Rupanya pelakon dan selebriti Nora Danish berkemungkinan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) jika tidak segera bersetuju untuk melahirkan bayi lelakinya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar, secara pembedahan.

Ini kerana menurut selebriti berusia 37 tahun itu,menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey secara normal.Namun, doktor mengesahkan dia mempunyai dua fibroid yang sangat berbahaya dan menasihatinya supaya melahirkan NeyNey secara pembedahan.

“Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” tulisnya.

“NeyNey dijangka lahir pada 9 Mac tapi nampaknya dia nak lihat dunia lebih awal. Alhamdullillah, untuk bayi pra-matang, anak saya sihat,” tulisnya di Instagram pada Sabtu lepas.

Perkongsian isteri kepada usahawan Nedim Nazri ini menerima lebih 82,000 tanda suka dan rata-rata mengucapkan syukur Nora dipermudahkan urusan kelahiran.

Sementara itu, Nora menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pemeriksaan kesihatan dan jika dikesan mempunyai fibroid sebaiknya menjalani pembedahan membuangnya.

Ads

“Saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

“Jika ada fibroids buang dahulu. Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Syukur kepada Allah dan terimakasih Dr. Aziz,” ujarnya.

 

Nora Danish Dedah Punca Bersalin Awal Secara Pembedahan Akibat Ketumbuhan 2 Fibroid Merbahaya

Pelakon filem Makrifat Cinta ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat kira-kira 2.98 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 9.02 pagi 22 Februari lalu.Pada awalnya NeyNey dijangka lahir pada 9 Mac.

Ads

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.

Ads

Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.

Sumber: Instagram Nora Danish

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI