Kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta, cara nak tahu pasangan itu (suami) bahagia atau sebaliknya, kena tengok perubahan saiz badan sebelum dan selepas.
“Orang cakap kalau nak tau suami tu bahagia ke tidak, tengoklah saiz sebelum dengan selepaih. Kiqa nya Zain bahagia la kot no.. dulu saiz XS, la M.”
Tambah Che Ta lagi dalam instagramnya, “Size doesn’t matter sayang, bila hati dah terpaut.” Begitulah luahan hati isteri kepada Zain Saidin ini sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka kali ke-5.
Dalam setiap posting, Che Ta meluahkan perasaan syukur dengan anugerah perkahwinan yang tuhan berikan untuknya.
Ads
“Syukur di atas pemberian Tuhan yang terindah. Terima kasih kerana menemaniku dalam setiap hari-hari yang penuh cinta.”
Zain Baru Darjah 2..
Sempat lagi selebriti maintain cantik ini berseloroh. “Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain masa itu baqu darjah 2.”
“So, kalau sapa-sapa yang belum bertemu jodoh lagi, jangan pulak doq qeyau tepi bucu katie. Mungkin jodoh uolss tu tengah dok up. Happy Anniversary sayang. Nasib baik U cepat ligan I.”
Ads
Akui Che Ta, dia dan suaminya itu menyulam cinta selama 3 tahun. Dan sudah tahun kelima, Zain menjadi suaminya. Doa Che Ta, “Haqap-haqap U tak jemu la nak tening muka ni haqi-haqi. Sementara tak qemot lagi.”
Dan banyak benarnya bila Che Ta kata tentang cinta ini. Katanya, jatuh cinta itu mudah, tapi untuk mengekalkan rasa cinta itulah ujian sebenarnya. Dan mereka berjaya mengatasinya sehingga hari ini.
“5 tahun dapat 5 jambak bunga. Kalau 10 tahun jangan bagi 10 kuntum pulak na sayang.” Che Ta
Rupanya Ada Yang Gosip Benda Tak Elok.. – Che Ta
Dalam satu sesi fotografi yang lain pula, pasangan Che Ta dan Zain berkumpulan dengan adik-beradik sebelah Che Ta. Bila adik beradik cantik ini berkumpul dah macam sekumpulan model gayanya.
“Alhamdulillah.. dah lepaih fasa pertama perkahwinan. Qupanya ada yang dok bergosip benda tak elok pasai qumah tangga kami. Kami tau pun bila press tanya. Ayooo. Tak palah, tu kan gosip!”
Ads
“Doa yang baik-baik ok. Terima kasih semua yang wish yang baik-baik untuk kami. Hanya Allah yang dapat membalas doa-doa uols.”
Bersemut Tengok Gambar Adik Beradik Che Ta Dengan Suami Masing-masing
“Bukan senang nak kumpui adik-beradik + laki masing-masing. Kalau tengok family kami ni macam keluarga 69. Abang ipaq muda (zain), adik ipaq tua (Lan Pet-pet + Dato Jatt) biras.”
“Tapi macam bersemut pulak bila tengok posing masing-masing. Semut gatai, jangan ada yang bedaqah hidung pulak tengok gambaq ni.”
MW : Sebenarnya ada betulnya apa yang Che Ta sebut pasal saiz suami bahagia berubah lepas kahwin. Sampai ada yang pernah beritahu, ‘Boroi tu pun antara tanda suami bahagia.’ Iyalah kan, air tangan isteri itulah paling sedap dalam dunia.
Tersentuh hati dengan keadaan kulit menggelupas lagi berdarah yang dialami baby Afiya, bayi berusia 5 bulan, Datin Paduka Eina Azman langsung hulur bantuan.
Malah, menjawab pertanyaan peminat yang mengikuti perkembangan pasangan dua beradik ini, maklum Eina adik beradik itu sudah pulih dari sakit kulit mereka.
Bila mana Eina menerima DM daripada adik kak Yani, hatinya mula tersentuh. Lihat gambar bayi lima bulan yang menggelupas kulitnya dan berdarah. “Sure pedih tu..” Kata Eina, langsung mengubah episod perawatan untuk bayi ini dan ahli keluarganya.
Kulit Menggelupas, Berdarah.. Sure Pedih Tu – Eina Azman
Tulis Eina di instagramnya,
Salam semua… today Eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan.
Baby Afiya kena eczema since umur 2 bulan. So adik kepada kak Yani yang DM Eina bertanya mengenai budak-budak yang Eina pernah tolong sebelum ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang Eina bawa sebelum ni.
Dan dia ada hantar gambar baby Afiya. Terus Eina cakap nak tolong sebab tengok keadaan baby Afiya kulit dia yang dah menggelupas dan pedih-pedih berdarah. “Sure pedih tu.”
Eina Azman Bawa Baby Afiya Jumpa Pakar Kulit
So Alhamdulillah today all the way from Kluang Johor family kak Yani datang bawa baby Afiya untuk mencuba rawatan di klinik pakar yang Eina sering bawa budak-budak yang ada sakit kulit.
Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh. So for those yang nak membantu or menghulur kan apa-apa untuk baby Afiya boleh transfer ke account :
Bagi ibu-ibu hamil, jangkitan covid-19 sangat merisikokan diri hingga boleh meragut nyawa. Perjuangan untuk terus bertahan hidup selepas melahirkan anak setelah dijangkiti virus berbahaya ini kebiasaannya sangatlah tipis. Anak yang selamat dilahirkan ibarat ‘hadiah terakhir’ buat suami dan anak-anak lain.Meskipun ramai yang prihatin untuk mengambil sebagai anak angkat, pastinya ia kenangan dari isteri tersayang.
‘Hadiah Terakhir’ Isteri
“Ramai yang minta nak jaga anak bongsu saya, namun biarlah saya dan anak-anak lain yang menjaganya kerana inilah ‘hadiah’ terakhir daripada isteri,” kata peniaga, Mohd Shahril Hakimi Hamdan, 41.
Isterinya, Hasmira Hussain, 38, meninggal dunia 20 Ogos lalu kerana komplikasi akibat Covid-19, selepas melahirkan anak bongsunya yang juga anak ketujuh itu secara pembedahan ketika kandungan berusia 32 minggu.
Mohd Shahril berkata, selepas dimaklumkan mereka sekeluarga dijangkiti virus itu, hanya isteri dan anak sulungnya, Nurhasmieda, 20, dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 4 Ogos untuk rawatan lanjut.
Sementara dia dan empat anak lain, Nurhasmieka, 18, Nurhasmiefa, 14, Nuruh Huda Diyana Husna, 10 dan Ajad Aqil Arfa, dikuarantin di rumah. Katanya, hanya anak ketiga, Nurhasmieza, 17, yang negatif wabak itu.
Isteri Terpaksa Ditidurkan
“Pada mulanya saya ingatkan keadaan isteri tidak serius, tetapi pada 7 Ogos doktor memaklumkan isteri terpaksa ditidurkan, manakala anak yang dikandung terpaksa dilahirkan secara pembedahan sehari selepas itu.
“Saya langsung tidak fikirkan perkara buruk akan berlaku sehinggalah pihak hospital memaklumkan isteri disahkan meninggal dunia pada 7.26 petang, 20 Ogos lalu.
“Ketika itu, doktor mengesahkan isteri sudah bebas daripada Covid-19, dan kami sangat bersyukur kerana dapat menguruskan jenazah isteri seperti biasa dan anak-anak dapat mencium ibu mereka,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Rumah Rakyat Nilai, di sini.
Takut Macam Arwah Siti Sarah
Mohd Shahril mengakui mereka sekeluarga masih dalam sedih dengan kehilangan isteri, dan belum kuat menerima hakikat berkenaan.
“Anak bongsu kami yang dinamakan Nurhasmeyra sudah dibawa pulang 1 September lalu, namun tidak banyak keperluannya sempat dibeli kerana kami dikuarantinkan,” katanya.
Menurutnya, arwah isterinya sempat membuat panggilan video untuk kali terakhir sebelum ditidurkan dan dia berpesan supaya menjaga anak-anak terutama lelaki tunggal yang sangat manja dengannya.
“Dia ada cakap, ada rasa takut jika berlaku macam arwah Siti Sarah dan itulah kenyataan yang perlu kami terima. Arwah pergi tanpa sempat melihat anak bongsu kami,” katanya.
Menurutnya, Allahyarhamah isterinya telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos dan kemudian ditidurkan pada 7 Ogos. Sebelum ditidurkan, katanya, dia dan anak-anak sempat membuat panggilan video dengan Allahyarham yang berpesan supaya menjaga anak lelaki tunggal mereka baik-baik.
“Saya pun memang tak boleh buat apa kerana sedang kuarantin di rumah. Hanya mampu berdoa dari jauh saja. Keesokannya, anak kami selamat dilahirkan secara pembedahan, tapi arwah isteri masih tidak sedarkan diri,” katanya yang berniaga kuetiau goreng sebagai pendapatan.
Meskipun begitu, Kimi sentiasa cuba berfikiran positif yang isterinya akan kembali sedar, namun ALLAH lebih menyayangi Allahyarhamah yang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Ogos.
Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana berkesempatan menguruskan jenazah isterinya yang bebas daripada Covid-19.
Kekok Uruskan Anak Sendirian
Mengakui pada awal menerima perkhabaran itu, dia seperti hilang punca lebih-lebih lagi memikirkan kehadiran cahaya mata baharu dalam keluarganya.
“Selama 21 tahun saya hidup dengan arwah, dia yang menguruskan semua hal anak-anak. Bila dah jadi macam ini, saya betul-betul jadi kekok nak menguruskan anak sendirian. Mujurlah anak-anak saya rajin membantu, “ katanya.
10 Orang Tawar Jadikan Anak Angkat
Sementara itu, Kimi berkata, lebih 10 orang yang sudah menyatakan hasrat mahu mengambil anaknya yang baru dilahirkan itu sebagai anak angkat.Namun, katanya, walau susah macam mana sekalipun dia tidak akan menyerahkan anaknya kepada orang lain.
“Saya akui mula-mula keadaan akan jadi susah buat saya, tapi biarlah kesemua anak saya membesar di depan mata saya. Buat masa ini saya menumpang di rumah ibu selepas buat keputusan berpindah keluar dari rumah sewa sejak seminggu lalu.
“Tamat saja tempoh 14 hari selesai suntik vaksin dos kedua, saya akan mula berniaga semula dan memulakan hidup baharu bersama anak-anak,” katanya.
Bercerita mengenai anak bongsunya, kata Kimi, walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, namun dia berada dalam keadaan sihat.
“Tapi saya masih dalam proses nak pilih susu mana yang sesuai untuknya. Saya juga menamakan anak kami dengan nama Nurhasmeyra sempena nama arwah isteri Hasmira,” katanya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Awalnya risau hilang tawaran kerja, kini Vicha selesa penampilan berhijab. Begitulah luahan hati pelawak dan pelakon yang berasal dari negara seberang, Vicha Saywho, 33 yang kini semakin selesa dengan penampilannya yang menutup aurat.
Malah Vicha juga menerangkan dia tidak melihat penghijrahannya itu sebagai sesuatu yang mengganggu kerjaya seninya.
Awalnya Risau Hilang Tawaran Kerja
Namun sebenarnya pada awal berhijrah, Vicha akui dirinya berasa risau dengan penerimaan peminat dan bimbang jika tawaran kerja berkurangan. Namun terbukti rezeki Allah itu luas dan sebaliknya yang berlaku.
“Ketika mula-mula mengambil keputusan berhijab, saya risau jika hilang tawaran kerja. Maklumkan sebagai pelawak, mungkin aksi saya akan jadi berbeza dengan penampilan baharu ini.
“Bagaimanapun saya kuatkan hati dan teruskan hasrat itu kerana yakin niat yang baik selalunya akan memberi hasil yang baik juga.
“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya dalam segala hal, termasuk kerjaya seni,” katanya seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.
Syukur Rezeki Semakin Murah
Mengorak langkah dengan mengenakan hijab sejak Ogos lalu, Vicha juga akui rezekinya semakin luas.
“Saya bersyukur apabila rezeki dalam bidang seni semakin murah. Kalau sebelum ini tidak pernah bekerja dengan TV AlHijrah atau Naura, sekarang saya mendapat peluang itu.
“Begitu juga dengan beberapa projek baharu yang kini masih lagi dalam perbincangan.
“Apa pun, saya masih individu sama sebagaimana sebelum ini. Tugas saya masih di sini untuk menghiburkan orang ramai,” luah Vicha.
Ibu kepada tiga anak itu juga menegaskan walaupun tampil berhijab namun dia tidak meletakkan syarat di pentas. Kini tampil bergabung menerusi kumpulan Puteh dalam Musim Baru Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) Vicha akan berikan yang terbaik dalam setiap watak yang dipertanggungjawabkan.
“Walaupun sudah berhijab, saya tidak meletakkan sebarang syarat atau halangan dalam aksi di pentas. Apa sahaja watak diberikan, saya akan cuba yang terbaik,” luahnya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...