Anak zuriat penyambung keluarga. Tetapi setelah lama mendirikan rumah tangga, ada pasangan suami-isteri yang masih tidak dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Sudah pelbagai cara dilakukan tetapi anak yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.

Topik Penantian Cahaya Mata telah dibincangkan dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran dari pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari di saluran Astro Prima 105. Elizad, Norman Hakim dan Erra Fazira serta tetamu jemputan telah membincangkan topik yang sentiasa menjadi tumpuan pasangan yang mahu mendapatkan cahaya mata setelah lama mendirikan rumah tangga.

Nak Anak, Suami Isteri Kena Komited, Sama-Sama Buat Ujian Saringan Kesuburan!
.

Salah satu persoalan yang sering ditanya adalah apakah faktor-faktor utama yang memungkinkan pasangan suami-isteri itu tidak berjaya mempunyai anak?

Jelas Dr Norazlin Yusof, Pengarah Perubatan, Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan Sophea, masalah ketidaksuburan atau fertiliti itu bukan berlaku selepas beberapa tahun. Dari segi klinikalnya masalah kesuburan itu timbul setelah pasangan itu mencuba untuk mengandung selepas setahun sahaja.

Ads

Faktor-faktor kenapa tidak berjaya mengandung itu bergantung kepada kedua-dua belah pihak. Kebanyakannya kedua-duanya ada masalah selepas bertahun-tahun mencuba. Kalau tidak berjaya adalah disarankan pasangan itu untuk datang untuk membuat saringan kesuburan.”

Semasa saringan kesuburan itu dilakukan, doktor akan melihat bahagian peranakan dan memeriksa sama ada isteri boleh mengeluarkan telur setiap bulan. Bagi suami pula, doktor juga akan memeriksa sama ada sperma mereka bermasalah atau tidak. Ada beberapa ujian perlu dilakukan.

Ads

Berkaitan dengan rawatan, Dr Norazlin menjelaskan semuanya dilakukan selepas ujian dibuat.

Ketidaksuburan ini kita tidak boleh salahkan kedua-dua belah pihak. Dari awal doktor mahu memastikan sama ada suami isteri itu ada masalah kesihatan atau tidak. Ada masalah kesihatan yang menganggu kesuburan.”

Ads

Sebagai contohnya masalah diabetes dan masalah hormon seperti tiroid. Masalah kesihatan ini perlu dikawal terlebih dahulu.

Perlu Lakukan Rawatan Kesuburan Dengan Kerap

Apakah cara terbaik untuk mendapatkan rawatan ketidaksuburan? Jelas Dr Salleha Khalid, Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan Sophea, apa yang terbaik boleh dilakukan oleh pasangan suami-isteri adalah membuat ujian saringan kesuburan bagi mengesan sebarang masalah.

Suami-isteri perlu datang berdua. Tidak boleh seorang sahaja yang buat ujian saringan kesuburan. Hendak dapat anak kedua-dua kena komited. Pada masa yang sama adalah digalakkan pasangan suami-isteri ini menjalani gaya hidup sihat seperti jaga berat badan, ambil makanan yang seimbang. Bagi wanita pula, ambillah asid folik dan vitamin D untuk mempersiapkan diri untuk kehamilan.”

Jelasnya lagi dalam usaha untuk hamil, pasangan suami-isteri perlu melakukan rawatan kesuburan dengan kerap sehinggalah berjaya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI