
Isi Kandungan
ToggleResepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Resepi Sambal Garing Pedas Homemade
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cara membuat :
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
Tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.

Siap! Makan dengan bubur pun sedap.
Baca sini : Resipi sambal garing sedap, tambah kacang, tempe nak bagi muai.
Sumber/Foto : Siti Zubaidah Hassan
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BAHULU CERMAI Gebu 4 Bahan, Bakar Dalam Oven Elok Tak Melekat!

Isi Kandungan
ToggleKuih bahulu ni antara kuih klasik yang ada penggemarnya yang tersendiri. Jarang dah orang nak buat kuih bahulu ni, berbanding kuih dan biskut moden. Mungkin ada yang rasa renyah bila nak buat kuih ni.
Hakikatnya, tak lah susah mana pun guna 4 bahan je dan boleh bakar dalam oven. Tapi kena ikut cara dan tip yang betul, barulah kuih bahulunya gebu, elok tak melekat walaupun pertama kali buat.
Boleh cuba resipi yang dikonggsikan oleh Puan Nor Afidah Puan Fida ini.
“Tenghari tadi try buat bahulu, 1st time buat alhamdulillah gebu pun.
Bahulu cermai.”
Saya guna bahan ni je.
Bahan-Bahan:
Secawan Tepung gandum
Setengah cawan Gula
5 biji Telor (gred A, B, atau C)
Sedikit esen vanila
Cara Membuat:
1.Mix atau blend telor dan gula dulu sampai kembang pekat dalam 5 minit 2.Selepas tu masukkan tepung sikit-sikit dan mix lagi dalam 2 minit.
3.Kemudian masukkan esen vanilla.Kacau rata.
4. Sebelum itu, panaskan dulu acuan dalam 10 mnit suhu 200 (untuk kali pertama sahaja supaya tak melekat).
5.Lepas panas sebelum letak adunan dalam acuan.Sapu rata semua bahagian dengan minyak masak supaya tak lekat, setiap kali nak letak adunan ye.
6.Mesti sapu minyak rata dulu.Bakar suhu 200 selama 12 minit.
7.Guna bahagian tengah letak acuan atas tray grill guna api atas bawah.
Dapat la dalam 48 biji. Boleh guna blend dan mixer. Saya bakar guna oven.

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Mudah Bahulu ‘Segera’ Versi PKP, Cuma Guna 3 Bahan, Hidangan Buat Anak-Anak
MW: Menarik juga buat bahulu cermai sendiri di rumah. Bahan-bahan pun tak banyak, ikut tip yang dikongsikan barulah bahulunya gebu elok tak melekat.
Sumber:Nor Afidah Puan Fida
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
RPA Kongsi Resipi “Bread And Butter Pudding”, Guna Isi Kelapa Muda

Isi Kandungan
ToggleRaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali hebat dan gemar memasak di dapur. Pelbagai resipi kerap dikongsikan didalam instagram khas aitangan_tunkuazizah yang sering menjadi rujukan buat followersnya. Baik dari jenis lauk pauk kampung, western, manisan dan pelbagai jenis resipi dikongsikan oleh baginda.
Jadi tak hairanlah, Tunku Azizah mendedahkan memiliki hampir 2,000 koleksi buku resipi masakan simpanan peribadi yang dikumpul sejak berusia 12 tahun.
“Buku-buku masak koleksi saya sejak dari umur 12 tahun, semuanya milik @t.afzan …. rasanya dalam 2000 buku”
View this post on InstagramA post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
“Bread And Butter Pudding”
Terbaru, tuanku ada kongsikan air tangan baginda iaitu “Bread And Butter Pudding” yang rasanya dikatakan sedap lain daripada puding roti yang biasa dimakan. Istimewanya resipi ini menggunakan isi kelapa muda. Baginda tuanku juga menyatakan bahawa”Bread And Butter Pudding” ini menggunakan resipi asal daripada Dinah Shore cookbook.
View this post on Instagrambread and butter pudding, lain dari yg selalu kita makan … dan sedap !
A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
Berikut perkongsian tuanku;
“Bread and butter pudding, lain dari yang selalu kita makan dan sedap !
“Resipi ini sedap, tidak perlu rendam roti lama. Saya gunakan isi kelapa muda”
Bahan-Bahan:
6 keping roti Perancis
2 tin susu cair
2 1/2 cawan air
2 1/2 cawan gula
3 sudu kecil Esen Vanila
2 cawan kismis
2 cawan buah-buahan dalam tin/ fruit cocktails (ambil buah sahaja)
1 cawan isi kelapa
125gm mentega
6 biji telur
Cara Membuat:
1. Rendam roti dalam susu, air, gula dan campur esen vanilla.
2. Biarkan terendam dalam satu jam dan kacau sesekali.
3. Panaskan oven suhu 350F.
4. Selepas 1 jam, tambahkan kismis, buah koktail, isi kelapa dan mentega yang telah dicairkan.
5. Pukul telur guna tangan atau mixer dengan kelajuan perlahan.
6. Campurkan telur pada campuran tersebut. Kacau sebati.
7. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca pyrex 3/4 penuh.
8. Bakar puding tersebut selam 1 jam.

Menurut baginda lagi, puding roti ini sedap dinikmati begitu sahaja dan tak perlukan kan sos kastard atau cream anglaise. Boleh juga gunakan apa sahaja jenis roti yang ada.
View this post on InstagramA post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
Baca Lagi Di Sini:
Resepi Asal Stew Ayam Cara Raja Permaisuri Agong, Rugi Tak Cuba!
Raut Wajah Manis, Mesra & Berjiwa Rakyat, Kenali Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah
MW: Menarik resipi ‘Bread And Butter Pudding’ yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong ini. Mak-mak boleh lah cuba di rumah untuk anak-anak nanti, jika nak rasa kelainan puding roti yang selalu kita buat.
Sumber: Instagram aitangan_tunkuazizah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Inti Biasa-Biasa, Wanita Ini Kongsi Resipi Popiah Carbonara Tersedap! Tip Nak Goreng Pun Diberikan

Isi Kandungan
ToggleKebiasaanya popiah yang selalu kita makan, intinya adalah sayur-sayuran seperti sengkuang, lobak merah dan taugeh.Mencabarnya bila buat popiah ni adalah ketika waktu menggorengnya.Jika salah teknik, popiah boleh ‘bocor’ dan jadi hangus akibat terlampau garing. Istimewanya resipi popiah yang dikongsikan oleh Noor Liyana ini, menggunakan inti sos Carbonara yang dibuat sendiri.Tip menggoreng Popiah Carbonara ini turut diberikan agar hasil gorengan popiah ini cantik keemasan dan minyak pun tak kotor.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Disebabkan malam tadi dah gigih buat inti.jadi pagi ni awal kita breakfast. Popiah Carbonara.Jemput sarapan.Resipi saya ade share sebelum ni.Disebabkan ada request, saya up lagi sekali resipi ye.”
Bahan Untuk Inti:
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia* (* bahan-bahan ini dicincang halus)
minyak sedikit
mentega
Isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
Crab stick (hiris bulat)
Cendawan butang (dicincang)
Capsicum(dipotong dadu kecil)
Sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. Boleh guna ikut suka.
Lada hitam
Tepung gandum
Susu (saya pakai fullcream. kalau pakai susu cair pun ok)
Cheese slice 3 keping (tak kisah ape brand. nak lebih rase cheese boleh juga potong & letak masa kita gulung. lagi sedap)
stok ayam
garam & perasa jika perlu
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan mentega. Letak minyak sikit sebab takut butter hangus
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
4. Kemudian letak tepung gandum dalam 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. Setelah itu, masukkan pula susu. Tambah air sikit dalam setengah cawan.
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7. Masak sekejap, letak lada hitam, garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru saya masukkan crab stick, tujuan masukkan lambat sebab tak nak dia hancur sebab lama masak.
Akhir sekali gulung dengan kulit popia macam biasa.
Tip Masa Goreng:
Api jangan kecil sangat sebab kalau goreng lama dia akan keluar inti dan bocor. Minyak pun kotor.

Selamat Mencuba!
Sumber: Noor liyana via masak apa hari ni
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI