Banyak tips yang diberikan oleh Adam Corrie dalam mewarnai rumahtangganya. Malah pelakon yang terkenal dengan aksi lagak ini berasa sangat bahagia apatah selepas 10 tahun berkahwin baru dikurniakan cahaya mata. Malah isterinya juga menerangkan Adam Corrie sangat rajin dan sering membantunya membuat kerja-kerja rumah dan menjaga anak mereka, Fateh.
13 Tahun Bergelar MUALAF, Adam Corrie SENTIASA MENUNGGU RAMADAN Belajar Berpuasa Sejak Usia 11 Tahun
“Adam Corrie masih sama seperti dulu, 10 tahun lepas sewaktu kami belum dapat anak dia masih maintain romantik dan bijak bahagikan masa. Pulang saja ke rumah dia akan ambil tugas menjaga Fateh. Semasa sebelum ada anak, tiap-tiap tahun dia akan beli bunga buat surprise untuk saya. Sekarang ini pun dia sering beri kejutan dan akan berikan sejambak bunga dan coklat,” ungkap isteri Corrie.
Memujuk & Menggoda Isteri
Corrie pula memberitahu sebagai seorang suami sememangnya tugasnya memujuk dan menggoda isteri. Tapi caranya berbeza.
“Cara saya romantik dengan isteri lain sikit. Di mana saya romantik dengan meringankan bebannya iaitu dengan membantu isteri di dapur. Romantik lebih kepada tanggungjawab. Balik kerja saya akan ambil tugas, jaga Fateh. Bayangkan 10 tahun menunggu anak untuk mendapatkan zuriat jadi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga anak bila Allah dah kurniakan pemberian yang sangat berharga ini.
“Saya ni jenis yang kuat merajuk. Jadi bila saya merajuk isteri yang akan pujuk. Lepas balik shooting maklumlah penat.. Kalau bergaduh dia yang akan pujuk. Dan isteri pujuk diri sendiri. Sebabnya saya jenis yang tak reti nak pujuk,” sambung Corrie.
Ditanya tentang tips yang diamalkan oleh dirinya dalam mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Corrie terus tertawa dan menerangkan dia gemar membantu isterinya.
“Kalau saya tak ada shooting saya akan tolong isteri. Contohnya tolong sediakan bahan-bahan untuk memasak. Tolong jaga anak. Bila dah siap masak kami akan makan bersuap-suap. Saya menggoda isteri dari segi membantu kerja-kerja rumah. Bila berjalan di luar pula saya masih pegang tangan isteri.
“Selain itu antara tips yang saya amalkan adalah dengan mendoakan kebahagiaan orang lain. Dengan cara itu Allah akan berikan kebahagiaan kepada kita. Saya bersyukur kerana punya isteri yang baik, ibu yang baik kepada anak saya dan saya juga panggil isteri saya bidadari,” luah Corrie.
Isterinya pula menerangkan dia paling suka bila Corrie memasak dan antara masakan Corrie yang menambat hatinya ialah Ayam Masak Cendawan dan Masak Ketam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI