
Sungguh malang tidak berbau. Tidur dalam keadaan mulut terbuka juga boleh mengundang bahaya, binatang mahupu serangga masuk ke dalam mulut.
Pelik lagi mengerikan tapi itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita di Levashi, Rusia selepas seekor ular berukuran 1.2 meter panjang memasuki ke dalam mulut wanita semasa sedang tidur.
Memetik laporan dari Daily Mail, ular itu masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur, di rumahnya pada Isnin.
Dibius
Wanita itu rasa tidak selesa serta tidak sihat, dan telah dihantar ke hospital. Doktor memberikan wanita itu bius untuk membolehkan doktor mengeluarkan ular daripada mulutnya menerusi tiub yang dimasukkan ke tekaknya.
Menerusi rakaman satu klip video yang viral, cukup mengerikan apabila seorang doktor mengeluarkannya dengan menarik ular tersebut dari dari saluran kerongkong dan tekak wanita tersebut. Beberapa pekerja di wad pembedahan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.
Keadaan wanita itu juga stabil selepas ular berkenaan berjaya dikeluarkan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ular tersebut masih hidup atau telah mati ketika dikeluarkan.
Baca Lagi Di sini:
Wanita Dipatuk Ular Sawa Yang Menumpang Teduh Dalam Mangkuk Tandas!
MW: Ngerinya baca cerita sebegini. Bahaya tidur dengan mulut terbuka.Jika tak dimasuki binatang berbahaya pun, kemungkinan dimasuki serangga itu pasti ada. Paling penting utamakan kebersihan dan keselamatan di ruang bilik tidur, sebelum kita nak melelapkan mata.
Sumber: Daily Mail, Era
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sila Viralkan! Bantu Cari Anak Saudara ISTIMEWA, Nurul Syuhada HILANG

Isi Kandungan
ToggleAnak saudara pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Nurul Syuhada Nurul Ain dilaporkan hilang. Gadis berusia 15 tahun yang hilang ini bernama Raja Maryam Raja Azlan ini adalah anak istimewa.
Maklum Nurul Syuhada di instagram, Maryam mempunyai kecenderungan untuk melakukan impulsive act (Maryam mempunyai kecenderungan ADD Attention Deficit Disorder.
Anak Saudara Nurul Syuhada Nurul Ain Hilang
Katanya, “Assalammualaikum followers saya yang dihormati, minta kerjasama anda untuk VIRAL kan kehilangan anak saudara saya, MARYAM.”
“Maryam berusia 15 tahun, berbadan gempal dan mempunyai ketinggian yang sederhana.”
Dia dikatakan telah meninggalkan rumah sekitar jam 3 pagi. Kali terakhir dia dilihat di cyber cafe Mineski Setiawangsa pada jam 4.30 pagi. (Bajunya tertera perkataan NIRVANA)
“Ibu bapa Maryam telah melakukan police report. Kerjasama anda amat-amat dihargai.”
Kali Terakhir Di Cyber Cafe Mineski, Setiawangsa
Daripada laporan polis yang dibuat ibunya menjelaskan beliau telah pun mencari anaknya di Cyber Cafe Mineski dan Cyber Cafe Orang yang terletak di Setiawangsa. Namun, anaknya tiada di sana.
Ketika meminta pihak Cyber Cafe Mineski Setiawangsa untuk melihat rakaman CCTV, didapati kali terakhir anak perempuannya itu ada di premis tersebut.
Ketika itu Maryam memakai baju lengan panjang hoodie yang bertulisan NIRVANA pada hadapan bajunya. Tambah ibunya lagi, Maryam berkaca mata berbingkai hitam, berambut panjang kerinting dan berkulit putih.
Sekiranya anda ada maklumat terkini mengenai anak buah Nurul Syuhada bernama Maryam, SEGERA hubungi nombor ini : 012 233 6597 atau 017 367 0842
“Sila viralkan! ALLAHU AKBAR!”
MW : Sama-sama lah kita bantu sebarkan agar anak buah Nurul Syudaha ini dapat ditemui semula dalam keadaan selamat.
Sumber/Foto : Nurul Syuhada Nurul Ain
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pekerja Bergaduh, Berhenti Silih Berganti, Kerap Jumpa Syiling Atau Duit Kertas, Awas! Itu Antara Penangan Sihir Perniagaan

Isi Kandungan
ToggleWalau semoden mana pun satu-satu tamadun itu, perihal sihir mahupun unsur mistik takkan pernah dapat lari dalam diri satu-satu masyarakat itu. Percayalah! perkara menakutkan ini sentiasa wujud dan boleh jadi berlegar-legar di sekeliling kita tanpa kita sedari. Bagi yang berniaga, ada masanya tak dapat lari dari penangan sihir perniagaan dengan niat mahu menyekat rezeki seseorang.
Perkongsian daripada Perubatan Tradisional Alternatif, menyatakan penyakit hasad dan dengki merupakan salah satu penyakit jiwa dalam masyarakat kita. Dan ianya perlu diubah secepat mungkin. Kerana, semua ini akhirnya membawa kepada berlakunya ilmu hitam atau dikenali sihir perniagaan.
Perawat alternatif suami isteri ini menggunakan kaedah Islam sepenuhnya. Catatan yang mereka zahirkan ini berdasarkan pengalaman pesakit-pesakitnya yang terdiri dari saudara Muslim berkecimpung dalam bidang perniagaan. Terutama mereka yang berniaga di bulan Ramadhan iaitu di bazar Ramadhan.
Hati-hati Jangan Sampai Terkena Sihir Perniagaan
Sihir adalah satu perbuatan yang bertujuan menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati orang yang disihir yang dilakukan di luar dari hukum alam bagi menjatuhkan orang lain bagi mencapai kepentingan diri sendiri. Dalam istilah dunia Melayu, sihir digelar ilmu hitam dan berkait rapat dengan pertolongan dan hubungan dengan jin.
Sihir perniagaan biasanya digunakan pada 2 perkara atau salah satu daripadanya iaitu pada tempat perniagaan atau pada pemilik perniagaan. So, sentiasalah berhati-hati jika anda seorang peniaga. Diri sendiri mesti kuat dan sentiasalah memerhati tempat perniagaan anda.
Kenal Pasti Tanda Ini Dalam Diri, Adakah Sudah Terkena Sihir Perniagaan
Tanda terkena sihir perniagaan:
1. Pada Pemilik Perniagaaan:
Sering sakit kepala, berasa malas bekerja tanpa sebab, kurang motivasi, pertelingkahan sering berlaku antara suami isteri tanpa sebab, sakit yang sukar dirawat cara pengubatan moden, selalu bermimpi ular, orang yang telah meninggal dunia, dan mimpi yang aneh-aneh.
2. Pada Premis Perniagaan:
Pekerja-pekerja yang berkerja dalam sesebuah perniagaan sering bertengkar, bergaduh dan kerap berhenti, terdengar bisikan-bisikan dan juga kerap kali terlihat bayangan lembaga-lembaga yang menakutkan, sering terjumpa duit syling atau wang kertas tanpa diketahui sumbernya dan juga bungkusan-bungkusan yang aneh serta pasir atau kemenyan yang ditaburkan di lantai premis.
Kadang kala premis anda menjadi ghaib dari pandangan pelangan dan kerap kali ada benda asing dalam periuk nasi atau di hidangan makan pelanggan.
Sihir perniagaan dan sihir-sihir yang lain apabila semakin dibiarkan akan semakin cepat merosakkan dan membinasakan anda. Sekiranya ada sahaja tanda-tanda ini, anda patut ragu dan mengambil tindakan pantas untuk menghentikannya dengan jalan berubat secara Islam.
Cara Cegah Dan Ubati Penangan Sihir Perniagaan
1. Cegah dan ubatilah dengan solat 5 waktu. Bagi peniaga, sibuk walau bagaimana sibuk pun, solat jangan diabaikan. Barangsiapa yang abaikan solatnya, Allah abaikan urusannya. Jangan kita hanya solat ikut waktu. Waktu senang, kita tinggalkan atau abaikan, waktu susah, baru kita mencari tikar sejadah yang telah lama ditinggalkan. Walaupun anda peniaga, tetapi jangan jadikan SOLAT sebagai bahan niaga antara anda dan Tuhan. Anda pasti menyesal jika melakukannya.
Firman Allah SWT. “Dan mintalah oleh kamu akan pertolongan (kepada Allah) melalui jalan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”
2. Bersedekahlah. Orang yang rajin bersedekah dengan keuntungan yang didapatinya, insyaallah akan dijauhkan dari segala perkara buruk yang tidak diingininya. Nabi menjanjikan bahawa tiada bala yang dapat turun kepada orang yang rajin bersedekah kerana Allah. Memberilah kepada anak yatim dan orang-orang susah, nescaya Allah lepaskan anda dari kesusahan di dunia ini lagi.
Sabda Nabi SAW,”Barangsiapa yang membantu saudaranya keluar dari kesusahan dan keluh-kesah, nescaya Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan dan keluh-kesahnya di Hari Akhirat”.
3. Bacalah setiap kali setelah solat 5 waktu:
Al-Fatihah ( 1 kali )
3 Qul ( 1 kali )
Ayat Kursi ( 1 kali )
Ayat 1000 Dinar ( 1 kali )
Bacaan zikir harian: “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir ” ( 20 kali )
4. Jangan jadikan ayat al-Quran sebagai alat gantungan sahaja di premis perniagaan anda kerana itu adalah tanda penghinaan kepada ayat-ayat Allah SWT jika anda tidak mengamalkannya. Jika digantung dengan niat untuk mengamalkannya atau memperingatkan diri sendiri serta orang lain untuk mengamalkannya, maka diperbolehkan.
5. Sentiasa memperdengarkan bacaan al-Quran di premis perniagaan anda. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan perkara yang sia-sia sahaja daripada berlaku, bahkan dapat juga memperingatkan diri kita bahawa kita beserta perniagaan kita merupakan hamba dan milik Allah semata-mata dan bisnes adalah antara tali penghubung antara kita dan DIA.
Sumber/Foto : Perubatan Tradisional Alternatif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akui Cerewet & Lebih Suka Masak Sendiri, Syarat Ajak Farahdhiya Berbuka Luar Ini, Betul-Betul Wow!

Isi Kandungan
ToggleBetul lah orang kata, biarlah simple macam mana pun masakan kita tapi air tangan sendiri lebih puas hati berbanding beli atau makan diluar yang belum tentu menepati citarasa sendiri. Tak kiralah apa jenis masakan sekali pun. Lebih-lebih lagi untuk hidangan berbuka puasa.
Siapa sangka Farahdhiya Mohd Amin,34 gadis berwajah Pan Asia, berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini, pandai memasak terutamanya masakan kampung malah cukup menggemari petai.Farahdhiya juga gemar memuatnaik dan berkongsi hasil masakannya bersama pengikut-pengikut di laman instagram.
Baru-baru ini penyanyi, pelakon dan pengacara cantik manis ini ada memuatkan kapsyen yang dia sangat cerewet bila kedatangan bulan puasa.Cukup popular dengan lagu ‘Bertakhta Di Hati’, Farahdhiya menjelaskan dia lebih suka memasak dan menyediakan air tangan sendiri untuk hidangan berbuka puasa berbanding membeli lauk diluar.
“Saya memang sangat cerewet bulan-bulan puasa ni, suka masak sendiri dari dulu lagi. Maaf cakap banyak lauk dekat luar tak sedap, membazir je beli lepas tu tak makan. Kalau pergi pasar setakat beli kuih,lauk memang takkan beli melainkan benda-benda yang saya betul-betul tak pandai masak.”
“Kepada kawan-kawan yang nak ajak berbuka luar saya lebih suka makan tempat yang bukan sediakan lauk melayu sebab kalau lauk melayu saya lebih suka masak sendiri melainkan kalau mak awak nak masakkan untuk saya”.
Jom tengok antara hasil masakan Farahdhiya yang dikongsikan sepanjang bulan puasa ni.Kotlah mak-mak boleh tiru idea menu yang sama untuk hidangan berbuka nanti.
1. Ikan Sumbat Dengan Petai
2.Asam Pedas Kepala Ikan Mayong
3.Masak Lemak Tempoyak Petai, Pisang, Pucuk Paku & Udang
4.Ayam Masak Kicap & Kentang
5. Sambal Tumis Ikan Bilis, Terung Pipit & Telur
6. Bayam Masak Air
7. Lala Masak Kari Thai
Menarik kan! Nampak betul-betul sedap! Bertuah bakal suami Farahdhiya nanti dah lah cantik, pandai masak pula tu.
Sementara tu kalau mak-mak nak rasa #BetulBetulRaya, datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 ini di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula jam 2.00pm – 2.00am. Ada pelbagai aktiviti #BetulBetulBest dan jualan barangan raya yang #BetulBetulViral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Jangan Lupa datang tau!
Sumber:Instagram Farahdhiya_fd
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI