhati-hati terhadap ahli keluarga apabila berada di tempat tinggi.
Agak-agak dalam sebulan berapa banyak kita menabung duit daripada gaji yang kita dapat itu. Mungkin bagi yang pandai menyimpan, tak kisah sedikit pun tetap simpan, bila tengok hujung tahun, macam-macam boleh buat dengan duit simpanan itu.
Nak menabung duit ini kena ‘kuat’ dan ketepikan siap-siap supaya tak adalah tersalah pakai. Dengan duit simpan yang kita keteikan ini, bolehlah digunakan untuk waktu-waktu terdesak.
Mungkin ada juga antara kita menabung duit ini untuk pelaburan masa akan datang. Nampak saja sedikit, lama-lama akan banyak jadinya. Paling penting bila menyiumpan itu, jangan sesekali nak keluarkan.
Ada berpendapat, gaji sedikit menyebabkan tak ukup untuk kita menabung duit setiap bulan. Jangan takut, pakar ini ada cara untuk tentukan cara kita nak menyimpan duit. Boleh ikuti cara yang Dr. Azizul Azli Ahmad ini cadangkan.
Katanya, gaji banyak mana sekalipun, tidak akan cukup selagi kita tak menabung dan menyimpan, kita tak akan ke mana-mana. Jadi, kekalkan buat simpanan selagi kita masih ada kerja dan gaji.
“Bang, saya kalau menabung mesti akan habis bang.
Duit banyak sikit mesti nafsu kuda belang datang”
“Belajar simpan tempat susah keluar la..”
“Susah macam mana pun saya akan korek juga bang”
“Pernah menabung emas?”
“Belum bang”
“Belajar simpan emas tiap bulan, tiap kali gaji kau
simpan 1 dinar, 1 gram, 1 kilo baru lah senang”
“Baik saya cuba bang.
Kawan kawan,
Asas bila dapat gaji bukan melabur, tetapi menyimpan. Bila dah cukup SIMPANAN baru MELABUR.
MW: Kalau menyimpan duit, jangan sesekali cuba nak ‘tarik’ kononnya bulan depan harapan, bulan akan datang dapat simpan lebih. Rasanya, bila dah ‘bocor’, memang akan bocorlah juga tiap-tiap bulan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Siapa sangka demi menuntut ilmu, seorang murid berusia 11 tahun di wilayah Buriram, Thailand menjadi sensasi TikTok selepas menunggang gajah ke sekolah untuk membantu keluarga menjimatkan kos bahan api.
4 Ekor Gajah Milik Keluarga
Lapor thethaiger.com, bapa kanak-kanak itu, Wisanchol memberitahu keluarganya memiliki empat ekor gajah dan mereka bersama-sama menjaga haiwan tersebut.
Rakaman video memaparkan anak perempuan Wisanchol iaitu Pupae menunggang seekor gajah ketika dalam perjalanan ke sekolah, menjadi tular dalam media sosial.Gajah jantan yang ditunggang oleh Pupae bernama Ole.
Beberapa video TikTok yang tular memaparkan Pupae dengan mengenakan pakaian sekolah sedang menunggang Ole dan melalui penduduk di kawasan itu.
Satu daripada video itu mendapat lebih 108,000 tanda suka.
Bantu Jaga Gajah Sejak Kecil
Sementara itu, Wisanchol memaklumkan anak perempuannya sangat rapat dengan Ole sejak kecil lagi.Katanya, Pupae juga membantu keluarganya menjaga Ole dengan memberi makanan dan memandikan gajah tersebut.
“Pupae mula menunggang Ole ketia dia berumur enam tahun.
“Malah, Pupae berharap untuk menjadi doktor haiwan apabila dewasa agar dia boleh terus menjaga gajah berkenaan,” katanya.
Gajah dimiliki Wisanchol sebelum ini melakukan persembahan untuk pelancong di Ayutthaya namun keluarganya terpaksa berpindah semula ke Buriram selepas pandemik Covid-19.
Setiap hari pasti mak, ayah bimbangkan keselamatan anak-anak yang ke sekolah. Tidak kiralah yang sudah besar, apatah lagi yang masih kecil. Kadang-kadang hampir 10 kali pesan pada anak agar berhati-hati setiap kali pergi dan balik sekolah. Sudahnya hanya bertawakal pada Allah agar Dia mengawasi anak-anak kita biar di mana berada.
Namun jika itu takdir Allah, memang sebagai mak, ayah harus redha. Terlebih dahulu Mingguan Wanita mengucapkan takziah kepada keluarga adik Nur Aida Rafhanah Zaidi, 13, yang maut dalam kemalangan manakala rakannya, Aina Safiyah Saparin, 13, patah tangan kanan ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.
Menjadi Rutin Melintas Jalan
Zaidi berkata, melintas jalan di lokasi kejadian adalah rutin harian dilakukan anaknya setiap kali pergi dan pulang dari sekolah.
“Seperti biasa, dia akan ke sekolah menaiki basikal dan akan tinggalkan basikal di perkarangan Klinik Desa Olak Lempit, kemudian melintas jalan untuk menaiki bas ke sekolah. “Setiap kali berada di lampu isyarat di situ, dia akan tekan butang, bila lampu hijau untuk pejalan kaki menyala, baru dia melintas.
“Dia sekolah petang, tapi hari ini dia ke sekolah kerana menghadiri aktiviti sukan. Dia memang aktif aktiviti sebegini, lumba lari, merentas desa dan hoki,” katanya.
Luluh Hati Bila Dapat Berita
Katanya, luluh hatinya apabila mendapat tahu berita sedih itu pagi tadi.
“Arwah anak yang baik, dia pergi.. Allah lebih sayangkan dia. Saya dan isteri reda dengan pemergiannya,” katanya dalam keadaan sedih dan menitiskan air mata. Jenazah anaknya akan disolatkan di rumah mereka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Olak Lempit.
Selain saudara mara dan jiran tetangga, guru serta rakan sekolah turut hadir menziarahi jenazah buat kali terakhir.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. “Siasatan mendapati mangsa memakai pakaian sekolah manakala rakannya memakai pakaian sukan menuju ke SMK Bukit Canggang.
“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang melintas jalan di lampu hijau untuk ke perhentian bas bagi menunggu bas ke sekolah sebelum dilanggar kereta yang tidak dapat dikenal pasti dan kemudian melarikan diri,” katanya.
Azman berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya patah tangan kanan.
MW: Semoga mak, ayah sentiasa menjaga keselamatan anak-anak yang ke sekolah. Memang malang tidak berbau tetapi jangan abaikan keselamatan anak-anak yang ke sekolah sendirian. Sentiasa awasi dan perhatikan pergerakan anak-anak setiap hari apabila ke sekolah. Selalu ingatkan mereka betapa pentingnya menjaga keselamatan diri.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...