Nak wajah awet muda dan melambatkan penuaan wajah, banyak cara boleh dicuba yang boleh diamalkan. Antaranya menggunakan masker daripada buah-buahan dan bahan alami.
Nak Awet Muda, Sila Cuba Masker Alami Ini…
Pisang & Madu
Bahan-bahan:
1 biji pisang masak
1 sudu makan madu
Cara Membuat:
- Pisang kaya akan vitamin C dan efektif untuk menegangkan kulit wajah secara alami. Lenyek pisang hingga hancur dan masukkan madu. Kacau rata.
- Oleskan secara rata pada wajah dan biar seketika. Bersihkan dengan air bersih.
Strawberi & Susu
Bahan-bahan:
Beberapa biji strawberi
Sedikit susu segar
Cara Membuat:
- Lenyek strawberi di dalam mangkuk dan campurkan dengan susu secukupnya. Kacau hingga susu mengental untuk digunakan sebagai masker wajah.
- Sapu secara merata pada kulit wajah. Biarkan seketika antara 20-30 minit.
- Bilas dengan air bersih.
Kentang & Susu
Bahan-bahan:
1 biji ubi kentang
2 sudu makan susu segar
Cara Membuat:
- Rebus ubi kentang hingga empuk.
- Buang kulit dan kisar/tumbuk halus ubi kentang yang telah direbus lalu campurkan dengan dua sudu makan susu segar hingga berbentuk seperti masker wajah.
- Oleskan secara rata pada wajah. Biarkan selama 30 minit lalu bilas dengan air bersih.
Lagi artikel cantik di sini:
Rahsia Kulit Cantik Bak Artis Bollywood Dengan Kunyit
Isteri Cantik Di Luar Tapi SERABAI Di Rumah Sebab Amanah Dan Tanggungjawab
Guna Kiub Timun Madu, Petua Cantik Hilangkan Lebam Bawah Mata, Kulit Muka Jadi Bersih Berseri!
Tip Lain
Biasanya ketika usia beranjak dewasa, ramai orang baik lelaki mahupun wanita yang berlumba-lumba melakukan perawatan kulit untuk menjaga kulit agar kekal halus, mulus dan tegang. Terdapat beberapa tip awet muda yang boleh dicuba.
Nak Awet Muda, Cuci Wajah Sebelum Tidur
Untuk membantu kulit tegang dan segar ialah dengan selalu mencuci wajah sebelum tidur pada waktu malam. Mencuci wajah pada waktu malam akan membantu menanggalkan kotoran-kotoran yang menempel di wajah setelah beraktiviti seharian. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menyebabkan jerawat muncul dan kulit cepat berkedut akibat kotoran yang tersumbat pada pori-pori wajah.
Lakukan Perawatan Wajah secara Rutin
Anda boleh secara rutin pergi ke salon kecantikan untuk melakukan perawatan wajah. Namun jika budget tidak mengizinkan, maka anda boleh menggunakan bahan alami yang ada di dapur rumah sebagai masker. Antaranya, yang telah dikongsikan di atas.
Nak Awet Muda, Gunakan Sunblock
Kesan radikal bebas yang disebabkan paparan sinar matahari dapat membuat kulit cepat berkedut dan kasar. Bukan itu saja, kesan daripada sinar UV juga boleh menyebabkan noda hitam pada kulit. Itulah sebabnya sejak remaja sebaiknya mulakan menggunakan tabir suria agar kulit sihat terjaga.
Urutan Wajah
Mengurut akan membantu wajah jadi lebih rileks dan membantu membuatkan kulit wajah terlihat lebih awet muda. Setelah membersihkan wajah, jangan lupa lakukan sedikit urutan pada bahagian alis mata, pipi dan dahi, yang merupakan kawasan untuk melancarkan peredaran darah di wajah, membuatkan wajah akan nampak makin segar.
Teh Hijau
Minum teh hijau kerana dipercayai ia membantu melambatkan proses penuaan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan berfungsi untuk mencegah penuaan awal serta terhindar daripada radikal bebas.
Nak Kulit Sihat, Minum Air Putih Tiap Hari
Rutin meminum air masak/putih, sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari sangat bermanfaat bagi kesihatan dan kecantikan kulit. Kulit yang kering akibat dehidrasi boleh dicegah dengan meminum air putih, agar kulit wajah lebih kenyal dan tegang kembali.
Berolahraga
Jangan lupakan aktiviti fizikal kerana dengan berolah raga mampu membantu membuang racun-racun dan kotoran yang ada dalam kulit menerusi perpeluhan ketika beraktiviti.
Buah dan Sayuran
Buah dan sayuran mengandungi nutrisi penting untuk menjaga kesihatan kulit. Selain itu, makanan berjenis kacang-kacangan juga diyakini dapat mencegah penuaan awal. Nutrisi penting seperti vitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit wajah.
Jangan lupa follow kami di:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI