Sebagai seorang ibu, Nabila begitu berbangga apabila anak kesayangannya Keisha Laila sudah pandai ke dapur. Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
Nabila Bangga Dengan Keisha
Menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Nabila Huda @kupu_kupu begitu terkejut apabila Keisha memasak menu Nasi Goreng kegemarannya.
“Anak kite dah pandaj masak nasi goreng !!!
“Sedap gila!!!! Mummy nak cry cry jap la..
“Good job babygirl !! @lilkupukupu
“Atokkk @akuamysearch , cucu dah boleh masak nasi goreng ni!!” tulis Nabila menerusi kapsyen pada video tersebut.
Momen istimewa itu tiba-tiba menjadi lucu apabila Nabila menegur anaknya menumbuk anak batu lesung terbalik. Namun dalam usia sebegitu muda, anak perempuan Nabila cukup pandai memasak.
Pujian Rakan Selebriti Nabila
Keisha dapat pujian dari rakan-rakan selebriti Nabila dan pengikut ibunya di Instagram
zarinazainoordin kejap nyer rasa .. dah besar dah dia… pandai masak lak tu ,walaupun tumbok lesung tebalik
Ads
almynadiaofficial @kupu_kupu cik abillllll tang lesung batu tuuuu ampunnn kami ketAwaaaaaaaa berdekah2 tauuu baby girl cik abil superb ok
Bekerja dari rumah boleh undang stress, kena tahu tip atasi masalah ini. Tak dinafikan, mak-mak yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP berdepan dengan banyak cabaran. Bukan je urusan kerja tapi mak-mak juga kena uruskan anak-anak dan pelajaran anak secara online.
Ada mak-mak yang dibantu oleh suami tapi ramai juga yang terpaksa berdikari melakukan semua sendiri kerana mungkin suami juga bekerja dari rumah atau merupakan frontliner. Nak handle semua benda serentak memang memang boleh menyebabkan stress. Sebenarnya ada cara nak handle stress ni, mak-mak kena istiqamah. Ikut je panduan yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dr. Munzilah Md. Rohani, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
1-Bangun awal pagi, buat kerja sebelum anak-anak bangun dan mula aktif.
2-Sediakan ruang untuk bekerja. Tak semestinya bilik khusus, mak-mak boleh bekerja di ruang tamu atau dapur mengikut keselesaan. Yang penting tempat ini kurang gangguan anak-anak.
3-Jangan rigid sangat sampai stress, mak-mak kena fleksible. Ambil masa seketika untuk layan anak-anak dan suami, cara ni dapat jaga komunikasi dan elak ketegangan dalam hubungan. Nak kerja dari rumah kena happy, jangan tension memanjang.
4-Kekalkan fokus tapi jangan harapkan kesempurnaan. Jika tak dapat fokus sepanjang lapan jam bekerja, itu adalah perkara biasa kerana di rumah gangguannya lain dan mak-mak ada tanggung jawab pada keluarga. Memang kena tolak ansur bab ini. Mak-mak cuba kerja sambil santai untuk elakkan stress misalnya sambil dengar radio.
5-Jangan mengadap kerja terlalu lama. Ambil masa untuk berehat sebentar sekurang-kurangnya 15 minit untuk setiap dua atau tiga jam. Selain break makan, mak-mak juga boleh melakukan pergerakan seperti berjalan untuk menggerakkan otot badan. Tip ini dapat mengurangkan ketegangan setelah mak-mak melakukan kerja dalam tempoh yang lama di depan komputer.
6-Berhenti jika kerja dah selesai, tumpukan pula perhatian pada anak-anak dan suami. Mereka juga tanggung jawab kita.
7-Urus masa dengan bijak agar selesa bekerja dari rumah. Mulakan dengan niat yang baik dan usahakan dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah, kerja selesai, keluarga happy dan mak-mak tak stress.
Sediakan ruang bekerja yang kurang gangguan anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Personaliti Aura Mingguan Wanita ini bukan calang-calang wanita. Nur Aliah Mohd Nor menempa kejayaan keusahawanan di usia yang masih muda.
Ketika usianya 25 tahun beliau sudah memiliki aset shop lot sendiri bernilai mencecah RM1 juta. Dan akuinya, walaupun ketika diuji pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada golongan peniaga.
Nur Aliah yang juga CEO Cheetaki Omey Sdn Bhd masih mampu bertahan.
Tiga perniagaan di bawah kendaliannya, De’Xandra, Public Gold dan AIA Takaful kalis pandemik. Tentu ada rahsia di sebaliknya.
Menerusi temubual bersama Mingguan Wanita, wanita yang diangkat menjadi ikon Aura Inspirasi Wanita Mingguan Wanita untuk usahawan muda, Nur Aliah berkongsi kisah.
Ibu Sentiasa ‘Support’ Nur Aliah, Pesan Jaga Simpanan
Di sebalik kejayaan usahawan muda ini, ada ibu yang sentiasa menyokong perniagaan anaknya. Ibunya, Rasimah Binti Abd Razak bukan saja memberi panduan perniagaan malah mengajar Nur Aliah ‘pandai’ membuat simpanan.
“Mama banyak ‘guide’ Lia buat simpanan. Tunjuk cara, kalau simpan dari sekarang apa jadi dekat simpanan Lia. Mama tunjuk hasilnya jika simpan dalam 3 tahun.. 5 tahun.
Dan macam mana dengan membuat simpanan itu akan berjaya. Jika orang lain membeli kereta, beg tangan malah berbelanja mewah. Lia tetap kekal dengan kehidupan yang biasa-biasa.”
Sebaliknya wanita ini mengembangkan perniagaannya. Tidak membazirkan duit ke sana sini, malah membuat simpanan secara konsisten.
Ketika beliau melihat rakan-rakan bisnes lain berdepan krisis perniagaan sehingga terpaksa menutup kedai, ada juga tang tidak lagi menjadi stokis.
Beliau masih boleh bertahan dan ‘survive’. Pengurusan kewangannya begitu mantap.
“Memang ada sesetengah kiosk terpaksa di tutup. Tapi kita boleh ‘survive’ kerana semua persediaan sudah dibuat dari awal. Itulah hasil didikan ‘parent’ Lia.
Pesan mereka, jangan berbelanja lagi. Gunakan saja apa yang ada.”
Nur Aliah Mahu Lahirkan Usahawan Ada IQ, EQ Dan SQ
Usahawan muda ini mempunyai impian mahu melahirkan usahawan yang mempunyai IQ, EQ dan SQ yang luar biasa.
Mereka bukan saja seimbang dunia malah akhirat juga. “Sebab ramai orang dalam hidup mereka fokus pada dunia saja. Tetapi mereka terlupa pada akhirat.
Justeru, perkongsian Lia bukan sekadar tentang kewangan tetapi juga spiritual.” Itulah matlamatnya setiap kali berkongsi penulisan di media sosial ataupun ketika membangunkan usahawan.
Sebagai usahawan, mereka perlu ada sasaran.
“Kena ada Big Why. Apakah Big Why dalam kehidupan. Dari situlah tahu ke mana arah sasaran yang hendak dicapai. Big Why setiap orang berbeza.”
Bagi Nur Aliah, Big Why nya adalah untuk membantu lebih ramai di luar sana terutama suri rumah, pelajar mahupun mereka yang bekerja makan gaji membuat perniagaan mereka sendiri dalam usia yang masih muda.
Sebagai usahawan muda yang menjadi inspirasi orang lain, dan sentiasa memberi panduan positif. Nur Aliah sentiasa berkongsi bimbingan. Berpesan agar tidak membazir masa dan usia muda yang mereka ada.
Perlunya meletakkan sasaran dari segi short term, middle term mahupun long term yang jelas.
Namun, sebagai individu beliau akui untuk mencapai matlamat sebegitu tidak semudah menyebutnya. Ada kalanya semangat turun dan naik.
Namun, beliau ada cara untuk mengatasinya.
“Bila mula rasa selesa dengan apa yang ada, ianya akan membunuh impian. Waktu itu dah mula rasa ‘tak buat pun tak apa’ sebab dah capai money freedom.
“Bahaya sangat tu. Solusinya, Lia mencari circle yang sentiasa berada bersama. Bertemu orang-orang hebat, wanita berjaya dan lihat cara mereka untuk mendapatkan momentum.”
Jika ada orang pernah memaklumkan suka lihat dirinya kerana kejayaannya. Begitu jugalah dirinya, perlu ‘follow’ orang-orang yang berjaya untuk teruskan usaha tanpa berasa selesa.
Biar pun menerima pelbagai anugerah dalam kerjaya keusahawanan, Nur Aliah tidak pernah berasa selesa. Lagipun, di dalam dirinya sentiasa berkobar-kobar mampu membantu kejayaan golongan muda.
Rezeki Makin Bertambah Selepas Berkahwin
Baru saja bergelar isteri kepada Hazlizan Tahlin, tidak menjadikan dirinya tersekat. Sebaliknya beliau akui lebih mudah berjaya, malah rezekinya makin bertambah.
Ini kerana, suaminya kenal akan kekuatan isteri dalam dunia perniagaan. Malah sentiasa faham dan memberi sokongan padu. Dengan galakan sebegini membuatkan hatinya lebih tenang bekerja dalam masa sama melayari bahtera perkahwinan.
Malah, urusannya jadi lebih mudah selepas mendirikan rumah tangga.
Sebagai usahawan wanita yang masih muda, Nur Aliah percaya bahawa wanita itu perlu mempunyai kehidupan sendiri.
Baik selepas berkahwin, tak perlu bergantung sepenuhnya pada suami. Bimbang jika terlalu bergantung, andai terjadinya masalah kewangan, boleh berlakunya kes bercerai berai.
Ini yang pernah dilihatnya sendiri. Akhirnya, wanita terpaksa berpatah balik pada keluarga, hidup terbeban hutang dan tertekan.
“Sebab itulah, wanita perlu ada berjaya dan mempunyai kewangan yang sagat kukuh. Malah, mempunyai pengurusan kewangan yang mantap.
Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini dalam rumah tangga, isteri boleh survive. Bak kata orang, bila duit banyak ramai yang mendekat. Bila tiada duit, tiada siapa yang mahu datang.
Jangan terlalu bergantung pada orang, berusalah bersungguh-sungguh daripada seorang suri rumah yang tiada apa-apa, menjadi ‘seseorang’ yang membina kerjaya suri rumah itu sendiri terutama dalam bisnes. Malah, tahu menjaga simpanan dengan baik.” Akhiri Nur Aliah menitipkan pesan kepada wanita di luar sana.
Wanita jangan takut jadi janda, sanggup dipukul, didera, hadamkan nasihat Peguam Syarie ini. Di dalam masyarakat kita, gelaran “janda” sering dipandang serong, seolah-olah ia membawa bebanan yang memalukan.
Wanita Jangan Takut Jadi Janda, Sanggup Dipukul, Didera
Ramai wanita bertahan dalam hubungan yang toksik dan beracun kerana takut dilabel sebagai janda. Namun, adakah wajar untuk mengorbankan kebahagiaan, maruah, dan keselamatan diri semata-mata untuk menjaga status perkahwinan?
Hadamkan Nasihat Peguam Syarie Ini
Berikut perkongsian Peguam Syarie Fahmi Ramli & Co, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor
Kenapa mesti takut jadi ‘janda’?
Semalam saya ada menonton satu drama di TV3, Lara Kasih nama tajuknya. Ada satu babak tu, suami tu cakap pada isteri dia dalam keadaan mengugut dan marah “Kalau kau nak jadi ‘janda’, kau call la emak kau….”.
Jadi si isteri tu pun tak berani dan takut. Ikut saja apa yang dibuat oleh suami walaupun dipukul dan diherdik.
Saya pun hairan. Kenapa yer orang perempuan takut bergelar ‘janda’ maksudnya diceraikan oleh suami walaupun dipukul, dimaki dan diherdik?
Benda ni bukan ‘rare’ atau terpencil. Banyak isu rumahtangga yang pernah saya kendalikan di pihak isteri jadi sebegini.
Ada yang dah separuh nyawa kena pukul bertahun-tahun baru nak failkan cerai. Ada yang takut diugut jadi janda kerana bimbang malu dimata masyarakat. Ada juga yang takut bila jadi ‘janda’, akan dirampas hak jagaan anak dan tak dapat Harta Sepencarian.
Ini semua adalah alasan-alasan ‘taboo’ di dalam pemikiran masyarakat khususnya wanita yang bergelar isteri.
Kenapa jadi begini? Sebabnya tiada ilmu pengetahuan berkaitan soal nikah kahwin dari segi syarak dan undang-undang.
Apa makna perkahwinan di sisi Syarak?
Nikah bermaksud “Suatu akad yang membolehkan seorang lelaki dan perempuan untuk bersuka-suka mengikut syarak”. Matlamat suatu perkahwinan pula adalah untuk mencapai ‘mawaddah wa rahmah’ iaitu kebahagiaan dan rahmat daripada Allah.
Mana mungkin bahagia itu wujud kalau dalam perkahwinan asyik bergaduh, isteri kena pukul, caci maki antara suami isteri dan lain-lain lagi. Rahmat Allah tentulah jauh sekali jika sama-sama tidak mencari.
Kalau disebabkan takut dipandang hina oleh masyarakat, percayalah, hanya masyarakat yang bodoh dan jahil sahaja yang berperangai memandang hina seseorang hanya kerana status ‘janda’.
Hakikatnya apa sahaja status diri kita, semuanya sama. Kita hanya Hamba Allah yang menumpang di dunia sementara ini dan perlukan hidup yang bahagia untuk beribadah kepada-Nya.
“Tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia (dimuka bumi ini) melainkan untuk beribadah kepada Aku” – Surah Ad-Dhariyat, 56.
Berkahwinlah untuk bahagia, bukan berkahwin untuk derita. Tak perlu fikir tentang apa yang orang akan kata, hakikatnya mereka tak pernah ada di tempat hidup kita.
Semoga dipermudahkan urusan mereka yang diuji, jangan biarkan hidup anda dihina dan dikeji. Bangkit pertahankan diri.
Sumber: Tuan Fahmi Ramli & Co, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!