Bagaikan tahu akan pergi untuk selamanya, ibu lelaki ini, Abdul Rahman Bin Bedu, 28 sempat menyediakan nasi lemak terakhir untuk hidangan keluarga.
Catatan anak ketiga dari 8 beradik yang menggunakan akaun facebook Shota Shimizu ini begitu meruntun hati siapa pun yang bergelar anak. Itulah kasih terakhir seorang emak, sentuhan air tangan itu tetap menjadi kenangan anak-anak sampai bila-bila.
“Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptaNya. Mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur.”
Pagi itu, sekitar jam 11, 29 Disember 2017, anak lelakinya mendapat panggilan telefon menyatakan ibunya, Sariah Binti Fatah sudah tiada. “Mak saya meninggal sebab lemas.”
“Mak saya ini macam nelayan. Dia ada pasang jaring dekat pantai Kampung Parit Jabar, Senggarang Batu Pahat. Masa dia nak tengok jaring ikan itu, mungkin dia lemas.”
Ads
Ya Allah.. Ini Masakan Terakhir Mak
“Aku pun balik lah ke Batu Pahat dari Kuala Lumpur. Sampai Batu Pahat dalam pukul 1 lebih gitu. Time tu jenazah kat hospital Batu Pahat.”
“Untuk dimandi dan dikapankan. Petang dalam pukul 3 jenazah mak dibawa ke rumah untuk dilihat buat kali terakhir. Time buka ikatan kain kafan itu, lepas tu aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku.”
“Aku tak dapat tahan air mata yang tersangatlah sedih.”
Ads
“Lepas tu sembahyangkan kat surau dan kebumikan. Settle semua sebelum maghrib macam tulah. Kat rumah mak rasa lapar pulak. Buka tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur.”
“Aku tahu ini masakan terakhir mak.”
“Aku cedok dan bahagi sorang sikit adik-beradik. Suapan pertama tu .. Ya Allah.. aku rasa lain sangat masakan tu. Aku makan sambil nangis. Tapi aku habiskan jugak nasi lemak tu.”
“Sebab tu masakan terakhir mak. Dan aku tak kan dapat rasa lagi.”
Ads
11 Hari Sebelum Pergi, Mak Dah Beri Tanda
Setahun lebih sudah berlalu, kenangan bersama mak hidup dalam ingatan. Sebelas hari sebelum mak pergi adalah majlis pertunangan saya dengan pasangan, Liza Yeni M Syukur, 28.
Saya buat dekat Cheras. Dan pada hari pertunangan itu, mak sedih je. Saya tanyalah, “Mak.. kenapa nangis.” Dia cakap tak ada apa-apa.
Selesai saja majlis, mak nak balik Batu Pahat dengan yang lain. Saya salam, peluk cium pipi mak. Rasa lain sangat. Sejuk je. Sebab itulah ciuman terakhir semasa dia masih ada.
Mak.. jujur aku rindu
halal kan makan minum aku.
ampun kan dosa aku kat mak.
terima kasih besar kan aku.
Mak.. terima kasih lahir kan aku.
Perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja anak perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella terus berlangsung.
Ramai yang terkesan dengan kes anak kecil ini. Selebriti juga tak kurang terkesan dengan kisah malang yang menimpa Bella.
Azza Elite antara artis yang turut sama terkesan. Malah, mendoakan agar Bella diberikan pembelaan dengan seadilnya.
Pelakon ini juga memohon agar orang ramai mendoakan dan memberikan sedekah Al-Fatihah kepada Bella, agar urusan anak kecil ini dipermudahkan. Semoga doa ini dapat bantu Bella yang diuji.
Mohon Sedekahkah Al Fatihah Untuk Bantu Bella
Kongsinya,
Ingat ya Allah tak tidur .kawan kawan kita tolong Bella doa untuk dia kita sedekah alfatihah ! Powerful tau ayat quran ni . Segala benda kt dunia ni akan kalah dgn Allah . Ingat tu . Kita Ada Allah !! Kita Ada Allah ! Takbir Allahu Akbar
#justiceforbella
Baru je balik dari Sg (Singapura).. hati kita pecah mengenang kan apa yang jadi pada Bella. Runtun hati kita.
Bella anak syurga.. Sabar tau.. Percayalah Allah akan antar ramai tentera NYA untuk Bantu Bella..
Mari kita baca al fatihah untuk Allah permudahkan urusan adik Bella. Ayat al-quran ini senjata tau. Tolong Bella dengan baca Al fatihah agar Allah Mudahkan.
Terbaru, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan empat peguam lantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda.
Keputusan hakim dibuat selepas peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa beliau dan tiga lagi peguam telah dilantik untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.
Kehadiran keempat-empat peguam ini juga dengan persetujuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun selepas baliau menghadap Tunku Mahkota Johor semalam.
Sepatutnya bila dah masuk tahun 2019, cerita-cerita tak enak tentang kerenah ibu bapa dah makin berkurangan, atau tiada langsung.
Nampaknya, sama saja ceritanya. Masih juga parah. Ini teguran daripada Akhtar Syamir yang sedih dengan situasi anak sekolah rendah yang terpaksa makan di atas lantai kantin sekolah.
Sebabnya kerusi yang dikhaskan untuk anak-anak sekolah ini dah di ‘conquer’ mak ayah anak orang lain. Moga teguran ini akan lebih membuka mata mak ayah agar lebih memahami hak murid di kantin sekolah.
Tak Rasa Bersalah Ke Ambil Tempat Yang Dikhaskan Untuk Murid
Kenapa perkara sebegini masih terjadi? Tahun lepas tak tengok facebook ke? Beribu – ribu orang kecam perangai ibu – bapa duduk di kerusi kantin ni. Tapi hari ini masih terjadi.
Kalau pun tak tengok facebook, takde rasa bersalah ke bila ambil tempat yang dikhaskan untuk murid? Tak tengok keliling ke sampai ada murid yang kene duduk atas lantai?
Yang terpaksa kotor seluar, yang terpaksa tak selesa makan tu anak orang. Macam mana kalau jadi kat anak sendiri? Mesti marah jugak betul tak?
Walau Anak Orang Sekalipun, Mak Ayah Tak Boleh Penting Diri
Sekolah dah sediakan tempat duduk yang mencukupi. Kenapa pada masa lain cukup je tempat duduknya? Kenapa pada minggu pertama atau hari pertama jadi tak cukup? Sudah tentulah ibu – bapa yang duduk dan menafikan hak murid untuk makan dengan selesa.
Kita di era maklumat di hujung jari, tapi maklumat tu tak masuk dalam kepala. Masih tebal dialaskan dengan sikap pentingkan diri ibu – bapa itu sendiri.
Sepatutnya kita dah boleh amalkan sikap peduli pasal orang lain. Bila nak buat sesuatu, lihat keadaan sekeliling. Jika ada orang lain buat, itu bukan tiket untuk anda buat jugak. Jadi orang yang bertanggungjawab.
2019 dah ni. Bila la nak berubah?
Apa perasaan korang tengok gambar tu? Masih terjadi tak kat sekolah anak korang?
Mak-mak yang sedang menyusukan bayinya secara ekslusif tidak perlu berasa bimbang dan menghentikan penyusuan ibu. Kerana, Covid-19 tidak berjangkit melalui susu ibu.
Hal ini ditegaskan oleh Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Haliza Yussoff yang mana beliau menyeru agar ibu semua ibu yang sedang menyusukan bayi di rumah teruslah berbuat demikian.
Panduan Menyusukan Bayi Semasa Wabak Covid-19
Maklumnya,
Buat pengetahuan semua, COVID-19 tidak berjangkit melalui susu ibu. Dengan mengambil kira manfaat penyusuan susu ibu serta kelebihan yang terdapat dalam susu ibu itu sendiri.
Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyeru semua ibu di Malaysia untuk terus menyusukan bayi dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut:
1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). 2. Kepada ibu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan pernafsan seperti batuk, demam dan/atau kesukaran bernafas, segera mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. 3. Sekiranya batuk, sentiasa mengambil etika batuk yang baik iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin dan membasuh tangan serta mengasingkan diri daripada bayi kecuali pada waktu penyusuan.
Jika Ibu Positif Covid-19, Teruskan Penyusuan Ikut Langkah Ini
1. Sekiranya ibu telah disahkan positif COVID-19, ibu perlu guna topeng muka (facemask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik yang betul sebelum dan selepas memegang bayi. 2. Sekiranya ibu mengalami gejala yang teruk disebabkan oleh jangkitan COVID-19 adalah dinasihatkan untuk memerah sisi ibu(express breast milk) dan dapatkan orang yang sihar untuk memberikan susu perahan ibu kepada bayi dengan menggunakan sudu dan/cawan yang bersih.
Penyusuan ibu adalah terbaik dalam pelbagai situasi. Semoga semua ibu dan bayi di Malaysia dilindungi.
MW :Semoga ibu dan bayi dilindungi daripada virus Covid-19 yang semakin menular ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...