Nikmati makanan tinggi kalori setiap hari, untungnya wanita ini masih kurus & sihat! Tak semua wanita bernasib baik seperti wanita ini, jarang-jarang berlaku.
Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari
Seorang wanita dari Britain menjadi sensasi internet kerana menikmati pelbagai makanan yang mengandungi sehingga 5,000 kcal kalori sehari namun dalam masa sama, masih mengekalkan saiz badan yang kurus, lapor akhbar Metro UK semalam.
Sabrina Moore, sering berkongsi di TikTok tentang bagaimana dia membelanjakan hampir £900 (RM5,107) sebulan untuk menikmati pelbagai makanan berkalori tinggi.
Tabiatnya itu bagaimanapun seolah-olah tidak memberi kesan kepada kesihatannya kerana dia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 21 dengan ketinggian 180.3 sentimeter.
Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!
“Saya seorang yang kuat makan. Saya sering cuba untuk makan dalam kuantiti banyak seperti bapa kerana dia ialah idola saya. Keluarga kami merupakan penggemar makanan.
Ads
“Saya sering membungkus makanan atau keluar makan setiap hari pada waktu minum petang. Saya juga banyak memakan snek selain menikmati beberapa bar coklat selepas bersarapan,” katanya.
Selain itu, Moore berkata, dia sememangnya seorang yang kurus secara semula jadi.
“Saya memang kurus secara semula jadi dan tidak perlu pergi ke gimnasium,” ujarnya.
Ads
Disebabkan tabiat pemakanannya itu, Moore mengumpul lebih 341,000 pengikut di TikTok yang kagum dengan penampilannya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kurus bukan keutamaan, yang penting sihat. Paling penting dalam pengambilan makanan, jangan berlebihan bimbang kesihatan terjejas jika tidak dikawal dalam masa jangka panjang.
Sungguh tidak berperikemanusiaan tindakan yang dilakukan oleh wanita ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Sepanyol ini, seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas merakamkan perbuatannya membunuh kejam kucing jantan yang mahu mengawan dengan kucing peliharaannya dengan ‘membasuhnya’ dalam mesin basuh dua kali sebelum memuat naik video itu ke media sosial.
Rakaman diambil wanita tidak diketahui identitinya di Jaen, Andalusia, Sepanyol, itu dikongsikan ke Instagram.
Apabila kucing berkenaan tidak mati ketika pusingan pertama dia mengulangi proses membasuh kali kedua tanpa menghiraukan haiwan berkenaan mengiau ketakutan.
Wanita itu didengar berkata: “Kenapa? Ngiau? Duduklah dalam tu! Inilah padahnya jantan yang mahu mengawan dengan kucing kesayangan saya.”
The Mirror melaporkan dia turut menyertakan emoji ketawa seolah-olah perbuatannya menggelikan hati dengan rakaman diberi tajuk ‘Gatolavadora’ (mesin basuh kucing).
Selepas selesai dia menunjukkan kucing itu pada jarak dekat dan berkata: “Kucing pembawa sial sudah mati.”
Perbuatannya dikecam hebat pengguna media sosial tetapi wanita berkenaan langsung tidak rasa bersalah malah mengancam membunuh anjing pula selepas ini.
Daily Mail memetik organisasi pegawai kebajikan haiwan berkata, wanita itu kini dilaporkan menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa.
Kesimpulannya, marah macam mana sekalipun kawallah emosi. Janganlah diseksa dan dibunuh binatang yang tidak berdosa.
Ini sisi berbeza Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, penyanyi tersohor no.1 negara yang dikongsikan dengan DJ Fara Fauzana dan Faizal Ismail FBI dalam sesi temubual live di konti rumah DBilique.
Ketika menjawab soalan dari Buku Beracun, yang mana soalan di buku tersebut berbunyi, “Pernah gaduh zaman sekolah? Siapa nama orang itu.” Datuk Seri Siti akui kenangan sebegitu sememangnya pernah terjadi padanya di alam persekolahan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza ini muka mengantuk pun flawless.
Saya Kejar Dia Satu Sekolah Sampai Dapat – Siti Nurhaliza
“Saya pernah gaduh dengan seorang budak ni. Kan masa itu tengah kecoh pasal bohsia. Semua perempuan kat sekolah itu dia panggil bohsia termasuklah saya.”
“Saya tak ingat nama dia. Tapi saya panggil dia ‘Budak Nakal’.”
Sudahnya ini yang Datuk Seri Siti buat demi mempertahankan dirinya. “Saya kejar dia satu sekolah sampai dapat. Saya minta maaf ya pada adik yang saya ‘bagi’. Sebab mesti dia ingat sampai sekarang.”
“Serius! dia mesti ingat yang saya pernah gedebuk dia sekali.” Cerita Datuk Seri Siti mengimbas kenangan di waktu tingkatan 3.
Ketika Datuk Seri Siti meluahkan rasa bersalah dengan tindakannya pada waktu remaja lalu, Fara Fauzana pula mempertahankan diri beliau.
“Kalau kau (Faizal) jadi laki tu mesti kau tak marahkan? Kau lagi bersyukur, bangga kena pukul dengan Siti Nurhaliza.”
Fara Fauzana Cari ‘Budak Nakal’
Memanjangkan video live itu, Fara menulis di twitter miliknya yang dia sedang mencari ‘Budak Nakal’ tersebut.
Tulisnya, “Macam nak cari jea ‘budak’ yang kena belasah dengan kakiti.. kakiti cakap junior dia. Kalau awak ‘budaknakal’ tu tolong contact saya.”
Haa.. tak pasal pasal glamour ‘Budak Nakal’ itu. MW pun tak sabar nak tahu siapa agaknya ‘Budak Nakal’ yang kena belasah dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
Jangan ingat ibu Siti Aafiyah ini boleh buat main-main ya. Sebenarnya, banyak lagi rahsia-rahsia Datuk Seri Siti yang dikongsikan dalam konti rumah itu waktu live itu.
SITI BELASAH BDK LAKI WEII hahah tq @CTNurhaliza11 jawab soalan dengan jujur dan siap minta maaf lagi @DBilique
Jap! Boleh tlg RT tak? Macam nak cari jea ‘budak’ yg kena belasah dengan kakiti .. kakiti cakap junior dia
Hebatnya kisah ibu mentua Puan Widyana Ali ini. Sebagaimana yang dikongsikan suaminya, Mohd Yazid Ismail tentang pengorbanan seorang mak cekal membesarkan 16 orang anak-anak yang masih bersekolah dan menjaga suami yang lumpuh.
Walhal ketika itu, dia cuma mendapat bantuan ehsan sara hidup RM150 sebulan sahaja dari pihak masjid.
Kata Widyana, “ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle. Kita ibu bapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka.”
“Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.”
Ada 16 Adik Beradik Seibu Sebapa
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa. 1 hingga 11 semua lelaki. 12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki. Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya RM150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yang sama uruskan ayah yang lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan.
Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah.. semua rezeki dari Allah.
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Ibu mentua dan anak-anaknya.
Susah Sekalipun, Mak Tak Pernah Mengeluh Depan Anak
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring.. sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Puan Widyana Ali bersama suami, 5 orang anak, anak angkat dan anak susuan.
Sebab Nak Jimat Wang, Masak Pun Masih Guna Kayu Api
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api.
Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga“. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi.
Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yang kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
MW :Semoga mak-mak struggle yang membaca kisah ini dapat serba sedikit semangat untuk jadi kuat demi anak-anak.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...