Nak beli rumah, dah tentu-tentu dari tahun ke tahun akan naik harganya. Pening memikirkan untuk bayar hutang sampai 35 tahun. Paling risau kalau ada projek terbengkalai dan tak jadi.
Kalau nak beli rumah, kena betul-betul bersedia. Sebab kita akan berhutang selama 35 tahun ke hadapan. Harga pun boleh tahan mahalnya. Kalau tak beli sekarang bila lagi.
Inilah yang dijelaskan oleh Dr Azizul Azli Ahmad bila masa yang sesuai untuk ita beli rumah dan apa yang patut kita elakkan.
Soalan ini selalu ditanya pada saya, izinkan saya bagi pandangan tentang ini.
Boleh Beli Rumah Jika?
Ads
1. Ada tawaran rumah yang below market value antara 20%-35% bawah harga pasaran. Banyak tawaran begini dalam keadaan ekonomi begini. Ada orang tersalah beli atau ada masalah kewangan, perlu jual segera. Maka ia peluang kita beli kediaman pada harga yang mampu.
2. Jika kadar OPR yang jadikan kekangan, kadar ini masih rendah berbanding sebelum pandemik. Jika kita tidak terkesan, kita boleh pertimbangkan pembelian kediaman waktu ini. Kadar sekarang masih rendah sebenarnya.
3. Kita tidak terkesan oleh perubahan ekonomi ini, gaji masih baik, simpanan cukup dan jumpa hartanah yang baik dan betul untuk dibeli.
4. Kadar sewa sekarang, dah hampir sama dengan bayaran ansuran kediaman. Contohnya bayar sewa RM1500, bayaran rumah baru RM1550 sahaja. Baik beli rumah.
Elakkan Beli Rumah, Jika…
1. Kediaman yang masih dalam pembinaan, kita tak tahu berapa lama pemaju boleh bertahan. Beli rumah dah siap lebih baik.
2. Jika gaji kita cukup cukup makan, dengan beli rumah kita akan hilang langsung simpanan yang kita boleh buat.
Ads
3. Jika kadar sewa 1/3 atau 1/2 dari bayaran ansuran rumah, lebih baik sewa sahaja dulu. kediaman di situ.
4. Pekerjaan kita belum stabil atau majikan juga nampak tak kukuh, takutnya nanti kita hilang pekerjaan tetiba sahaja.
Catatan tambahan.
Banyak rumah PRIMA dan pemaju sebelum ini dah mula turun harga. Dulu yang harga RM280k dah jadi RM156k (di Ipoh, Perak). Cari yang penuhi krateria keperluan keluarga kita.
Ada 32600 hartanah ‘overhang’, dah siap tak ada orang beli. Cari dan dapatkan diskuan dari pemaju. Jangan minta diskaun kat sifo, mengarut.
Beli kediaman bila benar benar dah bersedia, bukan sebab tawaran istimewa, nak jadi pelabur kononnya. Kata kuncinya bersedia.
Ads
Kita akan ada hutang 30-35 tahun kedepan, sanggup atau tidak. Tanya diri sendiri.
Jika sekarang bukan masa sesuai beli rumah? Bila masa yang paling sesuai? Apakah jangkaan ekonomi 5 tahun dari sekarang.
Mingguan Wanita : Dalam keadaan sekarang kena kira bajet juga dan corak kehidupan kita yang mendatang.
Tak sangka, rupanya ada tip mudah nak cuci toilet bagi bersih. Yang penting murah dan berkesan, malah boleh guna buat macam-macam selain daripada cuci toilet.
Sebelum ini memang Hakak suka pergi Eco tetapi tak pernah pula jumpa eraser sponge yang dikongsikan Puan Khairiah Yusof ini.
Idea Cuci Toilet
Sangat membantu mudahkah kerja mak-mak, rasanya setiap rumah kena ada benda ini. Nah, tengok dulu macam mana nak guna eraser sponge ini untuk cuci toilet di rumah.
Ni carrie nak share.
Benda alah ni lah yang dok viral sangat kat Kedai ECO RM2.
So kelmarin pergi lah cari, memang berkesan sungguh!! Pagi ni dah try cuci toilet hilang habis kerak-kerak karat, daki ayaq, lantai toilet bersih putih. Lantai toilet warna putih kan so kalau kotor tu memang jelas nampak lah.
Berbaloi jugak beli. Sebab cost RM6. 1 item RM2. Dulu dok beli Clorox sebotoi sampai RM8 jenuh.
Satu lagi Eraser Sponge tu atau depa kata Magic Sponge memang betul-betul magic, lap dapur gas sekali lalu ja mereliqqq baqq anggg!
Yang suka masak tau lah camna berminyaknya dapur bila kita sudah masak, berbaloi sangat sebab RM2 ada 4 biji sponge dalam tu. Memang lap dapur yang minyak tu, guna pakai buang saja.
Cara guna cuci toilet:
Tuang Stain Remover dan clorin dalam botol spray, asing-asing botol ya. Spray tempat yang kotor, make sure pakai mask, glove dan selipar, biar 5-10 minit. Jangan masuk. Dan jangan bagi anak-anak dekat ya.
Lepas tu, terus juruih dengan air, yang kerak melekat tu boleh tonyoh dengan Eraser Sponge ya. Make sure juruih air sampai hilang rasa rengsa clorin tu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berdepan dengan kehilangan orang tersayang perit untuk diterima apatah lagi dengan sekelip mata.Kegembiraan sepasang suami isteri tidak berpanjangan selepas menerima kehadiran cahaya mata pada 28 Ogos lalu apabila isteri dikasihi meninggalkan, dia dan anak yang baru lahir itu, selepas 11 hari berpantang.
Perkongsian status Facebook Hamijan Mijan atas pemergian isterinya Siti NurHidayah Mohd Saad,23 membuatkan ramai yang bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku.
Malah, wanita itu juga dikatakan sempat memuat naik status terakhir di facebook sehari sebelum pemergiannya dengan tidak sabar mengajak suami untuk bercuti ke Cameron Highland setelah habis pantang pada hari ke-45. Namun impian itu tidak kesampaian akhirnya apabila dia dahulu dijemput Ilahi.
Kematian Mengejut
Hamijan jalaludin, 22, berkata, dia tidak menyangka isterinya pergi secara tiba-tiba kerana NurHidayah tidak menunjukkan sebarang tanda, bahkan, beberapa jam sebelum kejadian mereka masih sempat berbual seperti biasa.
“Lepas subuh, saya tidur sampai pukul 11, saya (hanya) tersedar apabila anak menangis. Saya bangun buatkan susu anak dan memanggil isteri tetapi tidak dia tidak menyahut. Jadi saya pergi dekat dan menarik selimut, dan melihat tangan arwah sudah kebiruan,” kata Hamijan.
Panik dengan keadaan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri, dia terus memanggil ambulans dan membawa isterinya ke hospital.
“Namun sampai di hospital, isteri disahkan meninggal dunia,” kata Hamijan.
Terdapat Darah Beku
Menurut Hamijan, doktor mengesahkan terdapat darah beku di peranakan isterinya yang menjadi punca kepada kejadian tersebut, selain mengalami hipoglisemia (bacaan gula dalam darah rendah) kerana mengalami diabetes semasa mengandung.Bagaimanapun, keputusan penuh dari doktor masih belum diketahui.
Meskipun sedih, namun dia reda dengan pemergian isteri tercinta dan janjinya akan menjaga zuriat, tanda cinta mereka yang telah diberi nama Muhammad Hud Hayyan dengan baik.
“Saya akan menjaga, bayi kami, dengan bantuan keluarga,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga ini, Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan.
Bukan dalam rumah saja kena nampak kemas dan cantik, kawasan laman pun patut dibersih dari segala sampah dan rumput liar. Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan ‘jayanya’, silap-silap boleh undang macam-macam haiwan berbisa. Malah, kehadiran rumput-rumput meliar pada ruang halaman rumah boleh menyakitkan mata yang memandang.
Sebenarnya ada banyak cara untuk lenyapkan rumput itu, tapi kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, anda boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.
Cuma perlu sediakan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja. Apa yang paling penting cara ini selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Bahan-Bahan:
Cuka Masakan
Sabun Cecair Pencuci Pinggan
Alat Penyembur (Spray)
Cara Membuat:
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan kedalam alat penyembur tersebut.
3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput-rumput tersebut secara menyeluruh.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...