Baru-baru ini, ter dapat aplikasi terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro dikatakan telah menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.Berita tersebut sungguh mengejutkan dan menimbulkan perasaan marah, kecewa dan kesal buat umat Islam.
Rata-rata ramai yang telah memadam aplikasi tersebut dari telefon masing-masing, walaupun aplikasi tersebut sangat bermanfaat terutama dari segi memberi peringatan waktu solat, penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah, menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.
Aplikasi Islamik ‘The Noor’
Terkesan dengan situasi tersebut dan bertanggungjawab pada ummah, inisiatif Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa bakal melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang dikenali sebagai The Noor tidak lama lagi.
Neelofa, 31, berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagramnya hari ini dengan memberi gambaran awal berkenaan aplikasi berkenaan.
“My New baby! Mudahkanlah ya ALLAH. Moga ramai yang akan dapat manfaat darinya,”ujar Neelofa menerusi Instastories.
Ads
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di @thenoor.app, kandungan aplikasi tersebut berkaitan gaya hidup Muslim.Aplikasi tersebut disediakan dengan lima pilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia.
Bagaimanapun, buat masa ini belum ada maklumat terperinci berkenaan kandungan yang bakal dimuatkan dalam aplikasi tersebut.
Ads
Perkongsian Neelofa itu mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengharapkan agar aplikasi tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua.
Tidak kurang juga yang menganggap ia bakal menjadi pengganti atau alternatif kepada aplikasi Muslim Pro yang baru-baru ini berdepan kontroversi apabila dikatakan telah menjual data pengguna kepada pihak ketiga.
Menguruskan anak-anak dan rumahtangga dengan sempurna tanggungjawab terbesar bagi seorang wanita. Rasa penat tu memang tak terkata, tapi hati ikhlas dan asalkan keluarga bahagia, segalanya cuba dilakukan dengan sebaiknya.
Isteri dan mak yang bijak, akan ‘mencuri’ sedikit waktu yang ada atau ‘Me Time’ untuk dirinya sendiri. Me Time bagi seorang isteri ni pula adalah berbeza-berbeza. Bagi isteri dapat belek ‘handphone’ tengok Facebook, shopping online, beli barang dapur atau sekadar cuci mata kedai RM2 pun dah memadai.
Namun yang paling mudah layan drama yang disukai dan boleh pilih program menarik TV tanpa sebarang gangguan. Lebih-lebih lagi jika ada siaran NJOI Prepaid, bahagia ‘Me Time’ nya memang tak terkata. Cukuplah dapat hilangkan penat layan emosi anak-anak dan urus suami seketika.
NJOI Prepaid adalah dekoder TV satelit percuma Astro, yang mempunyai 29 siaran TV dan 20 saluran radio. Ia mengandungi pelbagai program hiburan, berita, dokumentari dan informasi terkini tanpa yuran bulanan mahupun tanpa caj tahunan.
Menariknya dengan NJOI Prepaid, boleh memilih membeli saluran tambahan serendah RM5.30/ 3 hari. Juga terdapat pilihan untuk 7 hari dan 30 hari.
Mungkin ramai yang tak tahu, ini 7 Keistimewaan NJOI!
Tiada Kontrak
Tiada yuran bulanan.
Sekali pembayaran.
Termasuk saluran NJOI Prepaid Terpilih
49 Saluran PERCUMA (29 siaran TV dan 20 saluran radio)
Beli saluran tambahan HANYA bila diperlukan.
12 bulan jaminan.
NJOI Prepaid Top Up & Terbang
Bukan itu sahaja, kini yang lebih istimewa, Tambah nilai NJOI Prepaid dan hantar penyertaan berpeluang menang hadiah bulanan dan/atau Hadiah Utama bagi pakej perlancongan untuk dua orang! Seronoknya, peluang isteri dapat ‘Me Time’ pergi melancong secara PERCUMA!!
Peraduan NJOI Prepaid Top Up & Terbang berlangsung selama 5 bulan dari 1 Julai hingga 30 November 2019! Hadiah bulanan akan diberikan pada setiap bulan manakala pengumuman Hadiah Utama menanti pada Disember nanti.
Syarat Kelayakan Yang Cukup Mudah:
(Hadiah Bulanan) : Tambah nilai NJOI Prepaid dengan jumlah minimum RM 20 semasa tempoh peraduan.
(Hadiah Utama) : Tambah nilai NJOI Prepaid dengan jumlah minimum RM 100 (5 mata) layak mendapat hadiah utama semasa tempoh peraduan berlangsung.
Setiap RM20 = 1 mata
Cara-Caranya:
Hantar penyertaan menerusi SMS (sekali penghantaran sahaja)
SMS NAKNJOI dengan 12 digit nombor Kad Pintar ke 66688.
eg: NAKNJOI<JARAK>123456789010
Hadiah Utama menanti 2 pemenang berupa pakej percutian termasuk tiket penerbangan, penginapan dan insuran perjalanan bagi ke destinasi pilihan. Pemenang boleh memilih sama ada untuk menunaikan Umrah atau melancong ke Korea/Jepun/ Bali/Singapura.
Antara hadiah bulanan menarik yang menanti seperti TV LED 40 inci, Perkakasan Memasak Vantage, Pembersih Hampagas (Shimono Vacuum Cleaner) serta saguhati berupa kredit NJOI Prepaid bernilai RM50.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari laman peraduan Top up & Terbang
“Penat Belajar Universiti Kerja Gaji RM2,000, Lebih Baik Jadi Content Creator TikTok!” Memang risau dengan trend pendirian generasi muda kini yang memandang sambung belajar ke peringkat universiti tidak lagi dianggap penting.
Apa yang utama bagi mereka hanyalah menghasilkan content dan video serta ‘mengejar duit’ untuk jadi kaya dan ‘survive’ dalam kehidupan.Ia bakal mewujudkan anak muda yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar.
Hakikatnya mencari duit dan mempunyai pendidikan tinggi adalah sama penting. Dengan mempunyai ilmu, ia membentuk pemikiran, menyusun strategi malah menghasilkan ‘content’ yang lebih berkualiti tanpa perlu menjual maruah diri.
“Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!”
Dik, meh sini, Abang nasihat sikit:-
1. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan Ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar.
Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat.
2. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul, usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil. Lepas Darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik teruslah ceburkan diri buat jadi Bintang media sosial.
3. Tik Tok, bilangan pengguna dia, lebih 1 billion. Bilangan pengguna aktif, 500 juta. Di Malaysia, anggaran bilangan pengguna, 4 juta.
4. Dalam bilangan pengguna Tik Tok tu, berapa orang je yang betul-betul buat duit? Ada tak sampai 1,000 orang yang adik tahu?
5. Katakanlah 1,000 orang di Malaysia betul-betul buat duit dan lestari, kita bahagikan dengan 4 juta. Itu adalah 0.025% dari keseluruhan pengguna Tik Tok di Malaysia.
Itu baru statistic mudah berdasarkan Tik Tok, belum lagi yang lain.
6. Jangka hayat popular di media sosial, berapa kerat je yang bertahan lebih dari 3 tahun? Lepas tu, what’s next?
7. Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang. Tarik tudung lah, live marah orang kat 7-11 lah, semuanya sebab nak tarik traffic. Katanya, “Negative marketing is still a Marketing” – kata abang, simple je, “Dik, adik ingat Mak adik kandungkan adik 9 bulan, pastu perit jerih lahirkan kemudian besarkan adik, untuk adik hidup tanpa maruah?”
8. Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah.
Sebab itulah, education itu penting.
9. Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu “masakan”?
10. Contoh lain? Richard Ker. Dia punya Twit pasal business dan isu semasa, sangat on point. Dia dari corporate sector – sebelum dia buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia), pernah kerja dengan a number of multinational corporations – graduate pun, dari Universiti Surrey, UK.
11. Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated.
Orang Berpendidikan Strategi Tersusun
12. Orang educated, strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk marketing sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat marketing agency sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat Korporat sebagai klien.
13. Sekarang, cuba bandingkan depa berdua dengan Kak Long 7-Eleven. Dapat tengok tak beza dia dari segi kelestarian kewangan dan jaga maruah?
Kesimpulannya, Pendidikan itu penting. Duit pun, penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran. Untuk ada kepintaran, adik perlukan Pendidikan.
Bawak Grab pendapatan lebih tinggi dari gaji kerja pejabat? Dik, untuk dapat pendapatan sebanyak gaji kerja steady, berapa jam adik perlu bawak Grab? What about your quality of life?
Pastu, adik nak bawak Grab sampai ke tua? Katakanlah dah bawak Grab 5 tahun dan sangat bergantung kepada Grab, kemudian the company sebagai kapitalis naikkan dia punya fee. Pastu macam mana adik nak survive?
Jadinya, simple, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni – banyak yang kelentong. Dapatkan Pendidikan – dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya.
Gambar: ini gambar Khairul Aming terima Ijazah – menamatkan Pendidikan di peringkat universiti.
Cuba adik Google, ada tak jumpa gambar Setopa iKon permotoran terima Ijazah atau diploma atau mungkin slip keputusan SPM? Pastu cuba bandingkan antara depa berdua. Sekian.
Mingguan Wanita:Memang ada benarnya apa yang dikongsikan ini. Nasihatkan pada anak-anak kita dan generasi muda kini bahawa, duit dan pendidikan sama-sama penting.Tak salah untuk menjadi ‘content creator’, namun dengan ada pendidikan membuatkan strategi lebih tersusun, video yang dihasilkan lebih nampak ‘cerdik’ dan berkualiti tanpa perlu menjual maruah diri.
Dalam kemalangan semalam, tiga nyawa anaknya terkorban dalam nahas jalanraya. Namun hingga ke saat ini, sang ibu belum mengetahui status anak-anaknya.
Ibu kini yang masih di ICU (Unit Rawatan Rapi), sebaknya ternyata dia belum tahu tiga anaknya sudah tiada lagi. Semoga ibunya kuat menerima kenyataan yang begitu pahit ini. Insyallah.
Ibu Masih Di ICU
Wanita yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang, di sini pada Rabu belum mengetahui ketiga-tiga anaknya telah meninggal dunia.
Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang kritikal dalam kejadian itu masih belum sedarkan diri selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Mangsa dilaporkan mengalami pendarahan dalaman akibat tersepit selepas kereta jenis Perodua Axia dinaiki bersama tiga anak lelakinya itu hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.
Abang mangsa, Muhd Jazli Aiman, 31, berkata, Nur Aimi telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pagi tadi dan keadaan kesihatannya semakin stabil.
“Kami masih belum berkesempatan jumpa adik di ICU, namun doktor yang merawatnya ada memaklumkan keadaannya semakin baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.
Menurutnya, Nur Aimi yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang tinggal berasingan dengan suaminya kerana tuntutan kerja.
“Ketika kejadian, dia dan tiga anaknya dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas menghabiskan masa bercuti di kampung kami di Melaka,” katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, tiga anak lelaki Nur Aimi, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Muhd Jazli berkata, mayat ketiga-tiga anak saudaranya itu akan dibawa ke kampung mereka di Sungai Putat, Melaka untuk urusan pengebumian.
“Bedah siasat akan dijalankan petang ini dan Insya -ALLAH pengebumian akan dilakukan malam ini,” katanya.
MW: Semoga Nur Aimi Nadiah Kembali sihat dan urusan pengebumian ketiga-tiga anak lelakinya dipermudahkan. Insyallah.