Dalam hubungan suami isteri, berselisih faham atau bergaduh mulut itu perkara biasa. Kalau dua-dua berkeras kepala, masing-masing nak menang, memag tak ke mana dan boleh huru hara rumah tangga.
Ada juga pasangan merasakan sesuatu yang tidak kena dalam hubungan suami isteri, sedangkan segala tangungjawab telah ditunaikan tetapi masih ada yang tak puas hati. Jadi, bagaimana nak selesaikan agar perkara ini tidak sampai meruntuhkan rumah tangga yang dibina.
Jawapan daripada perkongsian daripada Firdaus Mokhtar adalah dalam menjaga solat antara suami isteri. Menurut dalam satu persoalan yang diberikan oleh seseorang.
“Ustaz, macam mana saya nak betulkan hubungan saya dengan isteri?”
Saya jawab begini;
“Betulkan sembahyang kamu. Belajar untuk sembahyang dengan sempurna. Belajar makna bacaan dalam sembahyang. Ambil tahu apa dia tertib dan adab ketika sembahyang. Sembahyang penuh fokus dan pengharapan.
Dan yang paling utama, jadikan sembahyang agenda nombor satu setiap hari. Sembahyang tidak dilengahkan, sentiasa awal waktu. Waktu sembahyang ditunggu bukan dielak dan malas-malas.
Nanti tengok apa Allah respon untuk kamu. Termasuklah untuk hubungan kamu dengan isteri. Allah yang akan selesaikan. Cubalah!”
MW: jadi, pasangan suami isteri kenalah meletakkan solat sebagai salah satu agenda yang penting setiap hari. Jangan lalai sebab dengan solat inilah boleh membuatkan hubungan suami isteri sentiasa dalam berkasih sayang.
Kredit : Firdaus Mokhtar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Asyik Mengeluh, Aura Mak-mak Pun Jadi Negatif
Ya, biasanya kalau asyik mengeluh itu sebab emosi penat sangat. Tak mampu nak dipikul lagi, akhirnya terluah sampai jadi merungut.
Ditambah berdepan dengan kerja rumahtangga yang tak pernah habis, itulah dilema wanita zaman sekarang. Jaga anak di rumah pun, kadang duit poket tepi pun nak juga kena cari.
Untuk positifkan aura mak-mak, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini sejenak.
Sikap Asyik Mengeluh
Mindset seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu ini sangat penting. Hal ini kerana, jika salah meletakkan ‘mindset’, kita yang merana.
Jika seharian kita berpenat melayan kerenah anak, uruskan rumahtangga, memasak, lipat baju, kemas mainan anak, ajar anak mengaji dan kita rasa kita ini hanyalah sekadar ‘bibik tak bergaji’, kita akan rasa letih sangat, rasa sedih, rasa down, rasa hopeless.
“Kenapalah macam ni nasib aku,”
Allah, Allah… Bertambah letih bila ucap begini. Tanpa disedari, padahal mungkin itulah jalan terbaik untuk Allah nak beri kita syurgaNya.
Kita adalah apa yang kita fikir tentang diri kita.
Kita tak boleh harap orang lain pandang kita dengan positif sekiranya kita sendiri pun anggap khidmat bakti lillahitaala ini sebagai hal picisan.
Jika kita sendiri asyik mengeluh, berkerut, muka masam. Aura kita pun rasa negatif. Lihatlah kesannya pada anak dan pasangan pun sama dapat yang negatif. Rumahtangga tak ceria, rezeki dan rahmat pun payah nak masuk.
Namun jika kita lihat diri kita sebagai ‘bibik’ yang bakal menerima ‘imbuhan’ dari Allah di akhirat, lihat diri sebagai ‘murobbiah’ kepada bakal pemimpin yang akan memperjuangkan agama di masa depan, tidakkah hati kita rasa lebih lapang?
Kemas apa yang anak sepah, nampak itu semua pahala yang Allah nak beri pada kita.
Masakkan makanan, suapkan pasangan dan anak-anak makan, meski tiada pujian mahupun penghargaan, namun itu semua dalam pandangan dan penilaian Tuhan.
Ajarkan anak-anak basic tentang al-Quran, surah al-fatihah, solat, doa, semua itu untuk pahala kita yang berpanjangan kerana insyaAllah itulah basic things sebagai muslim in a lifetime.
Lelah dengan sikap suami yang tidak menghargai?
Jika kita harap sekujur tubuh manusia yang tidak sempurna itu membalas semua pengorbanan dan jerih perih kita mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak-anak, serta menguruskan rumahtangga, pasti kita akan kecewa.
Begitu juga dengan anak-anak yang kita telah berkorban segalanya tetapi di masa depan mungkin mereka tak ‘menjadi’ seperti yang kita doa, harap dan sangka, pasti kita akan kecewa jika kita harap anak ‘membalas’ jasa dan pengorbanan kita.
Percayalah, Allah-lah yang paling mampu membalas segalanya. Manusia tak ada daya upaya, manusia tak mampu.
Bayangkan dengan memikul ibu dari Thaif ke Tanah Haram untuk beribadah pun belum dapat membalas hatta satu helaan nafas sewaktu sakit ingin melahirkan anak. Apatah lagi hal yang lain.
Sebagai ibu, sebagai isteri… pohonlah pada Allah untuk besarkan hati kita seluas lautan agar masalah-masalah kecil, stress-stress kecil, frust-frust kecil itu mampu kita ‘hadam’ dengan sebaiknya.
Memang hati kita ini sifatnya berbolak balik. Ada masa kita kuat, positif, ceria. Ada masa kita termenangis sendiri kerana penat dan sakit hati. Ada masa waktu menyuap nasi pun air mata boleh menitis. Namun, Allah tak pernah menjauh. Mintalah kekuatan dari Allah.
Jaga lisan terhadap anak-anak. Kerana kita tak tahu mungkin saat itu Allah angkat dan makbulkan kata-kata kita.
Banyakkan doa bukannya memaki. Doa yang sungguh-sungguh dari hati yang merendah diri, bukannya sambil lewa. Biarlah penat lelah ini boleh ditukarkan sebagai tiket untuk masuk syurga di akhirat nanti. Bukan penat yang sia-sia.
Minta Allah yang bahagiakan hati kita kerana jika kita sendiri tak bahagia, bagaimana mampu kita bahagiakan suami dan anak-anak?
Kita manusia selalu buat silap, terutamanya saya yang menitip pesanan ini. Namun, selagi masih bernafas, itulah ruang dan peluang untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik di mata Ilahi, insyaAllah.
Saat lemah tak berdaya, selalulah ucapkan doa ini;
انا لله وانا اليه راجعون؛ اللهم اجرني في مصيبتي واخلفلي خيرا منها
“Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. Allahuma’jurni fi musibati, wa akhlif li khairan minha.”
Maksudnya: sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah jua kami akan kembali. Ya Allah ganjarkanlah aku pahala dalam musibah ini dan gantikan aku dengan yang lebih baik. (HR Muslim)
Allah jualah sebaik-baik penolong.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasib Wanita Terbela, Bekas Suami Liat Bayar Nafkah Bakal Berdepan Tindakan Sekatan Bank!
Berita baik buat wanita yang sering diabaikan nafkah anak-anak oleh bekas suami kini boleh menarik nafas lega. Ini kerana tindakan lebih tegas sedang dipertimbang kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas berlakunya perceraian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.
“Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkuasaan, jadi kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah.
“Perkara itu sudah dibincang di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), dibincang peringkat kami, dan saya harap penguatkuasaan itu perlu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank, jadi kita perlukan penguatkuasaan ke atas suami yang liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,” katanya.
Ramai Lelaki Gagal Bayar Nafkah
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah baru-baru ini.
Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai.
“Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah.
“Jadi kita perlu ada penguatkuasaan yang lebih tegas supaya mereka tahu bahawa keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguatkuasaan ke atas diri mereka,” katanya.
MW: Setuju sangat dengan saranan dan penguatkuasaan ini. Semoga pelaksanaannya dapat dipercepatkan agar nasib para wanita dan anak-anak mendapat pembelaan sewajarnya.
Sumber:Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Kali Farah Lee Dikecam, “Umur Maream Patut Dah Diajar Pakai Tudung”
Isi Kandungan
ToggleMendidik anak-anak membiasakan mereka menjadi muslimah sejati dengan menutup aurat sejak dari kecil tidak salah. Namun paling penting, kefahaman mereka mengenai pelaksanaan kewajipan menutup aurat dan memakai tudung ini haruslah diterapkan terlebih dahulu.
Selebriti Media Sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali Farah Lee,32 ada berkongsi pendapat mengenai didikan aurat dan pemakaian tudung pada anaknya Maream Esabel, 7. Malah, bekas isteri Ally Iskandar,45 ini juga mengakui dirinya pernah beberapa kali dikecam kerana memiliki prinsip yang berbeza berkaitan hal ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Banyak kali aku dikecam, katanya anak umur Maream patut dah diajar untuk pakai tudung. Perlu didik dari kecil kata mereka, “Kalau anak taknak, kena paksa”.
Aku pula, pegang pada prinsip sedikit beda. Mengajar Islam pada kanak-kanak ada turutannya, ikut Baginda;
1. Emosi
2. Kepercayaan
3. Akidah
4. Ibadah
Bukan Kerana Paksaan, Ikutan
Cuma ramai kita, melompat terus ke empat; mengajar syariat tanpa anak itu faham asasnya, tanpa mengerti apa maksudnya, masih bingung kenapa dibuatnya.
Buat kerana tidak faham, buat kerana paksaan, buat kerana ikutan — ia dibuat tapi biasanya tidak kekal. Mujahadah.? Haha. Konsep itu untuk kita, terlalu awal untuk mereka sama sekali.
Maream, budak enam tahun yang masih belum bertudung itu, pantang melihat aku jengah sekejap ke balkoni tanpa tudung pasti dijeritnya, “Ommaaaa.. tudunggg”.
Kadang aku pakai tudung dan baju lengan pendek (sebelum kenakan cardigan), datanglah budak ini sambil “Omma, I still can see your aurat (sambil tujukan pada lengan aku)”.
Bila aku sekadar pakai tudung sarung tanpa anak tudung, pasti matanya fokus kepada anak rambut aku, “Omma, I can see your hair, I think you need your inner”.
Jika aku keluar tanpa bertudung di hadapan lelaki mahram, dia akan terkejut lalu datang dan berbisik “Omma, kenapa tak pakai tudung? Boleh ke kita tak pakai tudung depan uncle kita?”
Waktu kawan perempuan datang ke rumah, “Why aren’t you wearing your socks.?”
Begitulah, my ‘aurat’-guard.
Sekarang, ya budak enam tahun ini masih tidak bertudung, tapi perlahan-lahan semakin segan mengenakan baju tanpa lengan ataupun seluar singkat – tanpa pernah disuruh apatah dipaksa.
Selamat Hari Hijab Sedunia.
Moga kita semua faham erti aurat dan hijab itu apa
Baca Lagi Di Sini:
‘Saya Perasan Anak-anak Sekarang Kurang Adab..’ – Farah Lee
Mak Ayah Jangan Biarkan Anak Dewasa Sebelum Waktunya, Hati-Hati Dengan Sindrom ‘Hurried-Child’
MW:Ada benarnya, setuju dengan apa yang Farah Lee ini kongsikan. Anak-anak kecil bukanlah satu kewajipan bagi mereka untuk menutup aurat dan memakai tudung. Sebaiknya biarlah mereka benar-benar faham tentang tuntutan agama terlebih dahulu sejak dari kecil bukan kerana dipaksa mahupun sekadar ikut-ikutan.
Sumber: Farah Lee
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI