Kerajaan baru sahaja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Orang ramai diminta menghadkan perjalanan dan kuarantin diri di dalam rumah. Namun demikian ada masa-masa tertentu, atas urusan yang tak dapat dielakkan, perlu juga berada di luar, pada masa yang sama perlu menunaikan kewajipan solat.
Pesanan buat wanita, pada musim wabak Convid-19 ini sebaiknya kita tidak menggunakan telekung dan sejadah awam untuk solat semasa kita bermusafir atau di tempat awam. Sebaiknya bawalah telekung dan sejadah sendiri untuk menunaikan solat.Namun demikian, jika ingin menunaikan solat tanpa menggunakan telekung, banyak perkara yang perlu diberi perhatian agar menepati syarat sah solat.
Jemput baca perkongsian Puan Rohana Saad ini sebagai panduan jika ingin solat tanpa menggunakan telekung.
SOLAT TANPA TELEKUNG
Musim wabak Convid-19 sebaiknya kita tidak menggunakan telekung dan sejadah awam untuk solat semasa kita bermusafir atau di tempat awam. Bawalah telekung dan sejadah sendiri. Tapi jangan sampai kita meninggalkan solat pulak kalau tak bawa telekung. Boleh je solat tanpa telekung kalau pakaian kita mengikut hukum menutup aurat.
Sebenarnya, pemakaian telekung bukanlah wajib ketika bersolat. Apa yang penting ialah, wanita itu perlu mengenakan pakaian menepati syarat sah solat iaitu menutup aurat. Kita tak boleh juga sesuka hati berniat nak qada solat. Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja, termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar.
Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.
SYARAT 2 : Seelok-eloknya Pakai Handsocks!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.
SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua’lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.
Baca Lagi Di Sini: Telekung, Ada Sebabnya Mak Mak Mesti Selalu Tukar Uniform Solat Yang Satu Ini
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Jangan kita jadikan alasan melengahkan mahupun meninggalkan solat. Sebaiknya berpakaian longgar agar menepati syarat sah solat ataupun siap sedia bawa telekung dan sejadah sendiri jika ingin keluar ke mana-mana.
Sumber: Rohana Saad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI