Mak-mak yang ada emas pakai atau barang kemas seeloknya hadamkan ilmu ini. Cara jaga baik emas kosong atau padu, agar tahan.. elak rosak ketika berada dalam simpanan atau ketika dipakai di badan.
Ini kerana, barang kemas ini ada banyak jenisnya. Antaranya; ada yang kosong (hollow), stamping (bawah lompong), berongga mahupun padu.
Penjual emas ini, Azri Dan Shafiqah berkongsi cara penjagaan barang kemas baik dari jenis kosong mahupun padu. Penting tahu ini, sebab nak dapatkan seketul gelang tangan lebih 5 gram pun bukannya murah. Mahu cecah ribuan ringgit.
Rugi kalau tak jaga betul-betul.
Beli Emas Kosong Atau Padu, Mana Lebih Tahan
Emas KOSONG.. Emas PADU
Tahan ke tak tahan?
“Baru je beli dua tiga hari, dah rosak, putus, hancur.”
Harga emas sekarang dah la mahal. Takdan puas pakai, rosak pulak.
Eh, emas dari zaman nenek moyang kita memang sedia MAHAL la gaisss. Bila kita dah beralih zaman kepada 5 hingga 10 tahun, baru la kita akan sedar emas dulu murah daripada hari ini.
Ads
Pemakaian EMAS ni tak kira la dia KOSONG atau PADU, kita sendiri kena tengok balik macam mana cara kita pakai. Bila dah terjadinya kerosakkan pada emas kita pakai tu, memang kita TAK AKAN mengaku punya salah kita. Kita akan salahkan apa saja yang ada disekeliling pada waktu tu. Ataupun kita akan terus salahkan penjual, menjual barang yang tak berkualiti. Sedih je si penjual. Esoknya penjual tu terus resign serta merta kerana dicerca dan dimaki bertubi-tubi.
Cara Cermat Pakai Barang Kemas Kosong Atau Padu
Emas Kosong
TAK BOLEH pakai lasak, basahan, lenjan setiap masa. Macam mana dikatakan lasak?
1. Kalau tidur jenis memang tak berapa nak sedar melibas sana sini, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. dikhuatiri tersangkut kelambu, selimut, kain dan bebenang.
2. Kalau suri rumah, bila buat segala aktiviti harian seperti basuh pinggan mangkuk, cuci tandas, mop lantai, main merangkak-rangkak dengan anak kecik, bercucuk tanam di halaman rumah, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. Semua aktiviti tu sedikit sebanyak akan beri kesan pada emas dipakai. contoh akan kemek, patah, bengkok dan lagi teruk putus jahanam terus.
Ads
Sudahnya asyik buka je, bila boleh pakai?
Pakai la bila dah bersiap-siap nak keluar pergi dating atau makan malam di luar bersama suami atau rakan-rakan. Dan pakai la bila ada majlis port-luck dengan jiran tetangga. Pakai la bila masa anda rasa, tak berbuat apa-apa pada hari tu, duduk saja goyang kaki lagak orang kaya.
Duk saja pun putus, patah?
Tak tau la saya nak cakap apa lagi. Emas tu tak suka atau ‘taktahan’ la kot ada kat badan anda rasanya. kah kah kah..
Emas Padu
Boleh pakai belasahan harian, lenjan setiap masa. Tapi kalau sama je jenis kat atas tu, dinasihatkan buka la. Jangan terkejut, EMAS PADU 10gram pun ada yang pakai seminggu, putus. Dah, penjual jugak disalahkan lagi.
Jadi.. nasihat saya selaku LELAKI yang menjual emas dan tak boleh pakai emas..
Ads
EMAS TU TAHAN ATAU TIDAK?
Tengok balik diri kita sendiri sesuai ke tidak nak pakai emas pada waktu dan ketika tu. Kalau rasa-rasa ia akan mendatangkan kemudaratan pada emas kita pakai, BUKA LAH. Tak payah pakai. Tapi kalau nak lenjan pakai jugak, PAKAI jela. Rosak beli lain.. asalkan jangan bising.
Emas Rosak Tetap Bernilai, Caranya..
Tapi ada lagi satu nasihat saya.. walaupun emas tu dah rosak, simpan la dalam masa 5 tahun ke atas sekiranya anda nak lihat keuntungan. Sekiranya baru je beli seminggu dua, nak jual semula.. sesungguhnya memang anda kerugian.
Tak kisah la baru beli sehari ke dua hari, sekiranya emas sudah rosak, tidak akan ada manusia nak beli balik seperti harga semasa baru dibeli. Tapi, mujur la jugak emas ni laku walaupun hancur lebur sekalipun kan.
Saya nasihat ni sebab saya simpati kepada pembeli yang alami masalah seperti di atas. Ye saya tahu, susah kumpul duit untuk beli seketul EMAS. MAHAL pulak tu. Baru je beli rosak pulak. Ralat tak habis-habis. Rujuk kembali nasihat saya seperti di atas. Boleh ikut kiranya bermanfaat.
Dan akhir kata.. EMAS tak salah. Saya dan kita semua yang salah. Tolong jangan kecam saya, saya hati tisu.
Sumber/Foto : Azri, nampak je garang, tapi baik hati.
Bukan mudah bagi wanita bergelar isteri untuk berkongsi kasih dengan wanita lain. Faktor rasa cemburu, keadilan dan kemampuan suami dalam memberikan kasih sayang sama rata pada semua isteri sering menjadi alasan.Namun suami kepada 8 orang isteri ini mungkin antara yang ‘bertuah’!
8 Isteri Tinggal Sebumbung
Seorang lelaki mendapat perhatian dalam media sosial selepas mendedahkan dia mempunyai lapan orang isteri yang hidup sebumbung.
Ong Dam Sorot yang merupakan seorang artis mencacah tatu menerusi satu wawancara dalam YouTube, memaklumkan dia berkahwin dengan lapan wanita kerana mempunyai ‘perasaan cinta yang adil terhadap mereka’.
Detik Berjumpa Semua Isteri
Ong turut memperkenalkan semua isterinya dalam wawancara itu dan menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan semua wanita itu dan berkahwin.
Kelapan-lapan isterinya menyifatkan Ong sebagai suami yang baik, bertimbang rasa dan pandai mengagihkan masa.
Menurut Ong, dia bertemu dengan isteri pertamanya di majlis kahwin rakannya, isteri kedua dalam pertemuan di pasar, ketiga (di hospital), keempat, kelima dan keenam (dalam media sosial), ketujuh (di kuil) dan kelapan (ketika bercuti).
“Ong mungkin merupakan lelaki paling penyayang yang pernah kami jumpa,” menurut kelapan-lapan isterinya.
Dua daripada isteri Ong kini hamil anak pertama mereka dan lelaki itu sudah memiliki seorang anak dari isteri pertamanya.
Mingguan Wanita: Bukan calang-calang untuk mempunyai 8 orang isteri yang boleh tinggal sebumbung. Pastinya lelaki ini sangat berkemampuan dan bersikap adil pada semua isteri-isterinya.
Bagi seorang anak, mak adalah segala-galanya dan dianggap bagaikan satu keramat dalam hidup kerana mempunyai darjat yang tinggi.Sungguh, jasa dan pengorbanan seorang mak takkan mampu terbalas sampai bila-bila.Bersyukurlah jika masih mempunyai mak dan sentiasalah berdoa agar insan yang kita sayangi ini diberikan kesihatan yang terbaik.
Baru-baru ini,pelakon,pelawak, penyanyi, penerbit dan pengarah, Dato’ Afdlin Shauki Bin Aksan, 46 atau lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki ada berkongsi luahan sayu didalam instagram dimana ibunya dikhabarkan mendapat serangan jantung dan kini berada di Hospital Serdang. Selain melahirkan rasa kebimbangan terhadap ibunya, Afdin turut memohon kawan-kawan dan peminat agar sama-sama mendoakan kesihatan ibunya, Fadzilah Jelani.
“Semalam keramat hidup saya, ibu yang sangat saya cintai terkena serangan jantung sekali lagi. Syukur dia berada di Hospital Serdang ketika itu, salah satu hospital kerajaan yang mempunyai Department Kardioloji di Kuala Lumpur.”
“Dada saya sesak mendengar berita itu. Saya berada di dalam sebuah meeting untuk mencari peluang perniagaan. Tiba-tiba saya lihat muka-muka di sekeliling meja dan semuanya tidak penting lagi… saya bergegas ke hospital dan ibu berada dalam keadaan separa sedar.”
“Runtun jiwa ini melihat ibu saya ketika itu dan rasa lemah yang teramat sangat melanda diri ini. Serius semua dugaan yang sedang saya alami tiba-tiba tidak penting lagi. Yang penting hanyalah keadaan ibu saya.”
“Masa ni saya juga melihat diri saya di tempat ibu saya, nampak beliau dalam kesakitan dan keletihan. Nampak beliau cuba mendapat nafas seterusnya. Beliau hanya boleh minum sedikit air… saya merasa lemas kerana jika saya di keadaan begitu ketika ini, saya mungkin tak sekuat ibu saya. Pasal masih terikat sangat kuat dengan duniawi.
“Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan keadaan ibu saya dan syukur masih membenarkan saya terus berjuang untuk keluarga, masyarakat dan diri saya. Syukur…syukur…syukur ya Allah. Kepada kawan-kawan saya mintak tolong doakan kesihatan ibu saya Fadzilah Binti Jelani. Semuanya sementara….
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Sayang sungguh Afdlin Shauki pada ibunya.Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Sementara itu, rata-rata para pengikut instagram turut mendoakan agar ibu kepada Afdlin Shauki cepat sembuh, diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih seperti sedia kala.
Alhamdulillah berkat pagi Jumaat yang mulia ini, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,50 berkongsi berita gembira, bakal menambah ahli keluarga baru. Isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos hamil anak ketujuh, pada usia 41 tahun.
Teruja Tambah Ahli Keluarga
Dalam video ringkas yang dikongsikan angkasawan negara ini meluahkan rasa syukur dan keterujaan setiap anak-anaknya yang bakal mendapat adik baru. Video yang dikongsikan cukup kreatif, apabila setiap anak-anak berbisik dalam menyampaikan berita gembira tersebut.
Alhamdulillah
Syukur sangat
Everyone is excited
Semoga dipermudahkan
Amiinn …
Salam Jumaat Everyone
Love As Always
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 10 Oktober 2010. Selepas 12 tahun berkahwin, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella,11 Sophea Natasha,9, kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah,5 serta kembar sepasang Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia,2.
Ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan berita yang dikongsikan. Serta turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, seronok dan bahagianya bila ada anak ramai. Tahniah buat Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, atas berita kehamilan anak ketujuh ini. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan dan kelahiran bayi nanti.