‘Nak jimat elektrik, off peti sejuk waktu malam.’ Sanggup bagi anak makanan basi. Langkah ini diambil mak, ayah yang mahu menjimatkan penggunaan elektrik di waktu malam.

Keadaan ekonomi yang meruncing membuatkan segelintir mak ayah mengambil inisiatif mudah bagi menjimatkan elektrik tanpa memikirkan akibatnya kepada anak-anak.

Artikel Berkaitan : Lelaki Ini Kongsi Tip Jimat Bil Elektrik, Tak Perlu Barangan Elektrik ‘Converter’ Pun!

Nak Jimat Elektrik

Tindakan segelintir ibu bapa di Britain yang bertindak menutup suis peti sejuk pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dikhuatiri menjadi faktor penyebab anak-anak jatuh sakit akibat keracunan, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Sebuah organisasi kebajikan, Truro Food Bank mendakwa banyak kes melaporkan kanak-kanak mengalami sakit perut kerana memakan makanan basi yang dibiarkan dalam peti sejuk tanpa elektrik.

Ads

Off Peti Sejuk Waktu Malam

Selain itu, terdapat beberapa kejadian di mana kanak-kanak terpaksa pergi ke sekolah dengan pakaian yang tidak dicuci kerana ibu bapa bermati-matian cuba menjimatkan penggunaan tenaga.

Menurut, kakitangan di bank makanan, derma masyarakat kepada badan kebajikan telah menurun dan permintaan untuk makanan pula makin meningkat, sekali gus memberi tekanan lebih kepada masyarakat berpendapatan rendah.

Baca Di Sini : Bil Elektrik Tinggi Melampau, Cuba Ambil Tahu Cara Jimatkan Penggunaan Aircond

Sanggup Bagi Anak

Pengurus Truro Food Bank, Simon Fann memberitahu, pihaknya mula menerima laporan kes kanak-kanak mengalami keracunan makanan sejak akhir-akhir ini.

Ads

“Tahap keperluan makanan semakin meningkat dan mengatasi derma yang kami peroleh pada masa ini.

“Itu mungkin menunjukkan bahawa orang yang biasanya mampu menderma kini bergelut bagi memastikan bekalan makanan mereka sendiri mencukupi,” jelas Fann.

Makanan Basi

Dianggarkan setengah juta kanak-kanak Britain akan berada dalam ‘kemiskinan mutlak’ menjelang akhir tahun ini kerana tahap gaji minimum yang bergelut untuk bersaing dengan rekod paras inflasi.

Kenaikan cukai dan bil tenaga juga membawa kepada kejatuhan terbesar dalam taraf hidup di negara itu dalam tempoh 70 tahun. – Agensi

Ads

Mingguan Wanita : Masing-masing berusaha keras untuk terus hidup dan bertahan. Jika berkemampuan, tentu mak ayah tidak akan mengambil tindakan sedemikian rupa.

Sumber : Kosmo Online

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI