Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah memikul tanggungjawab menjaga anak yang mempunyai masalah kesihatan dari kecil. Apatah lagi mempunyai kekurangan deria penglihatan yang membuatkan dirinya ‘kelihatan’ berbeza berbanding kanak-kanak lain.
“Nanti Ayra kat syurga, nak minta dengan Allah… mata warna pink (merah jambu),”itu permintaan Nur Adriana Ayra Kamarudin atau mesra disapa Ayra yang dilahirkan dengan masalah penglihatan pada mata kirinya.
Ibunya, Norazah Launah, 45, berkata Ayra, 4, adalah anak bongsu daripada enam beradik dan satu-satu cahaya matanya yang mempunyai masalah penglihatan.
Masalah Diabetes Sewaktu Hamil
Menurutnya, dia diberitahu keadaan dialami Ayra itu mungkin berpunca daripada masalah diabetes dihadapinya ketika hamil.
Katanya, meskipun begitu, dia dan suami, Kamarudin Ahmad, 45, amat menyayangi Ayra yang dianggap amat istimewa kerana petah berkata-kata sehingga adakalanya dia terkedu dengan pertanyaan terutama berkaitan mata.
“Pernah sekali, Ayra pulang dari sekolah (tadika), dia terus pergi ke cermin melihat wajahnya lalu bertanya kepada saya mengapa dia tiada mata.
Ads
“Memang sedih dengar pertanyaannya itu, tetapi untuk tenangkannya, saya beritahu Ayra yang matanya istimewa dan Allah kurniakan begitu kerana sayangkannya.
“Saya beritahu lagi di dunia tiada (mata), tetapi di syurga boleh minta apa saja dengan Allah,” katanya
“Seorang guru menghubungi saya dan memberitahu ada doktor datang untuk memeriksa mata di tadika. Saya pun jumpa doktor berkenaan dan dimaklumkan mata Ayra boleh dirawat.
“Doktor bagaimanapun tidak beri ubat, tetapi saran untuk menyapukan balm dengan bawang putih kemudian berselawat dan urut di belakang telinga Ayra kerana di situ ada urat matanya.
Ads
“Ada satu masa, saya tak buat namun Ayra datang ke bilik dengan bawa balm dan minta urut hingga membuatkan saya rasa serba-salah jika beri harapan kepadanya kerana nampak dia benar-benar mahukan mata seperti orang lain,” katanya.
Katanya, keluarganya mahupun suami menerima Ayra seadanya.
“Keluarga faham, malah tidak pernah lagi orang keliling ejek Ayra ketika saya bawanya keluar berjalan. Bagaimanapun, Ayra pernah mengadu ada yang kata matanya buta di tadika.
“Seperti biasa, saya pujuknya dengan mengatakan dia tidak buta, tetapi Allah ‘ambil’ matanya sekejap dan akan bagi balik.
Ads
“Jujurnya, saya sudah reda. Alhamdulillah, dia tiada penyakit,” katanya.
Selalunya kita dengar tragedi orang meninggal dalam kereta kerana terhidu gas monoksida. Pada fikiran mungkin kerana terlalu lama berada dalam kereta atau tertidur. Inilah yang menjadi punca dan pembunuh senyap.
Perkara yang sama turut dilalui oleh Puan Nur Jalilah Leyla yang dikongsikan dalam facebooknya. Sebagai ingatan untuk kita semua. Anak tidur dalam kerta bukan sebab mengantuk tapi mungkin ini boleh menjadi sebab mereka keracunana gas monoksida.
Pengalaman yang tak akan pernah Umi lupa. Saat kami semua termasuk (mak ayah mentua) opah dan atok keracunan gas monoxide dalam kereta.
Pada 19 May 2022, Umi dan anak-anak mengikut mak ayah mentua untuk ke Tanjung Karang, Selangor sebagai peneman balik dalam tempoh 3-4 hari saja.
Dalam perjalanan dari Kuantan, semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak pula seronok dengan berbual dan teman atok dan opah mereka. Kami sempat singgah makan tengah hari di Temerloh dan selepas itu teruskan perjalanan.
Sempat lagi Umi hantar gambar pada suami untuk tengok anak-anak tengah tidur. Rupanya, suami ada tegur muka Eijaz nampak pucat dan kasihan. Dia tanya anak-anak ok ke. Umi balas ok, mungkin sebab kepenatan agaknya. Tak sangka, sebenarnya mereka dah lain masa ini. Deeja pula senyap, tidur dan tak ceria. Fikir Umi, mungkin sebab cuaca panas.
Pada sekitar jam 1.00 tengah hari, selepas dari hentian Bentong, tiba-tiba, Deeja terjaga dan merengek tapi mata tak terbuka. Umi pujuk dan tiba-tiba badannya lembik. Namuri seorang ibu, rasa sesuatu tidak kena. Umi cuba kejutkan Deeja untuk bangun tapi tiada respon.
Umi terus jadi panik, anak selembik-lembiknya. Terus Umi menjerit pada mertua beritahu Deeja tak sedar diri tanpa sebab. Buka baju dan seluar, tepuk-tepuk dan sapukan air pada muka untuk kejutkan dia. Tapi tetap tiada respons.
Pernafasannya pun makin lemah. Kami berhenti tepi highway dan tahan kereta lain sambil mendukung anak. Umi hanya fikir, Ya Allah, jangan ambil nyawa anakku.
Zara Dan Eijaz Pula Tidak Sedarkan Diri
Sementara itu, Zara dan Eijaz meraung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh untuk kejutkan Deeja. Masa itu, ada satu kereta, keluarga Chinese (Mr Richard berhenti dan tanyakan keadaan. Dia meminta kami ikut mereka dan terus ke hospital berdekatan. Masa itu, Mr Richard syak ada masalah gas dan berpesan supaya buka tingkap.
Semasa perjalanan ke hospital, Deeja masih tiada respon, luruh rasa jantung Umi sebab tak tahu punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam, mereka pula tidak sedar. Eijaz tertiarap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah karpet. Manakala Zara separuh badan atas kerusi kaki ke bawah dan meniarap. Ya Allah dugaan apakah pada kami.
Ayah mentua teruskan pemanduan dan ikut kereta Mr Richard. Mak mentua pula bantu kejutkan Eijaz dan Zara. Alhamdulillah mereka cepat sedar semula dan menangis. Eijaz nampak sangat pucat dan lesu. Umi pula dah mula rasa nak muntah, pening dan nak pitam. Tapi sebabkan anak-anak tak sedarkan diri, Umi gagahkan diri bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan mereka.
Diberi Bantuan Oksigen
Sampai di hospital Orang Asli Gombak terus ke bahagian Kecemasan dan Deeja diberi terus bantuan oksigen.
Umi sesak nafas dan masih muntah-muntah angin. Mak mentua pengsan selepas sampai di hospital dan ayah mentua serta Zara, Eijaz diberi bantuan oksigen. Selepas semua diberi bantuan oksigen, mereka kembali stabil tapi masih dalam keadaan lema. Suami pula dah bersiap datang dari Kuantan.
Kes kami di rujuk ke hospital Selayang. jam 8 malam kami semua dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doktor tidak mahu ambil risiko.
Doktor Sahkan Keracunan Gas Monoksida
Dari situ, doktor mengesahkan kami keracunan gas monoxide yang berpunca daripada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami dipantau sehingga betul-betul stabil.
Doktor ada beritahu, kalau Umi tak tahu anak tak sedar itu dan berangapan anak-anak tidur lena, kemungkinan akan mengancam ntawa anak-anak. Sebab ia menterang pada orang yang tidur dan terus idak sedarkan diri sampailah kekurangan oksigen pada otak.
Syukur, Allah berikan naluri yang tepat pada Umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu. Jam 3 pg barulah doktor lepaskan kami balik.
Ibarat mimpi ngeri semua tu. aKeracunan gas monoxide ini tak bermakna masa kita berhenti kereta dan tidur di hentian saja. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan kerta engha bergerah. Tapi ia boleh bahayakan pada penumpang yang tidur.
Mak Ayah Mentua Pun Pernah Alami Sebelum Ini
Allah jentikkan kami ikut sekali, kalau la mentua berdua saja balik tak tahu apa akan jadi pada mereka. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas itu.
Patutlah pada hari Sabtu sebelum ini, mak mentua masa perjalan ke Kuantan, dia dah pengsan dan muntah sekali dalam kereta tanpa sedar. Itulah permulaan kebocoran gas dalam kereta.
Kena Beringat
Sebelum perjalanan yang jauh, periksa semua keadaan kenderaan, baik kereta lama mahupun kereta baru. Pantau sama penumpang yang tidur. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap.
Ingatlah, perkara nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentias peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.
Kepada Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. Kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital.
Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tahu Mr Richard ni asal mana dan tinggal di mana. . Seandainya posting ni sampai kepada Mr Richard sekeluarga, kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi.
Mingguan Wanita : Kita tak tahu, ingatkan keracunan gas ini masa kita berhenti dan tidur lama dalam kereta tapi boleh berlaku seamsa dalam perjalanan. Moga kita sentiasa dalam jagaanNya.
Tragedi pusat tahfiz yang meninggalkan kesan di hati masyarakat tiga tahun lalu, kini telah mendapat pembelaannya. Remaja lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Tertuduh didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, hampir tiga tahun lalu.
Pada 28 Januari 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.
Remaja 19 Tahun Dijatuhi Hukuman
Pada awalnya kedua-dua mereka dituduh secara bersama atas kesalahan membunuh, namun pertuduhan itu dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.
Menurut pertuduhan dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.
Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan bermula pada 30 Mei 2018.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.
MW: Semoga kesedihan ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi pusat tahfiz ini sedikit terubat dengan hukuman yang diterima tertuduh. Biar pun nyawa tak dapat diganti dengan apa cara sekali pun, namun sekurang-kurangnya kematian mereka mendapat pembelaan.
Hanya mampu beri RM5000 untuk 2 bulan sedangkan jutawan, bekas isteri DDNK bertanya wajarkah? Hari ini merupakan sebutan kes tuntutan nafkah anak yang difailkan oleh Hasmawatie terhadap bekas suami, Datuk Dr Nazri Khan selepas perceraian mereka.
Sebutan tuntutan nafkah anak ini adalah untuk anak tunggal mereka, Haykal yang sudah meningkat remaja.
Hanya Mampu Beri RM5000 Untuk 2 Bulan Sedangkan Jutawan
Namun apa yang menjadi persoalan padanya ialah jutawan pelaburan saham yang terkenal dengan tagline, tak hensem tak apa, janji kaya ini memaklumkan hanya mampu membayar RM5000 saja untuk tempoh dua bulan. Ini bermakna sebulan, kemampuannya membayar hanyalah RM2500 sahaja untuk nafkah anaknya itu.
Disebabkan itu, dirinya telah berkongsi luahan hatinya di fb milknya, Atielia Dr Sams mengenai sebutan kes tuntutan nafkah anak yang berlangsung pagi tadi.
Tulisnya :-
Sebagai seorang jutawan, dua bulan nafkah anak hanya mampu beri RM5k, wajarkah?
Tambahnya lagi:-
Apakah tanggungjawab seorg bapa kepada seorg anak apabila berlaku perceraian?
Jika kita semua fahami, apabila disebut jutawan, individu berkenaan mestilah seorang yang kaya raya dan mempunyai banyak duit.
Pastinya RM5000 nilai agak kecil kerana ada kalanya membeli beg tangan berjenama saja sudah cecah ratusan ribu. Itu belum lagi penyewaan kapal layar yang pasti nilainya bukan sedikit.
Tidak pasti apa ceritera yang cuba diskripkan tetapi perceraian adalah antara seorang lelaki dan perempuan yang sudah tidak sehaluan lagi. Bahkan perceraian itu dibenarkan dalam islam. Tapi jangan sesekali “memangsakan anak” untuk kepuasan hati kita sendiri.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!