Suami jangan ingat, dengan melepaskan isteri ketika hamil dengan talak, dia boleh lari dari tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Biar pun anak berada di bawah jagaan ibu, nafkah anak tetap perlu ditanggung sepenuhnya oleh si bapa.
Ini yang dinasihatkan oleh Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramlikepada isteri yang diceraikan ketika hamil. Jangan terlalu meratapi nasib, kerana ‘vitamin’ nya ada untuknya. Bangkitlah agar menjadi lebih baik.
‘Vitamin’ Buat Isteri Yang Diceraikan Ketika Hamil
“Saya masih lagi merasai isu minggu lepas (ketika status dimuat naik), pendakwah ceraikan isteri ketika hamil. Ini sangat tidak boleh diterima dan sikit sebanyak mencalarkan imej agama Islam di mata masyarakat khususnya bukan Islam.
Cuma, mungkin mata orang masih tertumpu pada pendakwah tersebut, tapi pandangan saya memikirkan tentang nasib isteri yang diceraikan tersebut berbanding vitamin isteri baru. Saya percaya, ramai pihak khasnya wanita, berada bersama-sama dengan si isteri tersebut.
Hidup ni orang kata macam roda, kadang kita diatas, kadang di bawah. Pada saya, hidup ni hanya persinggahan sementara yang masing-masing ada jalan cerita sendiri. Mungkin liku kehidupan ni cuma ujian kecil pada kita.
Ads
Sekurangnya, kita tahu, bagaimana sifat Imam yang kita pernah sanjung sebelum nikah dahulu. Dan, percayalah, ramai di kalangan wanita yang pernah diceraikan ketika ini, sudah Move On. Bahkan, ada yang kehidupannya lebih bahagia bersama anak-anak atau bersama orang yang masih menyayangi iaitu ibu, bapa dan saudara mara.
Jangan resah atau takut bergelar janda. Ramai masyarakat di Malaysia yang berada dibelakang mereka yang teraniaya sebab ini lumrah keadilan. Jadi, Move On! dan fokus pada nak bantu orang lain supaya hidup kita yang sementara ni dapat memberi manfaat pada insan lain.
2. Jangan Bimbang Tentang Anak
Walaupun bergelar ibu tunggal, tapi anak-anak masih mempunyai bapanya. Jangan risau, hak jagaan anak memang akan dapat pada ibu selagi layak di sisi Syarak dan Undang-undang. Tak ada siapa-siapa boleh rampas anak tersebut daripada anda.
Ada orang cakap, ibu tak layak dapat jaga anak sebab suri rumah, tak ada duit nak beli kelengkapan. Pesan kat orang itu, sila jangan tidur masa kursus kahwin. Inilah peluang terbaik untuk anda dapat luangkan lebih masa untuk anak. Nafkah anak juga akan perlu ditanggung sepenuhnya oleh si bapa.
Ads
3. Anda Berhak Terima Saguhati Yang Besar
Pernah dengar tentang Mutaah? Ia adalah saguhati selepas perceraian. Wanita yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah, layak terima Mutaah dengan sewajarnya. Pengorbanan kita sebagai isteri dan malunya keadaan kita selepas perceraian diambil kira.
Islam ada bagi hak ini pada wanita. Ini sebagai medium untuk seseorang wanita tersebut dapat Move On hidup dengan lebih baik. Pada saya, wanita yang dicerai di luar Mahkamah, sewaktu bersalin memang patut dan layak untuk terima habuan yang paling setimpal.
4. Kekal Positif
Mungkin nak set mind positif ni bukan mudah. Tapi, pelan-pelan ia mungkin tercapai. Saya pernah terbaca artikel, untuk bangun daripada kegagalan dalam rumahtangga bagi seorang wanita, ia mungkin ambil masa. Tapi, sekali dah tinggal luka, tak mungkin luka tu dapat dipadam.
Cuma, luka luaran tu hanya tanda sahaja sebagai peringatan. Tapi, hati wanita dan minda mereka akan mampu untuk positif kalau sentiasa ada family dan kawan yang positif. So, jangan sedih lama-lama. Cuba banyakkan selawat, ibadah dan luahkan kepada kawan-kawan yang sentiasa positif dan bagi support. Insya allah, mesti boleh punya lah.
Ads
5. Sentiasa Percaya Dengan Keadilan Mahkamah Allah
Ingatlah, walaupun mungkin tak ada orang yang nampak dan alami macam mana kehidupan kamu semasa di dalam rumahtangga, dan sememangnya payah nak diceritakan pada orang lain selagi tidak ada bukti, tapi, itulah tujuannya Mahkamah Allah wujud. Ketika itu, tak ada lagi senyuman manis seorang suami yang menafikan di dunia terlepas di akhirat.
Akidah ini jangan sesekali terpadam. Mungkin betul takdir telah ditetapkan bahawa kita hanya bersama pasangan sementara sahaja, tapi tak mustahil takdir juga untuk Allah pertemukan dengan insan yang lebih 19 kali baik daripada sebelumnya.
Ramai ibu-ibu tunggal lain di luar sana, yang pernah alami nasib yang lebih teruk. Percayalah, banyak ibu tunggal yang diceraikan oleh suaminya dalam keadaan mengandung, mampu bangkit dengan lebih baik. Bahkan, mereka tak rasa rugi diceraikan sebaliknya bahagia dengan kehidupan baru. Dan ada juga yang menjadi usahawan berjaya disamping berjaya membesarkan anak-anak tanpa perlu pun bantuan si lelaki.
Ini kuasa wanita, ini kuasa ibu tunggal yang cekal setelah ditolak. Saya doakan dipermudahkan untuk bersalin buat wanita yang diceraikan semasa mengandung.
Bukan semua, tapi segelintir memang ada perasaan kurang senang lihat kebahagiaan orang lain. Terutama dalam perniagaan. Peniaga kongsikan doa ini yang boleh diamalkan untuk jadi pelindung.
Malah, peniaga yang pernah diuji dengan sakit ’sihir’ ini mulai sembuh dengan doa yang diamalkan setiap hari. Dan kongsikan kisahnya oleh Saiful Bahari II.
Berniaga Hati Kena Ikhlas, Jangan Ada Iri
Sebak dada saya bila dengar cerita dari customer saya.
Masa tu dia tanya saya,
“Lama berniaga dah?”
“Baru lagi pakcik, masih cari pengalaman” kata saya padanya.
“Baguslah. Berniaga hati kena ikhlas, hati tu jangan ada rasa iri hati, sakit hati dengan orang lain. Lagi-lagi kalau dia berniaga sama bidang.”
“Baik pakcik, terima kasih atas nasihatnya. Doakan saya pakcik.” Masa tu pakcik tu buka cerita
“Masa pakcik baya kamu, pakcik niaga kedai makan. Alhamdulilah memang laku.”
“Wah! yeke pakcik, habis sekarang masih ada lagi kedai tu?”
“Lama dah tutup, pakcik sempat niaga 3 tahun je. Lepas tu tutup terus. Sebab pakcik sakit.”
“Allah, pakcik sakit apa?”
Ulang Alik Hospital Tetap Sakit, Orang Kata Kena Buatan
“Pakcik pun tak tahulah masa tu, ulang alik hospital pun tak baik-baik. Orang kata kena buat orang. Pakcik diam je lah. Buat juga rawatan islam semua.. tapi keadaan pakcik sama juga.”
Saya hanya diam saja.. lihat raut wajah pakcik tu mengenang nampak dalam kesedihan.
Seketika kemudian, pakcik tu sambung
“Pakcik bukanlah nak tuduh ada orang buat pakcik, itu semua Allah je yang tahu. Cuma masa pakcik sakit, jiran niaga pakcik pernah datang. Dia kata puas hati tengok pakcik tak dapat berniaga. Gara gara kedai pakcik, kedai dia tak laku.”
Tepuk dahi saya.
Allah. Sanggup dia kata macam tu.
“Habis tu pakcik tak sound je balik?” Emo pulak saya masa tu. Serius geram gila rasa.
“Taklah, cuma pakcik syukurlah asbab dia datang ke pakcik kata begitu, pakcik dah temukan penawarnya.”
Jiran Niaga Mengaku, Puas Hati Tengok Kawan Tak Meniaga
“Oh dia sihir pakciklah ye?”
“Allahuallam, tapi apa pakcik tahu. Ada orang sakit hati dengan kebahagian pakcik. Jadi mula dari situ tiap tiap hari pakcik akan doakan untuk dia.”
Sentap saya. Betapa powernya hati pakcik nie. Dia tahu kot orang tu buat dia, tapi dia siap doakan.
Jadi saya cubalah mencungkil sikit apa doa yang pakcik tu doakan, kot dia doakan orang tu kena gigit kerangga tiap malam ke, makan tak rasa kenyang ke, Yelah, doa orang teraniaya kan di makbulkan.
Jadi pakcik tu bagitaulah doa dia apa,
Mengalir air mata saya.
Doa Ini Pelindung Diri Ketika Diuji Sakit Misteri
Ya Allah, bertapa mulianya hati pakcik nie. Besar sungguh jiwanya.
Doanya tidak ada sedikit pun untuk “menyakiti” pembuatnya malah doanya adalah sangat baik.
Inilah doanya,
“Ya Allah, jika ada orang tidak suka melihat aku bahagia, maka kurniakanlah dia kebahagian yang mampu dia lupakan kebahagian aku.”
Sejak dari itu, sedikit demi sedikit kesihatan pakcik nie makin pulih. MasyaAllah.
Pakcik nie kata amalkan saja doa ini tiap tiap hari, mana tahu tanpa kita sedar ada orang tidak senang dengan kebahagian kita atau apa yang kita ada, bolehlah ia jadi sebagai pelindung.
Allah.
Sesungguhnya saya bersyukur kerana berjumpa dengan pelanggan yang berjiwa besar seperti pakcik nie.
Banyak benda kita boleh belajar dan amalkan.
Alhamdulilah.
Setiap mak ayah pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun, bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar mendengar kata, mengikut ajaran agama yang sepatutnya. Meskipun anak-anak masih kecil, perlu terapkan didikan agama dan batasan dalam pergaulan yang memenuhi syariat. Jika perlu, lebih bertegas dengan mereka terutama dalam bab solat, aurat, pergaulan dan sebagainya.Lebih-lebih lagi, jika mempunyai anak perempuan.
Baru-baru ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 32 ada berkongsi pendirian dalam mendidik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra, 9.
Ramai yang mengetahui Qadejah El-Zahra atau nama panggilannya Cess, merupakan satu-satunya, anak kandung perempuan jutawan kosmetik ini.Dalam video yang dikongsikan, Aliff Syukri sedang menyapu ubat sambil meminta maaf dan memujuk anaknya, selepas merotan puteri kesayangan ini. Ia berpunca kerana Qadejah tidak menjaga batasan aurat.
Berikut perkongsian didalam Instagram beliau;
“Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik”
“Maafkan abah cess, abah teramat sayang cess tapi ni semua untuk masa depan cess.Hari ni abah rotan cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan.”
“Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal…mungkin dia tak faham sebab dia kecik lagi tapi dari kecik ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas tutup aurat.”
“Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri.Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan.”
Terdahulu, Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri berkahwin pada Ogos 2007. Selain, Qadejah El-Zahra, pasangan ini dikurniakan dengan 3 cahaya mata lain iaitu Ammar Ahyan 11, Ibraheem Adham, 7 dan Yusoff al-Qardawi,1 serta seorang anak angkat Ameena, 1.
MW: Melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik anak biarlah daripada kecil agar anak tahu batasan agama yang sepatutnya. Semoga Qadejah El Zahra menjadi anak solehah dan taat pada perintah agama hendaknya.
Dapat jadi tetamu Allah pun salah satu rezeki juga, nak-nak pula pergi dalam waktu usia yang muda bersama orang tersayang.
Syukur alhamdulillah dan bagi anda yang teringin sangat nak ke sana, boleh praktikkan tip Puan Hajjah Rohana Saad ini.
Nak Dapat Peluang Jadi Tetamu Allah
Petua seorang sahabat katanya kalau nak sangat pi Tanah Suci selalu lah bertalbiah “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika lak.”
Dia ikut petua kawan dia tu selalulah dia bertalbiah dan tak sampai setahun dia jadi Tetamu Allah. Ramai juga yang maklumkan mereka ikut petua ini dan dijemput menjadi tetamu Allah.
Seorang lagi sahabat bagi petua, katanya kalau nak sgt pergi haji, pergi je kursus haji walaupun waktu giliran tu jauh lagi.. Allah akan tenguk usaha dan semangat kita, insyaaAllah cepat sikit Allah jemput.. Aamiin.
Selain di atas ada sahabat lain memberi petua ialah selalu lah kita mendoakan orang lain untuk jadi Tetamu Allah, kita jangan kedekut untuk mendoakan untuk orang lain. InsyaaAllah malaikat akan mendoakan untuk kita pula.
Petua akhir, kita hendaklah selalu meraikan saudara mara atau sahabat handai yang akan ke Tanah Suci samada pergi untuk melaksanakan ibadah umrah atau haji dengan memberi sedikit sumbangan dengan seikhlasnya tanpa mengharap cenderahati dari Tanah Suci.
Boleh di beri sumbangan kewangan atau telekung dan sebagainya keperluan ke Tanah Suci. InsyaaAllah penerima sumbangan kita yang menjadi tetamu Allah tersebut dengan seikhlasnya akan mendoakan buat kita menjadi tetamu Allah pula.
Tak salah kita ikut petua-petua ni sebagai salah satu usaha kita selain berdoa. Allah tidak menjemput orang yang mampu tetapi memampukan sesiapa yang mahu dan rindu. Semoga Allah menjemput kita semua menjadi tetamuNya.. Aamiin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...