Aloe Vera sememangnya memiliki pelbagai jenis nutrisi atau khasiat yang bermanfaat untuk kecantikan kulit. Adalah sangat penting untuk menjaga dan merawat kulit wajah agar kekal lembap agar terlihat lebih segar dan bermaya sepanjang hari.
Apa Nutrisi Ada Dalam Aloe Vera
Lignin adalah salah senyawa yang terdapat di dalam daun lidah buaya atau dikenali sebagai aloe vera. Senyawa ini menjaga kelembapan dan mencegah terjadinya alergi kulit.
Bantu Selesaikan Masalah Kulit
Kandungan lainnya adalah antrakuinon dan asid amino. Kedua-duanya membantu kulit segera memperbaharui diri untuk menghasilkan sel-sel baru dan menghilangkan sel kulit mati. Isi dan daun lidah buaya juga mengandung saponin yang berfungsi sebagai antibakteria.
Salah satu daripadanya ialah aloe vera yang amat membantu menyelesaikan permasalahan kulit. Aloe vera kaya dengan pelbagai nutrisi seperti natrium palmat, sorbitol, gliserin dan sodium karbonat. Jadi sekadar disapu pada kulit pun sudah membawa pelbagai kebaikan dan keajaiban pada kulit wajah anda.
Gel aloe vera adalah bagus sebagai pelembap. Menggunakan aloe vera pada kulit sebelum mengenakan mekap boleh mencegah kulit daripada kekeringan.
Nutrisi Aloe Vera Bantu Cegah Penuaan Kulit
Oleh kerana kandungan airnya tinggi, aloe vera berupaya menghapus sel kulit mati, melembapkan kulit dari dalam, serta membuatkan kulit menjadi lebih kenyal.
Jika anda selalu merungut kerana kulit kering, sapukan sahaja gel kulit buaya dan lihat perbezaannya.
Cerahkan kulit
Apabila kulit bersih dan lembap, ia bukan sahaja menjadikannya sihat malah menjadikan kelihatan lebih berseri. Dengan rutin menyapu gel lidah buaya pada kulit wajah, ia dapat membuang sel kulit mati dan menambah sel kulit baru sekali gus mencerahkan warna kulit.
Bagus untuk merawat jerawat
Aloe Vera mempunyai sifat antimikrob yang membunuh bakteria dan ciri-ciri antiradang yang mengurangkan keradangan kulit. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan meminimumkan kesan parut.
Aloe vera adalah pelembap tetapi tidak membuatkan kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.
Penanggal Mekap
Jika selama ini anda selalu mencari bahan alami mana yang dapat menghapus sisa mekap di wajah, maka aloe vera boleh dijadikan alternatif. Tak seperti produk kosmetik yang mungkin mengandung bahan kima berbahaya, yang dapat membuat kulit kering, gel oloe vera jauh lebih sihat dan melembapkan.
Oleh itu, anda boleh menggunakan ekstrak gel aloe vera sebagai pembersih wajah. Dan untuk maskara atau eyeliner yang biasanya lebih sukar ditanggalkan, anda boleh mencampurkan gel aloe vera dengan minyak zaitun asli.
Rawat Diri:
Sabun Cuci Muka Aloe Vera Dan Lemon
Bahan-bahan:
1 sudu makan gel aloe vera
1 sudu teh susu badam
1 sudu teh perahan lemon
Cara Membuat:
- Satukan kesemuanya di dalam satu mangkuk kecil. Kacau hingga ia sebati.
- Gunakan larutan itu sebagai sabun cuci muka alami.
- Setelah mengaplikasikannya ke seluruh wajah, biarkan selama beberapa minit dan bilas bersih. Kandungan beberapa mineral dalam aloe vera bersifat antibakteria, maka sabun muka alami ini sesuai untuk jenis kulit sensitif, berjerawat, dan kemerahan.
Sabun Muka Anti Penuaan
Bahan-bahan:
1 sudu makan gel aloe vera
1 sudu teh minyak kelapa
Cara Membuat:
- Campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk.
- Adun hingga sebati.
- Hangatkan adunan tersebut dengan menggosokkannya ke telapak tangan terlebih dahulu.
- Kemudian aplikasikan ke seluruh wajah sebagai sabun cuci muka. Biarkan seketika. Bilas bersih.
Masker Pelembap
Bahan-bahan:
1 sudu makan gel aloe vera
8cm timun
1 biji telur – ambil putihnya saja
Cara Membuat:
- Satukan kesemuanya ke dalam satu mangkuk kecil.
- Adun hingga ia sebati sepenuhnya.
- Oleskan pada kulit wajah secara merata sebelum tidur.
- Biarkan seketika hingga ia kering dan kulit terasa tegang.
- Cuci bersih.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI