Memang nak buat baik amat sukar. Ada saja alasan diberikan. Belum sampai ‘seru’, belum bersedia, tak cukup ikhlas dan macam-macam lagi. Sebenarnya tak perlu tunggu masa tertentu kalau nak mula buat perubahan ke arah kebaikan. Yang penting, kena didik hati dulu.
Ikuti perkongsian daripada Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), juga penulis ruangan REDA ILAHI di dalam MAJALAH MINGGUAN WANITA.
Alasan
Saya tidak akan lupa satu perbualan. Kala itu, saya masih di alam persekolahan. Saya punya seorang kenalan, perempuan. Ketika di sekolah, dia mengenakan tudung. Di luar sekolah, dia membukanya. Saya merasa terganggu. Sehinggalah saya bertanya dan mendapat jawapan.
“Aku tak mahu memakai tudung kerana orang. Biarlah ia datang dari keikhlasan hati aku sendiri.” Ujarnya. Ringkas sekali.
Didik hati untuk berubah.
Ads
Berubah Dari Hati
Saya percaya, isu ini bukan sekadar dia seorang. Ramai juga begitu. Mahu berubah, tetapi bukan kerana orang. Ia perlu daripada hatinya sendiri. Kita tidak perlu berhujah isu hati. Memang dalam Islam, hati perlu jadi baik.
Imam Muslim meriwayatkan, nabi pernah berkata bahawa hati itulah sang raja yang akan menentukan segala. Jika hatinya baik, maka seluruh jasadnya menjadi baik. Tutur bicara. Mata dan telinga. Kaki dan tangannya.
Benarkah Ikhlas?
Isunya, benarkah setiap tindakan mesti datang dari hati yang ikhlas? Jika begitu, semua pekerjaan akan menjadi payah. Ini kerana tidak semua perkara dalam kehidupan ini, dikerjakan dengan ‘hati yang ikhlas’.
Cuba kita hitung. Ikhlaskah anak-anak kita untuk bangun pagi, mandi, solat dan pergi ke sekolah? Kita sendiri, adakah betul-betul ikhlas ke pejabat saban hari atau selalu mengimpikan cuti? Cuba tanya isteri, ikhlaskah dia mencuci pakaian, memasak makanan dan mengemas rumah? Atau dia rasa lebih enak jika si suaminya membantu, atau mencarikan pembantu.
Tanya Hati
Mari, kita tanya kepada pengguna jalan raya. Ikhlaskah ketika dia wajib mengambil kelas memandu, dan membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan sekeping lesen memandu? Ikhlaskah seorang penunggang motorsikal memakai topi keledar? Ikhlaskah seorang pemandu yang wajib berhenti di persimpangan jalan – biar pun kosong – hanya kerana lampu di depannya merah menyala?
Ads
Ikhlaskah kita apabila wajib membuat pasport untuk ke luar negara? Ikhlaskah apabila wajib beratur di kaunter imigresen dan menunggu giliran disoal petugas? Ikhlaskah kita apabila wajib mengambil visa dan keluar segera apabila tamat waktunya?
Yang Sara Keluarga
Paling tidak, ikhlaskah seorang suami menggunakan hampir semua gajinya untuk menyara anak dan isterinya? Ikhlaskah si isteri mengorbankan masa rehatnya untuk keperluan suami dan anak-anak? Banyak lagi jika mahu dihitung. Namun saya ingin bertanya, ikhlaskah semua itu dikerjakan?
Saya sendiri tidak ikhlas mengambil lesen, memohon pasport dan menjawab segala pertanyaan pegawai imigresen di kaunter. Jika boleh, saya mahu bebas keluar masuk ke negara mana pun yang saya suka. Tinggal seberapa lama yang saya suka. Memandu tanpa lesen dan tidak perlu mematuhi semua peraturan jalan raya.
Ads
Alasan
Jadi, adakah saya boleh mengabaikan semua itu hanya dengan alasan ‘saya belum ikhlas’? Bolehkah pegawai JPJ, polis trafik atau imigresen menerima alasan saya, menunggu ikhlas baharu mahu mengambil lessen, passport dan mematuhi lampu merah?
Adakah seorang suami boleh menjawab kepada hakim di mahkamah syariah, dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada anak dan isterinya kerana belum ikhlas?
Bolehkah si ibu menjawab kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, membiarkan anak-anaknya terlantar tanpa makanan dan pakaian, hanya kerana dia belum benar-benar ikhlas membela mereka?
Semuanya, tidak akan diterima oleh pihak yang berkuasa. Ikhlas atau tidak, setiap orang yang dengan sengaja melanggar peraturan, tetap akan ditangkap, didakwa malah didenda.
Jika begitu, bolehkah kita menerima alasan, aku belum memakai tudung, aku belum solat, aku belum bayar zakat, hanya kerana aku belum ikhlas?
Didik Hati
Hati perlu dididik. Hati perlu dilentur. Hati perlu diasuh. Ikhlas benda yang wajib dipupuk. Jika perlu dipaksakan. Sama seperti sepohon mempelam. Jika sedari awal dibaja, diberikan air yang cukup dan dijaga dari makhluk perosak, maka natijahnya ialah buah yang enak. Manis sekali untuk dicicip isinya dan bijinya menjadi benih yang baik pula. Wallahuallam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syahdunya bacaan doa imam Muzammil, Iman tarawih jemputan di Madad Sungai Petani. Nama Imam Muzammil Hasballah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Qari terkenal dari Indonesia ini sememangnya mempunyai aura yang hebat.
Mempunyai suara yang merdu, anak kelahiran Acheh ini amat fasih melantunkan ayat-ayat suci dan mula menjadi perhatian media sosial pada 2016 apabila membaca Al-Quran dengan sangat merdu selain menjadi imam solat.
Syahdunya Bacaan Doa Imam Muzammil
Kemerduan suaranya turut menerima pujian dari Imam Besar Masjidil Haram, yaitu Syekh Adel Al kabani. Mempunyai jutaan pengikut di akaun instagramnya, @muzzammilhb namun dirinya kekal istiqomah dengan kehidupannya walau menerima pujian ramai.
Dan bagi Ramadan kali ini, orang ramai khususnya di Sungai Petani beruntung kerana Imam Muzammil Hasballah dijemput sebagai Imam Tarawih di Masjid Darul Murtadza bagi tempoh 25-29 Mac hasil usaha Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof.
Tulisnya, “Alhamdulillah MADAD berjaya jemput ustaz Muzammil Hasballah, qari terkenal dari Indonesia untuk jadi imam terawikh di Masjid MADAD.” dan mengajak orang ramai bersama-sama ke sini.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, Imam Muzammil dan Ustaz Wadi
Imam Tarawih Jemputan Di Masjid Darul Murtadza Sungai Petani
Dikongsikan di page fbnya setiap hari, pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Yaakub mengajak orang ramai ke Masjid Darul Murtadza dan hari ini ia merupakan malam terakhir Imam Muzammil akan menjadi imam di sini sebelum ke lokasi lain. Banyak surah-surah seperti Ar Rahman yang sangat merdu dialunkan oleh Imam Muzammil ketika solat tarawih.
Dapat dilihat orang ramai memenuhi ruang solat di masjid ini dan ramai mengakui berasa sebak tatkala mendengar lantunan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Imam Muzammil selain doa selepas tarawih yang dibacanya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila ada anak kecil, segalanya didahulukan buat dia. Sementelah bila nak keluar rumah mesti nak kena siapkan dia. Agak struggle untuk pastikan moodnya baik bila keluar nanti.
Jika anak seorang, mungkin rasanya tiada masalah sebab fokus pada dia sahaja. Bayangkan kalu mak ayah ada anak berderet-deret. Mahu kena siapkan satu persatu, belum lagi anak yang meragam.
Tak kisah, struggle atau tidak urus anak kecil bila keluar rumah mahu pun bia ada di rumah. Tapi yang perlu mak ayah ambil perhatian adalah bila bawa anak yang masih kecil. Ada adabnya supaya dia tak meragam.
Maklumlah orang cakap anak kecil ni, boleh nampak ‘benda-benda’, bimbang ‘benda’ tu mengikut sebab suka anak kita.
Bukan mempercayai tapi sekurang-kurangnya mak ayah kena berjaga-jaga. Jangan terkejut kalau anak meragam tengah malam, lepas itu tiba-tiba badan panas. Takut ada yang tak kena.
Perkongsian ini sebagai panduan buat mak ayah yang ada anak kecil bila nak bawa anak keluar dan masuk dalam rumah.
Semalam saya ada beberapa hal menegur mak ayah yang sering kali membawa anak-anak kecil keluar pada waktu malam sampai diganggu makhluk halus.
Jadi, hari ni saya nak berkongsi di antara adab yang perlu kita lakukan sebelum keluar dan selepas balik ke rumah.
ADAB KELUAR RUMAH
1. Alas kepala anak dengan kain. Boleh jugak alas dengan kopiah, atau tudung, atau topi atau tual kecil.
2. Sediakan air penawar. Baca 7x surah al fatihah pada air botol. Kemudian tarik nafas sedalamnya, tahan 7s aat, dan hembus perlahan-lahan pada air tersebut. Dan kemudian jentik 3x. Bagi minum sebelum keluar rumah. Sikit pun tak apa.
Bilik air setiap rumah turut dikaitkan dengan punca rezeki terhalang. Betul ke? Kalau dahulu, bilik air setiap rumah berada di luar rumah. Tidak tahu apa sebabnya dibuat di luar. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Tapi, sekarang ini sudah berubah, rumah pun dah cantik dan tidak dinafikan dalam setiap rumah bukan hanya ada satu bilik air tetapi dua atau tiga, bergantung kepada kebesaran rumah tersebut.
Tak kisah ada berapa banyak sekali pun bilik air dalam rumah, tapi kenalah pastikan sentiasa bersih. Sesetengah orang, bukan setakat bersih tapi pantang bila bilik air terbuka luas. Sebab itu, selepas guna bilik air kenalah tutup semula.
Kita tak tahu, bilik air kotor dan terbuka luas itu boleh menjadi punca rezeki terhalang. Perkongsian ini sangat-sangat berguna untuk kita semua.
Punca Rezeki Terhalang – Bilik Air
PERTAMA
Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.
KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SYAITAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.
Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti di bawah?
TANDAS KOTOR
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?
1. Lantai & Mangkuk Tandas Kotor Kekuningan? 2. Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam? 3. Sinki dalam bilik air berkerak? 4. Bau bilik air anda setaraf tandas awam? 5. PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?
Bila bilik air kotor, Syaitan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.
Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya syaitan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?
1. Syaitan dan jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!
2. SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).
3. BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.
Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
MW: Lepas ini bolehlah tengok bilik air rumah masing-masing. Pastikan bersih dan sentiasa tertutup ye! Semua ini berkait dengan rezeki kita juga.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...