Nurul Izzah coret perjuangan bapa, pernah terseret ke penjara dan menunggu sejak 1998 sebelum dilantik Perdana Menteri. Teka teki siapa Perdana Menteri ke-10 Malaysia akhirnya terjawab apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebentar tadi.
Dalam pada itu, selepas perlantikan Perdana Menteri diumumkan, anak suungnya, Nurul Izzah mencoretkan sesuatu mengenai kisah perjuangan bapa itu sejak 1998 lagi iaitu ketika pemecatan sebgaai Timbalan Perdana Menteri.
Tulis Nurul Izzah di fbnya, dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ads
Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
Ads
I love you, Papa Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Ads
Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.
Dalam keadaan sekarang ini, tidak semua orang mampu untuk meneruskan kehidupan seperti sebelum ini. Ada yang mungkin ekonomi kewangan terjejas, hilang pekerjaan dan sebagainya.
Lebih menyedihkan bagi yang sebelum ini yang hanya mengharapkan pendapatan harian pun turut terjejas. Mungkin dulu boleh menampung keperluan tapi sekarang sudah tak mampu seperti dulu.
Sedihnya bila mengingatkan ahli keluarga dan anak-anak yang terpaksa berkira-kira untuk penuhi keperluan harian terutamanya bila tiba hari istimewa anak yang sepatutnya dirai dengan penuh gembira.
Kalau orang mampu, semua ini tidak kisah, tapi bagi orang lain, nak beli kek pun tidak mampu memandangkan duit boleh digunakan untuk keperluan lain.
Sebolehnya sebagai mak ayah, tentunya kita tidak sanggup untuk melihat anak tanpa dirai. Cukup dengan sepotong kek pun jadilah sebagai pengubat kegembiraan anak-anak.
Inilah inisiatif yang dilakukan oleh Bakeries Baker yang hanya telah menjual kek harijadi dengan harga RM5.30. Boleh dikatakan kek yang dijual di mana-mana kedai bakeri paling murah pun dengan harga RM30 ke atas.
Lebih mengagumkan Bakeries Baker ini turut memberi infak kek-kek di kedainya kepada orang yang kurang kemampuan.
“Saya ada beritahu sebab apa saya jual kek RM5.30. Niat saya Cuma untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan. Tapi kalau ada yang demand nak request macam-macam dan mampu untuk bayar harga asal, sila bayar harga asal ye!
HARGA KEK RM5.30 ADALAH UNTUK MEMBANTU IBU BAPA YANG DALAM KESUSAHAN NAK MENYAMBUT BIRTHDAY ANAK-ANAK TAPI TAK CUKUP DUIT.
KEPADA YANG MAMPU,SILA BAYAR HARGA ASAL DAN BOLEH REQUEST DESIGN, TEMA, FLAVOUR, NAK LETAK ITU INI.
Imbas Kembali Kek RM5.30
Hari itu, ada seorang pelanggan tetap.
Customer: Salam sis, saya nak tanya, ada tak kek yang paling murah untuk befday?
Saya: Kek yang paling murah RM30 sis.. boleh makan 4-6 org.
Customer: Ouhh, kalau cupcake berapa ye? Saya nak 1 1 saja sebab anak saya ni nak sangat makan kek sis. Tapi maklum lah,waktu sekarang ni, duit sentiasa tak cukup. Suami pulak baru lepas kena buang kerja. Anak saya pula asyik sebut kek saja. Nak beli bahan semua mahal-mahal. Boleh ke buatkan saya 1 saja cupcake untuk anak.
Saya: Dalam rumah ada berapa orang sis?
Customer: Ada 4 orang saja.
Saya: Ok sis, saya buatkan kek befday ye.. cukup kalau nak makan 1 family tu. Kalau tak habis, boleh simpan. Nanti anak-anak boleh makan lagi..
Kek dah siap, customer tanya berapa harga sis, dan saya katakan bagi je berapa yang mampu bayar.
Customer pun bagi RM5.30 + RM5 duit runner..
Dari situlah terciptanya kek RM5.30. Harga asalnya rm30.
Saya terfikir untuk berikan kek yang berharga RM5.30 dan semua org mampu beli.
Moga dipermudahkan urusan kita semua.
Mingguan Wanita : Moga Bakeries Baker ini sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Zulin Aziz nikah 20 Februari, tahniah diucapkan buat Zulin Aziz yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan.
Selepas dua tahun berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta termasuk sebagai rakan kongsi perniagaan, Zulin Aziz dan Farhan Norzaini mengikat tali pertunangan.
Seperti mana yang dilaporkan, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan dan telah memilih tarikh 28 Januari selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Zulin Aziz Nikah 20 Februari
Pada majlis pertunangan semalam, Zulin turut menerima dua bentuk cincin iaitu merisik dan bertunang daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci,” luah Zulin.
Merungkai tentang diri tunangannya, Zulin percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” sambung Zulin.
Farhan pula memberitahu dia memilih Zulin dek kerana wanita ini merupakan seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan untuk berkahwin pada 20 Februari ini. Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.
Terlalu cepat. Kluster Sivagangga dikatakan merebak lebih cepat berbanding sembilan kluster lain dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti puncanya bagi mengekang sebaik mungkin kluster Sivagangga ini dari terus merebak.
Kluster Sivagangga Merebak Lebih Cepat
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kluster Sivagangga merebak dengan lebih cepat berbanding sembilan lagi kluster yang dilaporkan dalam negara sebelum ini.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM kini sedang giat menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca penyebaran lebih cepat itu.
“Kita lihat kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster lagi seperti di Sarawak.
“Kita sedang jalankan kajian adakah kita sedang menghadapi satu kluster Genom 614 iaitu kluster ‘Super Spreader’ seperti yang laporkan di Mesir dan Pakistan.
“Besar kemungkinan ini (kluster Sivagangga) adalah kluster Super Spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti dan akan kulturkan virus itu di makmal.
“Jika bacaan ‘Rt’ adalah satu, ini bermakna 100 orang disahkan positif jadi akan menjangkiti 100 orang yang lain dan KKM perlu memastikan bacaan Rt kurang daripada satu, kita akan dapat kawal Covid-19 di Malaysia,” katanya ketika sidang media Covid-19 di Putrajaya dekat Kuala Lumpur hari ini.
Fokus Pelanggan, Kluster Sivagangga Merebak Cepat
Sementara itu, KKM akan terus menjalankan saringan bersasar bagi kluster Sivagangga dan kini fokus masih lagi tertumpu kepada pelanggan yang ke sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.
Selain itu, saringan bersasar juga dilakukan untuk penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari lokasi restoran berkenaan tetapi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perlu menjalankan saringan segera.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari ini, enam kes baharu membabitkan kluster Sivagangga direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 30 kes.
Kes keenam adalah kontak rapat dengan individu positif kerana pernah mengunjungi premis itu dan dikesan mengalami gejala pernafasan pada 2 Ogos lalu dan disahkan positif semalam.
Bagi kes selebihnya, mereka mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah.
“Semua yang positif kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan mereka adalah generasi kedua dalam kluster Sivagangga,” katanya.
MW: Diharap seluruh penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Malahan tak lupa mengharapkan seluruh pembaca MW mendoakan keadaan di sana kembali pulih seperti sediakala.
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...