Microwave atau Ketuhar Gelombang Mikro boleh dikatakan merupakan perkakasan asas yang menjadi satu keperluan di dapur. Ia memudahkan kerja terutama digunakan untuk panaskan makanan. Namun ada yang beranggapan, apabila memanaskan makanan dalam microwave boleh mengurangkan nutrisinya. Malah ada juga yang ragu-ragu untuk menggunakan microwave ini kerana percaya mitos radiasi gelombang mikro yang dihasilkan boleh menyebabkan penyakit kanser.

Hakikatnya, ia TIDAK mengurangkan nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan, malah bukan juga penyebab kepada kanser.

Untuk faham lebih lanjut, fahamkan perkongsian daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.

PANASKAN MAKANAN DALAM KETUHAR MICROWAVE

Ada ahli Makmal Makanan (MaMa) yang bertanya mengenai keselamatan dan nutrisi memanaskan makanan dalam ketuhar gelombang mikro (microwave). Dan bekas yang patut digunakan. Baiklah mari kita teliti yang berkenaan.

Apakah Yang Berlaku Semasa Kita Memanaskan Makanan Dalam Microwave?

Radiasi gelombang mikro (microwave radiation) akan diberikan kepada makanan. Harus diingat makanan yang kita lihat di depan mata kita itu adalah terdiri daripada pelbagai beribu molekul-molekul yang kebanyakkannya terikat dengan daya Van Der Waals iaitu ikatan hidrogen. Bayangkan setiap molekul ini ialah sekumpulan manusia yang berpegang tangan dan pegangan tangan itu ialah ikatan hidrogen.

Jumlah tenaga yang dibawa oleh radiasi microwave ini tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ianya hanya mampu ‘menggetarkan’ molekul-molekul yang membentuk struktur makanan yang dipanaskan.

Maksudnya radiasi ini tidak mampu memutuskan ikatan kimia atau menukarkan sifat kimia (non-ionising) molekul-molekul ini. Maka, radiasi ini TIDAK akan mengubah struktur molekul sedia ada dalam makanan yang dipanaskan. Maksudnya, microwave TIDAK mengurangkan nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan.

Panaskan Makanan Dalam Microwave BUKAN Penyebab Kanser!

Ads

Bagaimana Makanan Menjadi Panas Dalam Microwave Berlaku?

Disebabkan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan molekul-molekul lain yang membentuk struktur makanan kita, maka molekul yang paling terkesan dengan radiasi microwave ini ialah molekul-molekul air (H2O).

Molekul air ini akan menyerap radiasi microwave tadi dan menyebabkan tenaga kinetiknya meningkat (bergetar). Molekul-molekul air yang bergetar ini akan cuba kembali kepada kestabilan (tidak bergetar) dengan melepaskan tenaga yang berbentuk haba.

Tenaga haba ini akan dipindahkan kepada molekul-molekul lain dalam struktur makanan itu dan seterusnya menyebabkan makanan itu ‘panas’. Semasa proses ini berlaku, disebabkan getaran tadi, sebahagian ikatan hidrogen (analogi pegangan tangan) antara molekul-molekul air ini akan terputus menyebabkannya meruap keluar dari makanan. Inilah sebabnya kenapa makanan yang dipanaskan dengan microwave ini akan menjadi sedikit kering.

Apakah Bekas Yang Sesuai Digunakan Dalam Microwave?

Bekas seramik, plastik yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Elakkan penggunaan bekas besi (terutamanya yang tebal) kerana ada potensi peningkatan gelombang tenaga dan boleh mencetuskan api kebakaran.

Tips Mengekalkan Lembapan (Air) Dalam Makanan Yang Dipanaskan Dalam Microwave:

– Renjiskan sedikit air pada makanan sebelum dipanaskan, atau

Ads

– Letakkan sekali bekas air terbuka bersama dengan makanan yang dipanaskan tadi.

Panaskan Makanan Dalam Microwave BUKAN Penyebab Kanser!
Foto: Neil Gonzalez/Food Hacks Daily

Disamping itu, menurut Dr Fatimah lagi, penggunaan microwave juga tidak menyebabkan kanser.

Panaskan Makanan Dalam Microwave BUKAN Penyebab Kanser!

Baca Lagi Di Sini:

Ads

Microwave Berasap, Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!

Cara Mudah Bersihkan & Wangikan Microwave Hanya Guna 2 Bahan!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jangan ragu-ragu untuk beli dan gunakan microwave bagi memudahkan urusan ketika di dapur. Ia TIDAK mengurangkan nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan, malah bukan juga penyebab kanser.

Sumber: Makmal Makanan (MaMa)

Follow Telegram Himpunan Survivor Kanser Mingguan Wanita untuk mendapatkan info berkaitan : https://t.me/himpunansurvivorkansermw

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI