Selepas lebih lapan tahun berlakon, kakak kepada Aprena Manrose iaitu Oktovia Manrose membuktikan baru-baru ini dia juga boleh menyanyi.
Ibu tunggal anak satu yang juga pemilik nama penuh Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman ini menyatakan, salah seorang anggota Bima Sakti dipanggil Jim membuka peluang berkenaan untuk dia menjayakan projek lagu Biar Aku Simpan bersama kumpulan Bimasakti yang diterbitkan Life Records.
Oktovia Manrose Minat Menyanyi Sekian Lama
Bagaimanapun kakak kepada Aprena Manrose ini juga pernah beberapa kali merakamkan lagu ‘filler’ untuk drama membabitkan produksi yang dikenalinya.
Ads
“Ikutkan menyanyi memang minat saya sejak sekian lama. Saya sedar ada bakat ke arah itu, cuma perlu diasah. Dulu pun sebenarnya ada peluang menyanyi, cuma saya tak nak terburu buru.
“Saya sendiri rasa belum cukup bersedia. Saya tak mahu menyanyi macam melepaskan batuk di tangga. Biarlah ada ilmu atau serap pengalaman orang lain, baru saya berani keluar dari zon selesa.
“Menerusi projek kolaborasi dengan kumpulan ini pun saya banyak timba pengalaman dan belajar teknik tertentu fasal muzik,” katanya.
Sambut Lamaran Dengan Optimis
“Mulanya tak sangka dia tawarkan peluang ini. Jim sendiri bukan asing kerana sudah menerbitkan lagu untuk ramai artis seperti Khai Bahar, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham.
“Saya sendiri pun selalu merakamkan lagu demo untuknya. Cuma lamaran untuk membuat penampilan lagu itu, saya sahut dengan optimis. Saya sendiri menyukai bahagian korus lagu itu yang sangat melankolik,” katanya.
Tidak sekadar membuat penampilan khas untuk lagu berkenaan, ibu kepada Muhammad Rayyan Zafariel ini turut menjadi model video muzik karya sama.
“Kerana kebetulan saya sendiri sudah faham keseluruhan isi cerita lagu. Jadi saat ditawarkan untuk jadi model video muzik… saya cakap kenapa tidak,” katanya yang tidak pernah memasuki mana mana pertandingan nyanyian.
Artis di bawah pengurusan Absolut Talent & Management itu juga tidak menolak andai ada rezeki menyanyi solo selepas ini dan terbuka mencabar kemampuan vokalnya.
“Saya anggap kolaborasi dengan kumpulan itu sebagai pemanas enjin. Selepas ini baru yakin sedikit nak menyanyi solo.
“Saya secara peribadi suka genre lagu hip hop, R&B, pop balada. Saya paling minat Ariana Grande, selain Sarah Raisuddin, Jaclyn Victor, Melly Goeslow, Kris Dayanti dan terbaru Sarah Suhairi dan Aina Abdul,” katanya.
Masih panas di media sosial tentang penceraian pasangan Muhammad Radzi Abdul Wahid (Ude) yang merupakan pemuzik bebas dan isteri pertamanya, Intan Liyana yang mana dia meluahkan emosinya tidak tahu apa salahnya sehingga suaminya itu sanggup memfailkan permohonan cerai.
Sambil melepaskan apa yang terpendam dan mengalirkan air mata, Intan meluahkan…
“Sampai hari ini, saya masih sayangkan Ude. Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami,”
Netizen Bagi Semangat
Rata-rata netizen dari kaum wanita sangat memahami dengan ujian berumah tangga dan ramai yang turut memberikan kata-kata semangat buat Intan dengan apa yang berlaku.
Apa yang agak mencuit emosi, Intan sempat menyatakan yang Ude seorang suami dan bapa yang baik serta penyayang, hubungan suami isteri menjadi renggang sejak November lalu. Ude pula mengakui sudah mengahwini pelakon Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.
Kalau ikutkan Intan Liyana dan Izreen Azminda hanya sempat menjalani hidup bermadu selama enam bulan.
“Kami sudah tak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak,” katanya lagi.
Komen Dari Pihak Izreen Tentang Kes Cerai
Berbalik pada situasi Izreen Azminda pula, dia tak nak mencampuri urusan Ude dan Intan sebab rasa dia tak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perceraian itu.
“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belitkan dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.
“Saya tak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik bagi mengelakkan konflik.
“Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tak tahu puncanya dan saya tak ada hak untuk mengambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya memetik dari Harian Metro.
Nota Hakak:
Kita tak tahu apa yang pasangan ini lalui tetapi orang kata, poligami lebih banyak mengundang derita isteri. Malah dalam sesetengah kes, poligami menyebabkan rumah tangga sebelumnya aman damai bertukar gerhana dan porak peranda. Tak semua lah jadi begitu, ada yang berpoligami tetapi hidupnya makin bahagia.
Hmm… Hakak doakan baik-baik moga ujian rumah tangga ini ada hikmahnya. Siapa tahu esok-esok semuanya akan kembali jernih. Dalam surah al-Nisa’ ayat 3, Allah berfirman yang antara lain bermaksud:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga dan empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan ) seorang sahaja yang demikian itu adalah untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita baik buat seisi rumah di Thailand apabila negara tersebut bakal melaksanakan undang-undang larangan merokok di dalam rumah. Ramai mengetahui bahawa kesan asap rokok lebih berbahaya buat perokok pasif sehingga menyebabkan pelbagai penyakit dan mengakibatkan kematian.
Oleh yang demikian, satu undang-undang yang melarang perbuatan merokok di rumah akan dikuatkuasakan di Thailand pada 20 Ogos dalam usaha mengurangkan kes kematian yang diakibatkan oleh kesan perokok pasif.
Golongan perokok diberi peluang selama 90 hari untuk mempertimbang semula tabiat itu (merokok di dalam kediaman), yang membahayakan kesihatan mereka yang berada di bawah satu bumbung.
Portal berita Bangkok Post melaporkan tentang pengumuman tersebut, yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pembangunan dan Perlindungan Keluarga. Mereka yang melanggar undang-undang itu boleh didakwa sama ada di mahkamah juvenil atau mahkamah jenayah.
Kursus Berhenti Merokok
Walaupun belum ditetapkan jumlah denda, mahkamah boleh memerintahkan mereka yang melanggar undang-undang itu untuk tidak merokok di dalam rumah dan/atau memasukkan mereka ke dalam kursus berhenti merokok.
Walau bagaimanapun sehingga kini, belum ada penjelasan terperinci tentang kaedah penguatkuasaan yang akan diambil.
Pengumuman itu seiring dengan usaha kempen antitembakau yang memperjuangkan persekitaran kediaman yang bebas asap rokok dan juga asap rokok elektronik.
“Tahun lalu, sejumlah 8,278 orang mait akibat kesan perokok pasif,” ujar Ketia Pusat Penyelidikan dan pengajian Kawalan Tembakau, Ronnachai Khongsakon.
Kajian itu mendapati bahawa hampir 33 peratus perokok merokok di dalam rumah dan hampir 74 peratus merokok setiap hari. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Awam negara itu, pada tahun lalu, sejumlah 54,512 orang mati akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
MW: Memang terbaik undang-undang yang bakal diperkenalkan ini. Sebenarnya tak perlu tunggu kuat kuasa daripada kerajaan pun, mak-mak boleh buat peraturan sendiri, larang perokok-perokok baik suami, kawan-kawan mahupun tetamu daripada merokok didalam rumah. Asap rokok ni sangat berbahaya pada kesihatan diri dan anak-anak dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya serta kematian.
Memang bertuah dan beruntung rakyat di negara Dubai yang terkenal dengan kekayaannya. Demi meringkan beban ketika mendirikan rumahtangga, pasangan yang berkahwin akan diberikan wang tunai sebanyak RM85,000 bagi menampung keperluan.
Itulah yang dikongsikan oleh Irfan Khairi,45 yang merupakan usahawan serta jutawan dalam bisnes online yang kini telah 5 tahun berhijrah ke Dubai serta mengusahakan pelbagai perniagaan di sana.
Baca perkongsian menarik daripada Irfan Khairiini sebagai rujukan;
Kalau kahwin dapat RM85,000!
Di Dubai, kalau pasangan kahwin je, kerajaan akan beri hadiah RM85,000 – cash kepada pengantin lelaki.
Sebab? Kerajaan sini ingin meringankan beban bila mendirikan rumah tangga. Tapi baca ni dulu.
Sebelum anda pack bag anda dan pindah ke sini, bawak bersabar.
Pemberian perkahwinan ini hanya untuk orang Arab tempatan sahaja (dikenali sebagai Emirati).
Kita orang Malaysia, tak dapat. So tak payah la berangan ya abang-abang.
Inilah antara sebab mengapa “Orang Dubai” ni selalunya kaya. Kerajaan banyak beri bantuan. Kahwin pun dapat duit – bantuan lain-lain, seperti tanah, petrol percuma setiap bulan, bayar hutang bagi mereka yang tak mampu, dan banyak lagi.
Alangkah bestnya kalau kerajaan kita pun bantu rakyat lebih banyak lagi. Betul tak? Lebih-lebih lagi waktu ramai rakyat kini dalam keadaan terdesak dan tertekan.
Nak tau tak satu lagi bantuan yang best kerajaan berikan pada rakyat mereka. Yang ni memang buatkan saya jeles.
Cuti Setahun BERGAJI, Mulakan Perniagaan
Siapa nak mulakan perniagaan, boleh cuti setahun BERGAJI untuk mulakan perniagaan, dan kalau perniagaan tu gagal, kerajaan akan bayarkan hutang-hutang perniagaan itu!
Inilah initiatif kerajaan untuk menggalakkan keusahawan.
Pelbagai subsidi dan bantuan perniagaan yang mereka beri. Rezeki mereka mempunyai pemimpin yang sangat hebat!
Apa kata kita usulkan isu perkahwinan ni dengan kerajaan kita. Setuju tak?
Bagi kita, kena la usahakannya sendiri. Rezeki mereka lain, rezeki kita pula lain.
Dalam keadaan ekonomi dan harga meningkat kini, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kos hidup semakin meningkat is REAL. Tapi tanggunjawab kita untuk bijak wang dan tambahkan lagi pendapatan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...