anak-lancar-speaking

Ibu ini, Wawa Shauqi berasa seronok setiap kali melihat gelagat anak-anak selebriti Hanis Zalikha di instagram. Betapa comel dan petahnya mereka ‘speaking london’ dengan mak ayah.

Malah sewaktu anak-anaknya masih kecil, itulah juga impian ibu. Mahu melihat anak-anaknya petah berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Namun, seringkali tertewas kerana silap strategi. Rupanya ada cara betul nak ajar anak-anak seronok, dan lancar bertutur bahasa kedua ini.

Kongsinya. “Kalau tengok IG saya suka tengok lG Hanis Zalikha. Bukan tengok dia. Tapi seronok tengok anak dia.

Petah dan comel berkeletah.

Budak besar-besar ni, selain pipi, kepetahan diorang pun boleh jadi aset. Kan? Lagi pulak bila muka Melayu tapi speaking. Comel je!

Dulu bermimpi juga nak anak-anak saya speaking London macam Peppa Pig tu. Tapi apakan daya, cubaan sering gagal bertahan.

Kadang tu, adalah 10 minit cuba speaking. Lepas tu dah tercakap Melayu balik.
Tak keliru ke budak-budak kejap cakap BM, kejap cakap BI?

Ads

Jawapannya yang saya dapat dari sebuah ensiklopedia tentang otak,
TAK, KALAU :

  • Kita ajar dwibahasa sebelum usia anak 12 tahun
  • Dapat ransangan bahasa sebanyak 11 juta patah perkataan setahun (melalui pelbagai sumber) untuk satu bahasa.
    Ini untuk dapatkan tahap petahlah!
  • Strategi yang betul.
    Kalau kejap BM, kejap BI, kejap speaking Ghombau, kejap speaking Ganu, rasanya jiran sebelah dengar pun confuse.

Anak Speaking London, Kenapa Umur 0-12 Tahun?

Sebab, waktu tu, bahagian otak yang bernama Wernick & Broca sangat aktif.
Wernick & Broca adalah bahagian otak yang aktif berhubung, bila kita cuba cakap pelbagai bahasa. Especially dwibahasa.

  • WERNICK adalah bahagian otak yang bekerja untuk bantu kita memahami maksud sesuatu ayat.
  • BROCA area pula digunakan semasa bercakap. Ia akan membantu menjana arahan untuk menyusun ayat.

Tu sebab kita tengok anak yang dah biasa dwibahasa dari kecik, diorang jadi senang nak belajar bahasa lain. Bahagian otak yang 2 ni dah aktif dari kecik.

Kalau dah lepas 12 tahun baru nak belajar, boleh aje. Cuma bahagian otak ni dah tak seaktif masa kecik.

Ads

Macam nak lentur buluh bila dah jadi rebung. Keras sikit.

Nak ikut accent tu yang paling susah. Nak cakap Perancis, keluar nahu Ganu. Allahu.

Jadi, kalau ada anak bawah 12 tahun ni, jangan putus asa. Teruskan usaha. Biasakan 2 bahasa dulu. Dah power nanti, tambahlah bahasa apa-apa, insya Allah ok.

STRATEGI NAK ANAK PETAH SPEAKING

Strategi OPOL.

OPOL bermaksud, ‘One Parent, One Language’.
Kena buat keputusan, siapa nak cakap BM, siapa nak cakap BI. Tak apalah level BI kita tak setinggi Oxford. Tapi cubalah jangan campur-campur.

Ads

ML@H

Yang ini biasa diguna oleh orang yang duduk luar negara.
Anak kat sekolah dan dengan kawan-kawan cakap English / Arab/ bahasa komuniti.
Tapi kita kat rumah je bertutur Bahasa Melayu. Contoh.

T&P (Time & Place)

Dalam seminggu tu, kita boleh pilih hari apa untuk kita isytiharkan ‘Speaking Day’.
Contohnya hari Jumaat je ke. Atau setiap hari, waktu bermain bersama (bonding time) je kita ‘speaking’.

Kalau anak korang dah terer nanti, insya Allah cerah peluang mereka nak belajar luar negara. Seterusnya pulang bawa jodoh orang luar negara. Tiber.

Selamat mencuba!

Baca sini : Selepas umur 7 tahun fasih berbahasa Inggeris, ini usaha ibunya.

Sumber/Foto : Wawa Shauqi

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI