Noah pimpin bacaan yasin buat arwah bapa, sayunya wajah BCL sarat kerinduan terhadap suami. Begitulah yang digambarkan saat melihat di akaun laman sesawang Instagram gambar-gambar yang dimuat naik oleh penyanyi popular Bunga Citra Lestari melawat pusara arwah suaminya.
Tergambar suasana pilu seisi keluarga di pusara dikongsikan BCL menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya.
Untuk pengetahuan, pemergian Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020 ketika baharu berusia 40 tahun mengejutkan peminat di Malaysia dan Indonesia. Beliau disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ashraf berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Noah Aidan, 12 telah memimpin bacaan Yasin buat bapanya, Allahyarham Ashraf Sinclair sempena ulang tahun kelahiran ke-43 aktor itu.
Malah kesugulan ibu tunggal itu juga begitu menampakkan kerinduan yang sarat terhadap suaminya
Kesedihan yang bersarang di hati diungkapkan dengan hanya tiga emoji hati berserta empat keping foto
Manakala sebelum itu, BCL mengucapkan selamat hari lahir buat arwah suaminya.
“Hey you.., Happy Birthday ❤️ We miss you.. And love you, always..” BCL
Ibu Tidak Pernah Lupa Titipkan Dia Buat Arwah Ashraf
Paling membahagiakan turut hadir menziarahi ialah ibu bapa Ashraf.
Ads
Ibu Ashraf, Khadijah Abdul Rahman tidak pernah lupa menitipkan doa buat permata hatinya.
“Assalamualaikum. Al-Fatihah untuk Allahyarham Ashraf. Umi dan Daddy berada di sini pada hari lahir Ashraf.
“Noah memimpin bacaan surah Yasin untukmu bersama ahli keluarga di Jakarta. Umi tidak pernah lupa mendoakan agar Ashraf dikurniakan syurga, aamiin. Allahummaghfir lahu warhamhu wa’aafihi wa ‘fu’anhu,” titipnya.
“Doakan Untuk Abang Saya” Aishah
Manakala adik Ashraf, pengacara Aishah Sinclair turut menziarahi pusara sempena ulang tahun kelahiran abangnya.
“Saya berharap dapat menempah penerbangan pulang lebih lewat supaya kami dapat mengikuti bacaan Yasin di pusara.
“Saya rasa kali ini peluang untuk Umi dan Daddy kerana ia adalah kunjungan pertama mereka sejak Ashraf pergi. Jadi inilah gambar dari perjalanan terakhir kami.
“Jika anda membaca hantaran ini, bacakan al-Fatihah atau doakan untuk abang saya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada hari lahirnya,” titip Aishah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini kisah benar yang diceritakan semula oleh Peguam Syarie, Roslina Sabiyah & Co.Tentang seorang makcik yang usianya sudah pun 75 tahun tetapi masih awet muda. Dengan kisah hidupnya, yang dihalau oleh adik-beradik ibunya dan dinafikan hak harta pusaka arwah ibu.
Selama makcik ini hidup, dia tak pernah tahu yang dirinya ada hak ke atas harta pusaka ibunya. Fikirnya, dia anak perempuan.. dia tak punya hak.
Katanya kepada peguam, “Puan.. saya baru tahu yang anak perempuan tunggal dapat bahagian faraid 1/2. Selama ini, saya tak taupun rupanya saya ada hak dan saya dianiaya oleh makcik dan pakcik saudara sendiri..”
Walaupun melalui satu episod duka dalam hidup, makcik ini tetap hidup dalam ketenangan dan bahagia. Rupanya dua amalan iaitu bangun malam solat tahajud dan memaafkan orang lain adalah rahsia bahagia, wajah ceria dengan senyuman.
Satu-satunya Anak Perempuan Tunggal..
Kisahnya begini..
Semasa arwah ibu saya meninggal, saya baru berusia 9 tahun. Saya satu-satunya anak perempuan tunggal ibu dan ayah. Ibu saya meninggalkan banyak harta pusaka berupa kebun kelapa, sawah padi dan kebun getah. Setahu saya, semua kebun-kebun tu arwah ibu saya yang beli sebab beliau memang rajin bekerja, mengumpul duit dan membeli kebun sendiri. Masa saya kecil, saya selalu ikut ibu saya menoreh getah di kebun.
Ibu meninggal kerana sakit. Selepas ibu meninggal, saya dan ayah dihalau keluar dari rumah kami oleh adik-beradik ibu. Dokumen bertulis berkaitan kebun-kebun semua dirampas dan kami dihalang untuk masuk ke kebun arwah. Katanya saya hanyalah anak perempuan dan tak ada hak ke atas harta arwah.
Mereka juga kata tak akan beri harta pusaka ibu kepada ayah..
Kerana takut ayah akan bagi harta pusaka tu kepada isteri baru jika ayah berkahwin lain.
Saya dan ayah memang tidak merasa langsung walau sesen pun harta arwah ibu. Barang kemas ibu yang banyak disimpan dalam kotak pun habis diagih sesama mereka sahaja. Saya dibesarkan oleh ayah dan ibu tiri. Sehingga ayah saya meninggal, saya dan ayah tak pernah menuntut bahagian kami kerana memang menyangka kami tidak ada hak. Tambah-tambah lagi kami takut nak mengeruhkan hubungan keluarga. Sedih memanglah sedih.. sebab saya tahu harta-harta tu semua hasil titik peluh arwah ibu.
Alhamdulillah.. walau tak dapat harta pusaka, saya mampu cari harta sendiri. Hidup saya sederhana tapi bahagia dengan anak-anak dan suami. Tapi hidup makcik dan pakcik saudara saya yang dapat harta tu saya tengok taklah senang mana. Ada yang sakit terlantar, ada yang diabaikan anak-anak.. mungkin itulah rezeki masing-masing namanya.
Wajah Masih Tak Dimamah Usia..
Tergamam sekejap saya mendengar kisah makcik tu. Mula-mula saya panggil dia Puan sebab nampak usianya dalam lingkungan 50-an dan dia masih bekerja. Tapi bila tengok kad pengenalan dia.. Allah! Makcik tu lahir tahun 1947! Memang nampak sihat, nampak jauh lebih muda dari usia, masih tegap berjalan dan tenang je dia bercerita. Betullah makcik tu kata.. memang Allah rezekikan dia dengan rezeki yang lebih besar berupa nikmat kesihatan, ketenangan dan keluarga yang bahagia..
Makcik tu sebenarnya datang untuk buat dokumen Hibah. Bila saya bertanya, apa rahsia makcik masih kekal sihat dan wajah tak dimakan usia? Makcik tu jawab sambil senyum.. “Tak ada apa pun puan, biasa-biasa je. Cuma makcik adalah amalkan solat tahajud, selalu maafkan orang yang buat salah dengan makcik dan makcik tak akan ambil sesuatu yang bukan hak makcik..”
Allahu.. terima kasih makcik kerana berkongsi pelajaran berharga yang tak dapat dipelajari di mana-mana Universiti.. Allah tu Maha Adil.. setiap orang akan dapat balasannya masing-masing sesuai dengan apa yang dia lakukan.. tak tunggu di Akhirat.. di dunia lagi dah dapat.
Kelebihan Solat Malam
Saidina Umar al-Khattab juga menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’.
1) Jauh daripada semua penyakit. 2) Dikurniakan kesan takwa pada wajah. 3) Dikasihi oleh semua manusia. 4) Percakapan dan perbuatannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan). 5) Dikurniakan kekuatan dan Rezeki (halal dan diberkati). 6) Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. 7) Dipermudahkan hisab. 8) Melalui titian sirat seperti kilat. 9) Diberikan catatan amal dengan tangan kanan.
Johor bertukar menjadi lautan banjir, seorang mangsa dilaporkan lemas kereta tenggelam. Hujan lebat sejak semalam menukar beberapa negeri dan daerah menjadi lautan banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan dijangka di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang (Bera, Pekan dan Rompin) selama empat hari.
Amaran hujan berterusan juga membabitkan Temerloh, Maran, Jerantut dan Bentong di Kuantan Pahang. Sementara di Perak kawasan-kawasan seperti Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Hilir Perak diletakkan di tahap waspada.
Sarawak pula diletakkan pada amarah waspada dikawasan Samarahan, Sri Aman, Kuching, Serian, Sarike, Sibu, Kukah, Bintulu dan Betong.
Dalam pada itu, 10 daerah di Johor sudah ditenggelami air terutama di daerah Kluang, Segamat, Johor Bharu dan Kota Tinggi dan lain lagi dan sudah ada nyawa yang terkorban.
Seorang Mangsa Dilaporkan Lemas Kereta Tenggelam
Dilaporkan, seorang pemuda Sarathkumar Krishnan, 20-an menjadi korban banjir pertama apabila mendiang yang sedang memandu di Jalan GCA Chamek, Paloh Kluang tiba-tiba dihanyutkan arus deras.
Dikatakan dirinya sedang memandu seorang diri pada jam 7.20 pagi dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran sebelum arus deras menghanyutkan kenderaan dinaiki.
Usaha mengesan mangsa terus dilakukan dan pada pukul 12.20 tengah hari sebuah kereta jenis Toyota Avanza telah ditemui dengan keadaan ditenggelami banjir.
Data yang dikeluarkan Agensi Pengurusan bencana Negara (NADMA) tengah malam tadi menunjukkan seramai 20,111 menjadi mangsa banjir melibatkan enam negeri. Sebanyak 197 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Johor antara negeri paling teruk apabila 10 daerah dilanda banjir, dengan sejumlah 18,391 mangsa daripada 5,128 keluarga dipindahkan ke 157 PPS. Trend mangsa dan keadaan banjir turut dilaporkan meningkat.
Moga Allah melindungi setiap mereka yang diuji dengan banjir besar ini.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi kenangan terindah buat pasangan adik beradik kembar seiras ini apabila bukan sahaja berkongsi momen mengandung bersama, malah turut melahirkan jantina anak lelaki di hospital pada hari yang sama!Bertuah sungguh!
Dua ibu pasangan adik-beradik kembar seiras telah melahirkan bayi lelaki masing-masing di hospital yang sama pada hari yang sama!
Pernah Alami Masalah Kesuburan
Saat-saat pasangan kembar ini disahkan hamil juga sangat menakjubkan kerana kedua-dua mereka, Jalynne Crawford dan Janelle Leopoldo, 30, sebelum ini bergelut dengan masalah kesuburan.
Crawford terlebih dahulu mendapat tahu dirinya hamil dan beberapa hari kemudian, Leopoldo pula mendedahkan kepada kakaknya bahawa dia juga disahkan mengandung.
“Saya sangat gembira, saya mula rasa nak menangis apabila mengetahuinya,” kata Crawford.
Hadiri Temu Janji Doktor Bersama
Sejak itu, Leopaldo akan terbang dari California, tempat dia tinggal, ke Arizona untuk menghadiri temujanji dengan doktor bersama kakaknya.Ketika tinggal enam minggu dari tarikh jangkaan bersalin, dia berpindah ke Arizona.
“Sangat istimewa apabila kami dapat bersama di sana kerana kami adalah satu sistem yang saling menyokong, kami melekat pada pinggul,” kata Leopoldo.
Kedua-duanya melahirkan anak lelaki pada 18 Jun, dengan Crawford bersalin pada waktu pagi diikuti Leopoldo beberapa jam kemudian.Mereka juga diberikan bilik pemulihan sebelah-menyebelah.
Sekarang, ikatan luar biasa pasangan kembar itu diturunkan kepada anak lelaki mereka, Bryce dan Jayce.
Mesti seronok bila berkongsi saat melahirkan begini dengan adik beradik mahupun teman rapat. Boleh duduk sebelah menyebelah katil!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.