‘Nak cari kerja, bagi modal RM500.’ Selepas tiga bulan, isteri masih gagal kesan suami dan tidak mengetahui ke manakah suaminya pergi. Semuanya tinggal tanda tanya hingga ke hari ini.
Begitulah gundahnya hati isteri dan anak-anak mengenangkan suami yang hilang entah ke mana. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki suami yang ghaib namun masih gagal.
Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu.
Lelaki terbabit, Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu.
Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu.
Bagi Modal RM500
Menurut isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena dan dia kali terakhir bertemu suami yang mendakwa mahu ke rumah keluarganya di Gurun, Kedah.
Jelasnya, suami sebelum itu menyatakan hasrat mahu mengikut adik lelakinya bekerja di Johor selepas hari raya dan dia bersetuju dengan hasrat suami selepas mereka berbincang.
Ads
“Saya dan suami sebelum ini mencari rezeki dengan mengambil tempahan melakukan dekorasi hiasan dalaman namun kurang mendapat sambutan sejak pandemik melanda.
“Untuk menambah pendapatan suami memberitahu dia mahu melakukan kerja luar dengan mengikut adik ipar yang ketika itu pulang bercuti menyambut Aidilfitri,” katanya.
Katanya, suami kemudian memberitahu mahu ke rumah keluarganya di Gurun untuk bertemu dengan adik ipar bagi berbincang mengenai kerja seterusnya akan bertolak ke Johor beberapa hari selepas itu.
Ads
“Saya beri suami RM500 untuk dijadikan sebagai modal dan belanja namun terkejut apabila adik ipar menghubungi bertanyakan sama ada abangnya berada di rumah beberapa minggu selepas itu.
“Mendengarkan pertanyaan adik ipar itu saya mula pelik kerana selama ini menyangka suami berada di rumah keluarganya dan sudah bertolak ke Johor untuk mencari kerja,” katanya.
Isteri Masih Gagal
Malah dalam masa yang sama, jelas Nurul Hidayah, selepas itu baru mereka semua menyedari yang suaminya itu tiada di kedua-dua rumah sebelum bapa mentuanya membuat laporan polis.
“Selepas tiga bulan kehilangannya, suami masih gagal dikesan malah pelbagai usaha dilakukan termasuk kaedah perubatan Islam namun tiada sebarang petunjuk ditemui.
“Tiada masalah atau sebarang pergaduhan antara kami yang mungkin menjadi punca kehilangan suami. Itu yang membuatkan saya dan ahli keluarga lain pelik,” katanya.
Kesan Suami
Menurutnya, kehilangan suami sejak tiga bulan lalu itu turut meninggalkan kesan buat anak bongsu dan juga satu-satunya anak lelaki tunggal berusia enam tahun yang terlalu merindui bapanya.
Ads
“Anak bongsu daripada empat beradik ini paling rapat dengan suami malah hampir setiap hari akan bertanyakan mengenai bapanya itu.
“Saya amat berharap suami dapat ditemui dalam keadaan selamat dan pulang segera kerana kami sekeluarga amat merinduinya,” katanya.
Menurutnya, dia berharap sesiapa yang menemui suaminya supaya menghubungi talian 01110728937.
Mingguan Wanita : Semoga suami wanita ini kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin.
Kahwin lain boleh tapi nafkah anak culas bayar, lelaki jangan pandai buat anak saja. Lepas buat anak, bercerai kemudian lupa tanggungjawab.
Bila penceraian berlaku, yang berpisahnya suami dan isteri. Tidak terputus hubungan ayah dan anak-anak. Anak-anak masih menjadi tanggungjawab seorang ayah.
Kahwin Lain Boleh Tapi Nafkah Anak Culas Bayar
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Kahwin lain boleh, nafkah anak tak boleh bagi…
Bila bercerai, yang diceraikan itu isteri, bukan anak. Bila sudah terputus hubungan, yang putus itu dengan isteri, bukan anak…
Lelaki Jangan Pandai Buat Anak Saja
Anak itu tetap anak kandung, malah anak itu tetap darah daging sendiri. Nama anak tetap dinasabkan atas nama ayahnya. Hendak kahwin berapa kali pun boleh, asalkan nafkah anak yang dijaga bekas isteri itu dibayar dan ditunaikan.
Orang pompuan sudah set dalam kepala dia, “Orang lelaki ini hanya pandai buat anak.”
Sebab yang jaga anak itu adalah orang perempuan dan yang besarkan anak juga adalah ibunya. Bila sudah bercerai atau berpisah, tetap juga anak-anak dijaga oleh orang perempuan.
Si ayah hendak merapu, mahu bebas atau ingin bercinta memadu asmara dengan sesiapa pun, bekas isteri tak mahu tahu. Bukan suami dia lagi, buat masa ini dia hanya mahukan nafkah anak dari bekas suami. Itu saja.
Tak perlu dia kena naik turun mahkamah dan tak perlu dia upah peguam atau tak perlu dia saman-menyaman. Jika bekas suami lelaki yang baik, ada lagi akhlak dan nilai-nilai seorang ayah dalam diri, maka dia akan tunaikan hak si anak tersebut…
Jangan Hanya Pandai Buat Anak
Dia kena jaga kebajikan dan pendidikan serta hubungan anak dengan ayah kerana itu semua masih di bawah tanggungjawab dia, kewajipan dia sebagai seorang lelaki yang berstatus ayah…
Benda ini, kalau tuntutan bekas isteri tidak dipeduli, tak dihiraukan, buat tak layan. Maka terlepaslah tapi sekadar di dunia. Di akhirat, tetap tak lepas…
Sangkut bang…sangkut…
Mingguan Wanita : Buat mak-mak di luar sana yang berdepan dengan masalah ini iaitu bekas suami culas bayar nafkah anak, anda berhak membuat tuntutan di mahkamah. Jangan biarkan anak terseksa. Sumber : Firdaus Shakirin
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita gembira buat semua apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Permohonan yang boleh dibuat bermula 1 April 2020 diharapkan dapat memberi manfaatkan kepada semua di kala ini. Namun begitu, sedari awal Perdana Menteri menasihati semua rakyat menggunakan wang ini sebaik mungkin.
Belilah barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Oleh itu bagi mak, ayah di luar sana yang masih fikirkan sama ada ingin mengeluarkan wang KWSP akaun 2 atau tidak, berbincanglah dengan pasangan. Fikirkan adakah duit sedia ada mencukupi atau tak sehingga bulan-bulan akan datang.
Sesiapa yang tanya saya perlu atau tidak keluarkan duit daripada akaun 2 KWSP ini, maka nasihat saya begini:
Tengoklah savings dan situasi kewangan semasa keluarga anda, cukup atau tidak jika keadaan sekarang berlarutan.
Jika awak ada plan nak guna akaun 2 itu untuk anak sambung belajar, sakit, beli atau bina rumah, maka tak perlulah guna atau keluarkan lagi sekarang.
Jika awak memang ada mengeluarkan akaun 2 untuk pengeluaran ansuran perumahan bulanan, maka tak perlu guna utk I-Lestari…
Hak masing-masing dan atas diri masing-masing dalam membuat keputusan.
Sebaiknya, bincang dengan pasangan. Bagi saya, jika bawa keluar, duit sudah ada di tangan, letaklah atau simpan dalam akaun simpanan kita sendiri. Paling penting adalah disiplin, jangan guna selagi belum betul-betul diperlukan atau terdesak… Bila ada emergency sahaja boleh ambil…
Tapi kalau duit itu dalam KWSP, waktu emergency susah pula nak ambil kalau tak menepati syarat-syarat pengeluaran…
Saya menggunakan kesempatan yang diberi untuk mengeluarkan duit sendiri sahaja… Nak tunggu tua pun, tiada jaminan sempat sampai hari tua…
MW: Sekurang-kurangnya pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 dapat membantu mak ayah di saat genting ini. Berjimat-cermat dan berbelanjalah mengikut keperluan kerana kita belum tahu nasib kita esok atau lusa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar, seorang sangat peramah dan pasangan seorang yang pendiam. Kadang-kadang, kita hairan macam manalah pasangan suami isteri itu berkomunikasi. Sebenarnya, semua ia telah diaturkan olehNya. Suami isteri adalah pasangan yang saling lengkap melengkapi. Itulah yang membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.
Bila berpasangan, perselisihan faham, gaduh, suka dan duka adalah asam garam kehidupan dalam rumah tangga. Sama ada mampu atau tidak suami isteri itu mengharungi bersama. Ini belum lagi bila sudah mempunyai anak.
Bercerita tentang emosi ini, boleh dikatakan perempuanlah yang banyak bermain emosi yang membuatkan lelaki atau suami pun kadang-kadang tidak faham peelnya. Jangan marah. Itulah keunikan wanita yang melengkapi hidup seorang lelaki bergelar suami.
Perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi merungkaikan istimewanya seorang perempuan.
Orang perempuan ini, makhluk misteri. Misteri sebab dia dibekalkan emosi yang bermacam. Ada waktu, dia boleh sedih tiba-tiba. Tak tahulah sedih sebab apa. Tak berapa lama, dia boleh jadi seronok, gembira. Suami buat lawak tak jadi pun dia boleh gelak.
Terkadang bila duduk sendiri, dia jadi rindu. Rindu pada orang tersayang, walhal orang tersayang itu ada dekat dengannya. Dan dia juga boleh bertukar jadi singa, sedangkan sebelumnya jadi kucing jinak.
Melengkapi
Tak pelik, sebenarnya itulah keistimewaan yang Allah SWT beri untuk seimbangkan kelemahan kaum lelaki. Kalau semua sama macam lelaki, pasti dunia jadi suram. Jadi kelam.
Buat kaum hawa yang selalu gelisah, sedih, tak tenteram jiwa, dilanda dukacita tiba-tiba… cuba baca doa yang diajarkan Rasulullah SAW ini. Jika mampu, hafazlah.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam) dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” [Hadis Riwayat Ahmad, no. 3712]
MW: Orang perempuan nie bukanlah mengada-ngada atau sengaja berbuat begitu. Itulah sebenarnya menjadi pelengkap buat lelaki yang bergelar suami.
Cara mudah nak pujuk perempuan nie, satu je, berilah hadiah klik sini yang membuatkan hati dia kembali berbunga-bunga.
Artikel ini telah disunting dan medapat keizinan penulis
Sumber: Ustaz Farid Rashidi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!