
Isi Kandungan
ToggleSudah tiba ajalnya. Seorang kanak-kanak meninggal dunia tatkala mahu melintas jalan ke rumah ibu saudaranya akibat cedera parah di kepala.
Sebenarnya mangsa niat ke rumah saudara, namun tidak kesampaian kerana kanak-kanak ini meninggal dirempuh kereta ketika melintas jalan.
Meninggal Dirempuh Ketika Melintas Jalan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, dalam kemalangan pada 10.50 pagi itu, mangsa, Sofiya Umairah Ab Rahman disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Niat Ke Rumah Saudara Tidak Kesampaian
Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa cuba melintas jalan dari rumahnya ke rumah ibu saudaranya sebelum dirempuh kenderaan.
“Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux pula dalam perjalanan dari arah Bahau menuju Seremban.
“Sebaik tiba dilokasi mangsa dipercayai berlari melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baca Juga Di sini:
Isteri, Anak Baru Keluar Wad, Suami Di ICU Pula Meninggal Dunia
9 Beranak Meninggal, Selepas Makan Mi Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk
Saksi Dengar Jeritan Kanak-kanak, Sayu Tragedi MPV Bertembung Lori
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Akibat Rempuhan, Kanak-kanak Tercampak
Amran berkata, akibat rempuhan itu, kanak-kanak terbabit tercampak ke bahu kiri jalan.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menjalani proses bedah siasat.
“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
MW: Pihak MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian berat ini. Al-fatihah.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvis, Buat Senaman Ini 3 Kali Sehari!

Isi Kandungan
ToggleSenaman kegel biasanya disarankan kepada wanita untuk menguatkan otot lantai pelvis. Masalah otot lantai pelvis biasanya dialami wanita semasa kehamilan, setelah bersalin dan akibat penuaan.
Mengapa kekuatan otot lantai pelvis itu penting? Dan bagaimana pula untuk melakukan senaman kegel.
Menurut Pengurus Physiotheraphy, Columbia Asia Hospital,Puchong, Lee Heng Ho, kecantikan seorang wanita bukan sahaja terhad kepada luaran, rupa yang cantik atau badan yang langsing. Tetapi juga memerlukan kecantikan dalaman yang sihat.
Bagi seorang wanita ia merupakan kebiasaan untuk mereka menjalankan senaman yang kerap untuk otot- otot anggota atas, anggota bawah, belakang and abdomen.
Namun begitu kebanyakan wanita kerap mengabaikan kepentingan penjagaan otot lantai pelvis (Pelvic Floor Muscle atau PFM) mereka.

Mengapa Kekuatan Otot Lantai Pelvis Penting?
1-Menyokong organ-organ dalam pelvis dan memudahkan proses bersalin.
PFM dapat menyokong organ-organ dalam pelvis. Bagi wanita yang mengandung, ia dapat membantu untuk menampung berat bayi dalam rahim. Jika kerap melakukan senaman pelvis, ia akan memudahkan proses peneranan bayi keluar dari faraj.
2-Mengelak daripada gejala mudah terkencing dan organ prolaps.
Sekiranya anda sering mengalami gejala mudah terkencing ketika ketawa, mengangkat barang atau bangun dari tempat duduk, senaman PFM dapat membantu mengurangkan dari inkontinesia urin iaitu pengaliran air kencing atau najis yang tidak sengaja.
Selain daripada itu, ia juga dapat mengelak daripada organ prolaps (Rahim – ‘cystocele’) yang melalui termasuk ke faraj (cystocele) dan rectocele (Rektum- ‘rectocele’) yang tertekan di dubur.
3-Meningkatkan keyakinan diri dan penting untuk fungsi hubungan kelamin.
PFM dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang malah boleh memberi kesan kepada hubungan kelamin dengan pasangan.
4-Mengatasi masalah perbelanjaan kos rawatan yang tinggi termasuklah kos pembedahan.
Otot lantai pelvis yang kuat dapat mengatasi masalah seperti:
i)-Infeksi salur kencing, ‘pruritus’ akibat dari kekerapan penggunaan tuala wanita dan lampin orang dewasa
ii)-Pengambilan Ubat
iii)-Rawatan pembedahan
Artikel Berkaitan:
Seksanya Pelvic Girdle Pain (PGP) Waktu Hamil, Nak Jalan Pun Azab!
Baca Sini Lagi:
Morning Sickness? Ibu Hamil Ambil Perhatian, Cuba Cara Ini Kurangkan Loya!
Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair! Betul Ke? Apa Kata Doktor
Cara-cara menangani masalah kelemahan otot lantai pelvis
1-Senaman Kegel
i)-Kempiskan perut dan lakukan proses ‘kemut-lepas-kemut’
ii)-Lima kontraksi pantas
iii)-Diikuti dengan kontraksi perlahan, kontrakkan PFM dan tahan untuk kiraan sepuluh, ulangi pergerakkan ini untuk 20 kali.
iv)-Adalah disarankan senaman di atas dilakukan sebanyak tiga sesi sehari untuk mengekalkan kekuatan PFM
v)-Bagi menguatkan otot PFM yang lemah, pesakit disarankan untuk mengulangi kontraksi PFM perlahan sebanyak tiga sesi sehari dan setiap sesi 30 ulangan.
Contoh Senaman Kegel
1- Senaman lengkukan pinggang sambil kontraksi otot lantai pelvis dalam posisi baring.
2-Senaman kontraksi otot lantai pelvis dengan menggunakan bola dan angkat punggung.
2-Bantuan peralatan perawatan sekiranya PFM terlalu lemah atau lansung tidak dapat melakukan kontraksi
i)-EMS, electrical muscular stimulator
ii)-Vibrance kegel device
3-Pakar perubatan
i)-Pengambilan ubat
ii)-Alat perawatan masalah PFM ditempatkan di faraj
iii)-Pembedahan
Bagaimana cara mengenalpastikan keberkesanan senaman Kegel
Keberkesanan /kekuatan otot lantai pelvis boleh dikenal pasti apabila seseorang menjalankan senaman mengikut senaman yang ditetapkan untuk jangka masa selama sekurang-kurangnya 3 bulan.
1-Maklumbalas daripada pasangan hubungan kelamin.
2-Kawalan kencing lebih baik
3-Pegurangan penggunaan tuala wanita atau lampin orang dewasa.
Otot lantai pelvis juga akan menjadi renggang dan lemah secara semulajadi bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan senaman, ia juga akan berlaku apabila usia meningkat.
Oleh itu, para wanita disarankan agar menjalankan senaman untuk menguatkan otot lantai pelvis sekerap tiga sesi sehari untuk mengekalkan serta menguatkan otot lantai pelvis bagi mengekalkan kejelitaan dalaman anda.
Sumber: Artikel sumbangan Lee Heng Ho -Pengurus Physiotheraphy, Columbia Asia Hospital – Puchong
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Buka Aib Sendiri “Janganlah Hidup Kita Jadi Sumber Depresi Kepada Orang Lain” Saleha Idris

Pada hari ini laman sesawang media sosial mejadi medan utama masyarakat meluahkan perasaan dan perkongsian. Bukan itu saja malah ada individu yang memaparkan keretakan rumah tangga, pergeseran antara suami isteri, pergaduhan pasangan bercinta, salah faham antara ibu bapa dan anak anak dipamerkan.
Ikuti pandangan Perunding Psikologi Keibubapaan, Puan Saleha Idris, tentang isu media sosial tempat buka ‘aib’ dan adakah mereka yang berkelakuan sebegini sebenarnya menunjukkan tanda-tanda gangguan jiwa atau tekanan.
Jangan Sampai Tersasar Dari Ajaran Agama
“Untuk orang yang buka aib sudah tentu tidak wajar dan memang perlu dinasihatkan supaya mereka tidak tersasar daripada agama dan sebagainya. Memang mereka ini orang yang sebenarnya inginkan perhatian daripada warga media sosial. Mungkin mereka ada sejarah tersendiri contohnya tidak dipedulikan semasa kecil. Atau mereka ada masalah dalam keluarga, mungkin diabaikan oleh ibu bapa, bersendiri dan mereka tidak tahu nak buat apa.
“Jadi yang menjadi tempat untuk mereka melempiaskan segala apa yang ingin ditunjukan sudah tentu media sosial. Cuma media sosial tidak ada baik dan buruk, baik dan buruk kita yang tentukan. Mula-mula memang kita anggap benda ni senda gurau, anggap biasa-biasa saja, nak buka aib atau nak lebih-lebih. Kadang tu, ada yang mencabar jadi kita ambil untuk sahut cabaran. Walhal benda ni di luar daripada kebaikan diri kita.

Terlampau Inginkan Perhatian
“Kenapa perkara sebegini berlaku, pertamanya kerana kita terlampau inginkan perhatian. Kerana mungkin orang tidak mendengar suara kita, bila kita luahkan perasaan mungkin ada yang menilaikan diri kita. Bila kita tunjuk depan masyarakat baru puas. Tapi perbuatan yang instant, keputusan yang segera, yang tidak bemaruah, tidak berpaksi pada agama, bangsa dan masyarakat tentulah keputusannya sudah tentu ‘cepat’.
“Kalau marah kita up benda ni. Sepatutnya apabila kita dalam emosi yang tidak stabil, untuk orang yang ada fikiran yang rasional dan logik pertimbangkan antara baik dan buruk. Jangan bila marah saja ‘up status’. Kita perlu menjaga diri sendiri. Media sosial sekarang ini kita boleh cari pakar jika ingin timba ilmu. Dimana carilah imu yang membawa kita kebaikan dalam menggunakan media sosial.
“Cadangan saya untuk mengatasi masalah ini, sudah tentu kita perlu berhati-hati dalam apa juga yang kita tulis. Kadang tu, orang yang suka buka aib pun, orang boleh tahu status kita yang kita tulis di media sosial, samada nak bantai orang atau luah perasaan atau sebarkan kebaikan. Kalau nak sebarkan kebaikan itu lebih baik.
“Nasihat saya, jangalah hidup kita menjadi sumber depresi kepada orang lain, cuba-cubalah jadi sumber inspirasi yang lebih baik untuk diri kita, agama bangsa dan negara.”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Berteduh Di Tepi Pokok, Dua Sahabat Pergi Memancing Meninggal DiPanah Petir

Isi Kandungan
ToggleSelepas berteduh di tepi pokok, dua sahabat pergi memancing meninggal dipanah petir. Ajal dan maut di tangan Tuhan, bila tiba masanya tidak terlambat walaupun seminit.
Kadang-kadang apa yang berlaku ini adalah asbab dan hanya menjadi punca kepada kematian seseorang.
Sudah tertulis pengakhirannya begitu, maka begitulah yang terjadi dan berlaku. Seperti mana yang berlaku kepada dua sahabat yang meninggal dunia di Temerloh setelah dipanah petir.
Sudah tentu kejadian ini menjadi khabar duka kepada keluarga kedua-dua mangsa, apaah lagi syawal akan tiba tidak lama lagi.
Dua Sahabat Pergi Memancing Meninggal DiPanah Petir
Dua sahabat meninggal dunia dipercayai akibat dipanah petir ketika berteduh di tepi pokok di kolam memancing Kampung Cempaka, Lanchang di Temerloh, Pahang dalam kejadian yang berlaku semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27. Kedua-duanya beralamat di Lanchang.
Dipanah Petir Selepas Berteduh Di Tepi Pokok
Menurutnya, mangsa difahamkan pergi memancing ke kolam itu bersama-sama tiga lagi rakannya 12.30 tengah hari dan apabila hujan lebat dan petir berlaku pada 3.30 petang, kedua-duanya berteduh di tepi pokok manakala seorang lagi terus bergerak pulang.
“Dua rakan mangsa yang berada di situ mendakwa mereka sedang bergerak hendak mengambil joran sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah selepas disambar petir,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Baca Juga Di sini:
Anak Conteng Dinding, Simpan Suara Petir Tu, Magic Sponge RM2.10 Ini Buat Mak Tenang
Rupanya Main HUJAN Tak Sebabkan Anak DEMAM, Pastikan Mandi Air Suam!
Pelakon Noryati Taib ‘Makcik Petir’ Dah Tiada, Mohon Hadiahkan AlFatihah
Mohd Yusri berkata, rakan mangsa segera membawa mereka ke Klinik Kesihatan Lanchang, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia.
Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
MW: Malang tak berbau, namun sebagai hamba-Nya…. Kita harus redha dengan Ketentuan Ilahi. Team MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Sumber: myMetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI