Cinta berputik bukan semasa mula-mula pasangan jatuh cinta. Selepas berkahwin, cinta semakin lama semakin pudar, Yang ada hanyalah tanggungjawab. Usah biarkan perasaan ini, sebaliknya kembalikan cinta dengan melihat pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan oleh pasangan sebelum ini.

Bila kita mengenang kembali saat-saat manis dan kebaikan yang dilakukan oleh pasangan, secara tak langsung, kasih sayang suami isteri sentiasa mekar dan bahagia. Gaduh-gaduh manja itu, hanyalah sekadar asam garam dan memeriahkan hubungan suami isteri.

Baik suami atau isteri, apabila terlalu marah atau geram, segala kebaikan pasangan terus lenyap. Yang ada mungkin dendam. Musnah hubungan dalam sekelip mata, gara-gara sikap inilah.

Inilah yang dikongsikan oleh Mawaddah MN. Hubungan suami isteri akan terus mekar, bila pasangan merenung kembali saat-sasat manis dan pengorbanan pasangan selama ini.

Pasangan Orang Lain

Khas untuk suami. Sesekali isteri perlu duduk dan merenung kebaikan suami sepanjang melayari bahtera rumah tangga bersama.

Tahukah kita, insan yang bergelar suami tidak punya pertalian darah dan saudara itu adalah Allah telah jodohkan dengan kita untuk memimpin jalan ke Syurga.

Hidup bersama berkongsi suka duka kehidupan menempuh jalan berduri. Suami tidak akan membiarkan suri hatinya itu sedikit pun terluka terkena duri di sepanjang jalan itu. Apalagi, membiarkan isteri terjatuh dan tersungkur.

IKLAN

Tidak!

Anugerah Terindah

Biarpun kekadang bertelagah dalam perjalanan itu. Namun, tangan isteri itu tetap digenggam erat, tidak akan dilepaskan. Sudah pasti, seorang suami itu tidak akan meninggalkan anugerah terindah itu jauh di belakang tanpa panduan dan pimpinan.

Suami juga begitu. Ambil masa renungkan kebaikan dan pengorbanan isteri. Bagaimana, hati wanita asing itu akhirnya menerima kehadiran insan bernama lelaki di dalam hidupnya.

Ketahuilah,
Wanita itu, sekali dia sudah cinta dan percaya, maka seluruh jiwa dan raganya diserahkan. Seorang isteri sanggup berkorban apa sahaja demi menggapai bahagia bersama lelaki istimewa yang bertakhta di hatinya itu. Itulah insan yang diterimanya menjadi suami dan peneman hidupnya.

IKLAN

Baca lagi: BAHAGIA Bila Kita Sentiasa BERSYUKUR. Tak Perlu Bandingkan Dengan Orang Lain

Cara Bahagia Setiap PASANGAN Berbeza, Dapat SUAMI Yang Sentiasa Menyokong Pun BESAR Rahmat

Info Lebih menarik Di Sini

IKLAN

Renung Kebaikan Pasangan

Kenapa perlu duduk dan merenung kebaikan pasangan masing-masing?

Kerana,
Kesibukan dan kekalutan mengejar kehidupan, menenggelamkan segala sisi baik pasangan masing-masing. Tambahan pula jika tempoh perkahwinan itu sudah lama dan menginjak ke usia senja.

Maka, bolehlah diumpamakan seperti cinta seolah berhabuk dan berdebu. Hingga tenggelam dan dilupakan.

Gilaplah semula kasih cinta yang pernah berputik dulu. Agar dapat mengembalikan kilauannya lalu memancarkan sinar bahagia yang baru dalam rumah tangga.
Begitulah pasangan suami isteri perlu upgrade kasih dan cinta itu. Sebagaimana kita selalu upgrade gadget dan phone kita juga.

MW: Jangan sebab terlalu geram dan marah dengan pasangan, segala apa yang dilakukan untuk rumah tangga kita terhapus. Usah biarkan perasaan itu menyelubungi diri kita. Doakan hubungan suami isteri berpanjangan hingga hujung nyawa.

Sumber: Mawaddah MN

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI