Jika ikut panduan dan cara yang betul pokok daun sup yang dijaga elok mampu hidup lama bertahan sehingga 2 tahun. Memang jimat belanja dapur.
Daun sup sering ditambah dalam masakan sebagai penambah aroma bagi menyedapkan lagi makanan.Boleh dikatakan salah satu kemestianlah bagi mak-mak setiap kali beli bahan basah di pasar.
Namun, seikat kecil daun sup boleh tahan juga harganya, nak digunakan sedikit sahaja. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun sup ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.
Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati dan tak bertahan lama boleh ikut panduan betul untuk tanam Pokok Daun Sup seperti yang dikongsikan ini.
Tanam pokok sup tak pernah menjadi?
Panduan Tanam : Daun Sup
Tapak Semaian
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh guna kan tray semaian yang banyak dijual seperti di kedai Eco . Boleh juga guna pasu atau polybeg.
Letak Kawasan Redup
2.Basahkan tanah,semai benih ( benih daun sup kecil jadi anda perlu lah bersabar semasa semai kerana benih halus) daun sup dan tutup dengan lapisan nipis tanah ,siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, tray semaian atau bekas semai tadi letakkan di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
Ads
3.Perlu bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu.
4.Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
Keluar 4 Daun Alihkan Ke Pasu
5. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh di alihkan ke pasu atau bekas, letak kan tempat redup yang tidak terkena cahaya matahari yang terik.
Hanya Akar Kena Tanah
6. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun. Supaya batang pokok sup tidak mudah buruk. Pastikan tanam hanya akar sahaja kena tanah. Jangan kambus/tanam pangkal pokok sekali kerana batang dahan-dahan pokok akan buruk.
Ads
Elak Terlalu Kerap Siram & Baja
7. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup, siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
8. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
9. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Boleh guna semua jenis baja subur/daun.
10. Sekali sekala siram dengan air basuhan betas kerana Pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Mingguan Wanita:Nak tanam Daun Sup, ikut panduan betul yang dikongsikan ini. Jaga elok boleh bertahan sehingga 2 tahun! Memang jimat kos belanja dapur.
Ada cara sebenarnya untuk botolkan produk seperti sambal tanpa guna bahan pengawet. Malah istimewanya boleh bertahan selama 6 bulan pada suhu bilik. Ia menggunakan kaedah rebus dan kukus terlebih dahulu. Tip ini sangat sesuai bagi usahawan yang mulakan bisnes kecil-kecilan di rumah, bagi menjamin kebersihan dan mutu ketahanan sambal tersebut.
Boleh ikut tip dan ilmu yang dikongsikan oleh Penjual Sambal sendiri, Puan Nurul Fazlina ini.
Jom nak kongsi macam saya bottling produk sambal tanpa menggunakan bahan pengawet.Insha Allah boleh bertahan selama 6 bulan di luar dengan suhu bilik. Semoga bermanfaat kepada kawan-kawan semua.
1.Botol-botol ni mesti kena basuh dahulu sebelum kita rebus ye.
2.Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan botol-botol yang telah dicuci tadi selama 20 minit.
3.Selepas 20 minit, boleh keluarkan botol guna penyepit dengan berhati-hati.
4.Kemudian toskan dan terbalikkan botol bagi kering.
5. Kemudian, rebus pula penutupnya juga selama 20 minit.
6. Kemudian boleh timbang masukkan sambal. Boleh masukkan sewaktu sambal suam-suam namun kena pastikan botol kena betul-betul kering. Sebelum isi sambal, seeloknya lap dengan tisu dahulu, takut masih ada air.
7. Akhir sekali, tunggu air menggelegak dan kukus semula botol berisi sambal ini selama 20 minit. Proses ini untuk kita sterile sambal.
Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi ilmu ‘pembotolan sambal’ ini. Semoga bertambah murah rezeki dalam perniagaan. Jadi buat yang mulakan bisnes jual sambal boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Bukan sahaja terjamin bersih malah sambal juga tahan lama.
Bagi mak-mak yang suka masak lala ada cara mudah untuk pastikan lala ini mudah terbuka dan senang untuk dicuci bagi mengelakkan lala yang busuk mahupun berpasir. Ada pelbagai tip dan cara yang boleh dicuba. Namun ini tip yang paling mudah dan berkesan, malah lebih yakin untuk makan bila dicuci bersih satu persatu begini.
Saya ingin berkongsi cara saya untuk senang cuci Lala supaya dapat elakkan yang busuk atau berpasir hitam. Bagi saya cara ni sangat berkesan. Dulu pernah cuba cara rendam dengan cili kering, tapi tangan saya jadi pijar. Cara ni insha Allah cepat dan mudah.
Caranya-caranya ada di gambar:
1. Lala yang dibeli dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala. Biarkan dalam freezer dalam masa 20 minit. Letak kejap je, jangan sampai frozen. Bagi dia sejuk. Nanti dia auto terbuka, yang hidup semua terbuka.
2. Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri.
3. Sekarang boleh check, memang 80% terbuka. Mana yang terkatup rapat tu confirm busuk atau berpasir.
4. Dah boleh cuci bawah air paip macam ni. Kita puas hati cuci sebab boleh nampak isi dia mana yang kotor, makan pun tak was-was.
Mingguan Wanita:Begini rupanya cara mudah untuk bersihkan lala, elak berpasir mahupun busuk. Boleh cuba untuk makanan laut jenis bercengkerang yang lain juga nanti.
Terlangkupkan periuk atas dapur rupanya petua orang dulu-dulu untuk elak nasi cepat basi.Ramai yang dah cuba memang berkesan dan menjadi petua ini. Bukan apa sayang nasi yang dimasak, tapi mudah basi akhirnya buang begitu sahaja.
Perkongsian video di TikTok hajaribrahim110 ada kongsikan tip dan caranya.
1. Cuci periuk nasi dengan bersih.
2. Selepas dicuci telangkupkan atas dapur dan hidupkan api perlahan.
3. Biarkan dalam anggaran lebih kurang 5 minit atau sehingga air kering.
Mingguan Wanita:Jadi jika ada masalah nasi yang dimasak cepat basi, boleh cuba petua orang dulu-dulu ni. Hanya perlu terlangkupkan periuk nasi atas dapur. Memang berkesan dan nasi tahan lebih lama.