Media sosial ini boleh jadi medan pahala, boleh jadi juga medan kumpul dosa. Sebab itulah, pengguna itu sendiri mahu pilih yang mana. Jika sisi positif yang dipilih, maka positiflah ia. Pesanan Guru Kaunseling ini ada banyak benarnya, tentang ketahanan hati seseorang apabila nampak posting orang lain di media sosial.
Kerana, bagi Abdul Muiez Ruslee ini apabila seseorang itu melatih diri untuk menulis yang baik-baik setiap kali melihat perkongsian orang lain, dia juga sebenarnya sedang mendoakan orang lain. Dalam masa yang sama mendoakan untuk dirinya sendiri.
Nampak Orang Pergi Korea, Saya Berdoa Dalam Hati
Sekitar tahun 2005 dulu, saya nak pergi umrah. Tapi visa tak lepas.
Seronok betul tengok orang pergi umrah. Perlahan-lahan saya doa dalam hati. Semoga satu hari nanti, saya pun dapat pergi macam orang lain pergi.
Lima tahun lepastu, saya dihubungi seseorang. “Muiez nak pergi umrah tak? Bawa jemaah.”
Allahu akbar. Siapa sangka, Allah bagi peluang dengan cara yang tak disangka dan sudah tentu pada waktu yang terbaik.
Ads
Beberapa tahun lepas, saya pernah rancang nak pergi Korea dengan keluarga. Dah bayar deposit. Bila kira-kira balik, macam tak sempat kumpul duit sampai hujung tahun. Saya tarik balik deposit tu.
Bila tengok orang pergi Korea, saya berdoa dalam hati. Semoga dapat juga pergi Korea macam orang lain.
Tahun lepas, saya dihubungi seseorang. “Abang Muiez nak pergi Korea tak? Bawa orang. Percuma saja. Siap dapat gaji lagi.”
Allahu akbar. Sekali lagi peluang datang tanpa disangka.
Kita Tengok Orang Kongsi Apa-apa Di Media Sosial, Elak Tulis Begini
Bila tengok orang dapat itu ini, saya pun berdoa semoga saya dapat macam orang lain juga. Alhamdulillah, ada saja jalan yang Allah lorongkan untuk saya dapat macam orang lain.
Ads
Kalau kita tengok orang kongsi apa-apa dalam media sosial, cuba halang diri daripada menulis begini.
“Kau kaya tak apalah.”
“Alah, benda tu bukan boleh bawa mati.”
“Nak menunjuk lah tu.”
“Dapat duit entah dari sumber mana, lepastu nak menunjuk pula.”
Cuba latih diri kita menulis begini.
“Ya Allah. Seronoknya. Semoga satu hari nanti aku pun akan dapat macam dia.”
“Tahniah. Doakan saya ya. Saya pun nak macam ni satu hari nanti.”
“Mohon kawan-kawan yang baca komen ni, doakan sama-sama supaya kita pun akan dapat macam dia.”
Cuba kita renung balik sepanjang hidup kita. Pernah tak kita dapat, satu benda yang kita nak tapi tak sangka kita akan dapat? Ada saja jalan yang Allah tunjukkan untuk kita dapat benda tu. Malah dari jalan-jalan yang tak disangka.
“Aku saja je masuk peraduan ni. Hantar satu penyertaan saja. Tak sangka boleh menang iPad.”
“Tak sangka. Datang kedai ni nak beli baju sekolah. Tiba-tiba menang telefon sebagai pengunjung bertuah. Lama sangat dah nak pakai telefon ni.”
“Tak pernah pergi Langkawi. Tengok kawan-kawan pergi, cemburu pun ada. Tiba-tiba abang ipar belanja kami satu keluarga. Syukur.”
“Tak pernah makan musang king seumur hidup. Tiba-tiba dapat moratorium. Syukur.”
Stop wishing, start doing. Doa-doakan, mudah-mudahan impian kita akan menjadi kenyataan.
MW : Banyak benarnya, sebab itulah bila nampak posting orang lain tulis, doakan lah yang baik-baik.
Tak semua tahu betapa struggle seorang wanita bergelar ibu tunggal. Macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan, betapa hinanya ibu tunggal di sesetengah mata orang sekeliling.
Nasib Ibu Tunggal
Orang kita, cukup pantang dengan ibu tunggal.
Once ada ibu tunggal datang menetap disekitar tempat tinggal mereka, terus mereka berhati-hati dan bagi warning kepada suami mereka.
Bila ibu tunggal berniaga, diorang tak bagi suami beli, tak bagi suami tolong, takut terkena “guna-guna” ibu tunggal tu. Diorang sendiri pun tak nak support, tak nak tolong.
Diperlekehnya ibu tunggal, diletakkan tanggapan yang buruk terhadap ibu tunggal.
Betapa susah dan peritnya seorang ibu tunggal untuk menghadapi persepsi masyarakat, pandangan masyarakat dan penerimaan masyarakat terhadap status yang dipegangnya.
Dia struggle nak membesarkan anak, orang tak nampak… Dia struggle nak cari rezeki, orang tak tahu. Dia menangis kepenatan, dia menangis keseorangan, tiada bahu yang dihulurkan. Semua dihadapinya bersendirian, seorang diri dan jangan lupa, dia seorang perempuan.
Kekuatannya adalah anak-anak, semangatnya adalah anak-anak dan dia perlu teruskan hidup demi anak-anak.
Tapi orang tak tahu semua ni, orang tak nak peduli apa yang dia lalui, yang orang tahu, dia ibu tunggal, dia janda, dia berbahaya dan dia “gatal”. Dek segelintir sikap ibu tunggal yang lain, habis smua ibu tunggal terpalit dengan “title” tersebut.
Hentikanlah segala bentuk tohmahan dan tuduhan terhadap mereka yang berstatus ibu tunggal. Tak ada seorang pun yang teringin nak pegang gelaran tersebut, tak ada seorang pun yang berkahwin untuk akhirnya dipanggil “janda”.
Gelaran itu adalah jalan keluar untuknya daripada terus bergelar isteri. Itu adalah yang terbaik untuknya.
Jika awak ditempatnya, apa yang awak rasa. Apa yang awak akan buat…?
Maka untuk kita yang lelaki ni, berhenti ambik kesempatan, yang sama-sama perempuan, berhenti beri segala bentuk tanggapan. Dan yang bergelar ibu tunggal, jadilah seorang ibu tunggal yang tidak murah dan bermaruah.
Anda hebat sebab anda lah ibu, andalah bapa kepada anak-anak anda. Be strong, keep strong and always stay healthy! Anak-anak anda memerlukan anda untuk terus kuat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak salah nak ajak isteri duduk sebumbung denga orang tua tetapi kena lah tahu isinya dulu. Mana yang dia kurang selesa, selesaikan dengan cara terbaik. Tak boleh ikut hati sendiri tanpa mengambil kira apa yang isteri rasa.
Macam situasi yang Firdaus Shakirin cuba sampaikan ini, siap ada selisih faham dalam rumah. Agak-agak isteri selesa tak nak duduk sebumbung? Nah, renungkan seminit!
Ajak Isteri Duduk Sembumbung Dengan Orang Tua
Mengutamakan orang tua jangan sampai menganiaya isteri sendiri.
Tak semua perkara kita sebagai anak perlu angguk kepala dan tunduk patuh kepada bicara dan perintah mereka. Jika mereka merasakan sesuatu itu baik untuk mereka, tak semestinya sesuatu itu akan baik untuk kita juga dan jika mereka merasakan sesuatu itu tidak baik untuk mereka, tidak semestinya ianya juga tidak baik untuk kita.
Contohnya, kita dah pun beristeri tapi mertua berselisih faham dengan isteri kita, dia tak suka isteri kita sebab itu bukan pilihannya. Maka dia cari orang lain, dia suruh kita kahwin dengan perempuan tu. So, kita nak terus ikut? Nak kahwin dgn perempuan pilihan keluarga tu? Apa kesudahan dan pengakhiran untuk isteri kita?
Adakah kita rasa sesuatu yang baik untuk mereka akan baik untuk kita juga?
Kita nak tinggalkan isteri pilihan kita tu, cinta kita tu, yang dah bersusah payah dengan kita tu semata-mata untuk memuaskan kemahuan keluarga?
Duduk Asing
Same goes to if kita decide nak duduk asing, tak nak duduk sekali orang tua. Ianya bukan sebab kita terlalu mengikut cakap si isteri, tapi ianya merupakan salah satu daripada nafkah seorang suami kepada seorang isteri, iaitu menyediakan tempat tinggal yang selesa, yang boleh menjaga aurat isteri daripada pandangan ajnabi lain.
Tak semestinya kita kena cari rumah sampai berlainan negeri, berlainan negara, cukup sekadar sekampung atau taman sebelah daripada rumah orang tua kita. Kalau dapat betul-betul sebelah rumah orang tua kita lagi ok, asalkan bukan duduk sekali.
Kita still boleh buat tugas-tugas seorang anak, orang tua kita tinggal dalam lingkungan 10-20 minit je dari rumah kita. Isteri pun selesa di rumah yang kita tempatkan dia. Win-win situation right?
Biar Kita Yang Tentukan Halatuju Rumahtangga
Halatuju rumahtangga kita, kita yang tentukan sendiri, kita nakhoda kepada kapal kita. Jangan biar orang lain yang kawal arah ke mana kapal kita harus berlayar.
Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab, yang ada pendirian, yang tahu apa yang kita buat. Jangan smpai syurga yang kita cari, tapi neraka yang kita dapat.
Nauzubillah min zalik. Mohon dijauhkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada mak-mak yang buat air bacaan Yasin untuk anak-anak. Biasanya selepas solat itulah mak-mak akan bacakan surah Yasin dekat dengan bekas air yang nak dijadikan air bacaan Yasin.
Perkongsian Maryam Salleh akan manfaat air bacaan Yasin ini bagus untuk dihadam. Sebagai petua, air ini bukan saja bermanfaat sebagai penawat atau untuk penerang hati, tapi juga boleh digunakan untuk memagar rumah.
Manfaat Air Bacaan Yasin, Molekul Airnya Lebih Tersusun Sempurna
Boleh ke minum air bacaan Yasin?
Menurut ulamak boleh di minum. Nak tau tak, molekul-molekul air boleh berubah mengikut getaran suara.Terdapat perbezaaan antara air dan mineral biasa diminum dengan air mineral yang dibaca Surah Yasin padanya.
Molekul-molekul air berubah dari keadaan asal kepada bentuk lain yang lebih menarik dan juga terdapat bentuk yang hodoh. Bukti-bukti terkumpul melalui kajian yang dilakukan untuk membuktikan kebenaran kata-kata air yang dibaca Surah Yasin lebih banyak memberi manfaat daripada air tanpa ayat suci Al-Qur’an.
Banyak kegunaan air bacaan Yasin ni, biasanya diberikan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Kenapa? Hal ini disebabkan air tersebut dapat menjadi penawar.
Apabila air yang dibacakan ayat-ayat dari surah Yasin, molekul yang terbentuk adalah tersusun sempurna. Molekul air ini akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanan pada air di otak dan pembuluh darah.
Air ini akan memperbetulkan fungsi-fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa. Hasilnya, dengan izin Allah, air akan bertindak menurut pesanan yang diniatkan dan dilaksanakan tanpa kita sedari.
Ayat-ayat suci dari surah Yasin mempunyai manfaat yang lebih berbanding air yang biasa saja. Molekul air yang bersinar dengan bacaan Yasin dapat menyembuhkan penyakit, menerangkan hati dan jiwa dan sebagai penawar mengelakkan gangguan makhluk halus.
Cara Pagar Rumah Guna Air Bacaan Yasin
Air bacaan Yasin juga boleh digunakan untuk memagar rumah. Cara memagari guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru ialah :
1. Ambil penyembur baju.
2. Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.
3. Masukkan air Yaasiin.
4. Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.
5. Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.
6. Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.
7. Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.
Sila Betulkan Niat Ketika Minum Air Bacaan Yasin
Amalan kita membaca Yasin yang diiringi doa kepada air biasa dapat mengubah molekul air menjadi lebih cantik sekaligus dapat menyembuhkan penyakit dari segi fizikal dan rohani.
Sekadar minum air bacaan Yaasin semata-mata tidak dapat membantu manusia ke arah kebaikan, tetapi ia perlu diselarikan dengan niat yang ikhlas, baik dan tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain.
Tidak lupa juga supaya sentiasa bertawakal kepada Allah kerana hanya dengan izin-Nya , semua usaha yang diikhtiarkan mendatangkan hasil yang sempurna. Insya’Allah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...