Jika selama ini ramai yang beranggapan buah durian adalah raja bagi segala buah, tak sangka menurut The World Health Organization (WHO), betik merupakan merupakan ‘Raja Buah’ yang sebenar. Ia dinobatkan sedemikian dari segi kandungan nutirisinya yang sangat banyak khasiat.

Untunglah siapa yang suka makan buah betik. Khasiatnya mengandungi kalsium yang tinggi, kaya dengan vitamin C, banyak Vitamin A, Vitamin K, tinggi Carotenoids dan 33 nutrien penting untuk kesihatan tubuh.

Jemput baca pendedahan kelebihan betik oleh Dr Rizal Abu Bakar ini;

Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.

Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.

Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.

Pakar Dedah Menurut WHO, Betik Diangkat ‘Raja Buah’ Sebenar!

Antaranya;

1.Tinggi Kalsium

Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil susu lembu untuk dapatkan kalsium.Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.

Ads

2.Kaya Vitamin C

Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.

Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.

3.Banyak Vitamin A

Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas.

Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.

4.Ekstra Vitamin K

Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas.

Ads

Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan eoteoporosis.

5. Tinggi Carotenoids

Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids

Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.

6. Banyak Nutrien

Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E. Keseluruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).

Ads

Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik. Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh.

Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!

Semoga perkongsian ilmu kesihatan ini bermanfaat!

Baca Disini;
Pakar Dedah Banyak Kelebihan Makan Nenas, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari

MW: Wow, hebatnya buah betik ni.Untunglah siap yang suka makan betik.Memang patutlah digelar raja buah! Jomlah kita selalu amalkan makan betik, pastikan ada dalam diet pemakanan seharian.

Sumber:DrRizal Abu Bakar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI