Nampak macam ikan laga, busana digaya Neelofa & Mira Filzah jadi tumpuan. Nampaknya imaginasi seseorang kadangkala amat tinggi. Saat kita merasakan busana digayakan elok tetapi dari sudut pandang orang lain ianya amat berbeza.

Inilah ini terjadi kepada dua selebriti popular Neelofa dan Mira Filzah yang mana busana digayakan mereka nampak seperti ikan laga yang cantik dengan ekor yang sedang kembang ketika dalam program Next To Neelofa.

Nampak Macam Ikan Laga

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Sepasang Ikan Laga Jadi Mas Kahwin, Tak Perlu Mahal Yang Penting Pengantin Redha

Jual Ikan Laga Sejak 14 Tahun, Azamirudin Tak Pernah Rasa Malu

Ads

Hal ini ditanyakan oleh peminatnya yang menulis “Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya,” tulis seorang pemilik akaun bernama @nasheka.mn. dan dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP selepas seorang pengikut meninggalkan komen mengenai persamaan itu.

Nampak Macam Ikan Laga, Busana Digaya Neelofa & Mira Filzah Jadi TumpuanPerkongsian MeleTOP itu menggeletek hati ramai pengikut termasuk penyampai radio, Radin serta Neelofa sendiri.

“Hahahahaha…. Berdosa tak kalau gelak? ,” tulis Radin.

Ads

“Hahahahahahaha i pun gelak,” jawab Neelofa kepada komen yang ditinggalkan Radin. Bahkan Neelofa turut memberi pantun, pen merah pen biru, u marah I love you.

Apa pun rata-rata peminat begitu terhibur dan mengaku kedua-dua selebriti itu begitu jelita walaupun disamakan dengan ikan laga.

Ads

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

SUAMI BOLEH DIDAKWA ROGOL ISTERI. BERSAMA PROF DR NOOR AZIAH AWAL DARI SUHAKAM

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI