Menyentuh tentang PKP penyanyi, Muna Shahirah, 27 juga akui keadaan semasa menjejaskan sumber pendapatan banyak pihak termasuk dirirnya. Namun dalam situasi sebegini menurutnya kita harus bijak mencari peluang lain dan jangan hanya bergantung dalam satu bidang sahaja.
Ini kerana jika kita terlalu bergantung dalam bidang nyanyian sahaja tentu kita akan rasa sangat tertekan.
“Sejak PKP tawaran show dah tak ada, program tv dan lain lain juga terbatas, ini sangat menjejaskan pendapatan anak-anak seni seperti saya.
“Namun saya bersyukur kerana sejak PKP 1.0 lagi saya telah berjinak jinak menceburkan diri dengan GAME PUBG. Pada mulanya sekadar suka suka main di telefon saja. Lama kelamaan saya mula belajar sendiri melalui youtube tanpa bimbingan sesiapa.
“Lepas tu saya mula stream PUBG melalui Facebook menggunakan komputer. Dan tidak disangka sangka jalan saya Allah mudahkan. Dan kini followers saya mencecah hampir 500 ribu di Facebook,” terang Muna.
PUBG Sumber Pendapatan
Menurut Muna, PUBG ini bukan sahaja menghasilkan pendapatannya, malahan telah membuka jaringan pengikut dan peminat baru.
“Mula-mula tu ada yang tak tahu saya penyanyi, tetapi sewaktu live streaming kami bersembang sambil layan game (PUBG) saya sajalah nyanyi-nyanyi, kemudian ada yang tegur dah berkata “suara awak sedap. awak ni penyayi ke?”
“Saya pun guna peluang tersebut untuk promote lagu saya di youtube. Dan dari situ bertambahlah kenalan dan peminat saya di Facebook.
Ads
“Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan berbeza, saya mula nampak bahawa game ini bukan sahaja boleh menjana pendapatan malah ianya membantu saya untuk mempromosikan lagu saya di samping minta followers yang turut serta dalam PUBG tu untuk undi lagu saya.
“Dan Alhamdulillah mereka sangat baik dan tidak keberatan untuk bantu saya. Dan sekarang saya dah ada peminat yang berumur 7 tahun. Dan mereka tidak sabar nak tonton Muzik Video Bukan Mulikku dan dengar lagu baru ni ” kata Muna berseloroh.
Rasa Sedih & Berduka
Muna turut meluahkan rasa sedih apabila melihat sahabat sahabat dalam industri terutama dalam satu syarikat rakaman yang berduka dan turut terkesan kerana PKP ini.
“Sebenarnya saya tergerak hati nak bantu, tetapi saya segan nak bertanya kepada mereka kerana bimbang mereka rasa tak selesa. Sama–sama kita berdoa moga Covid cepat berlalu dan PKP berakhir,” kongsi Muna.
Hasilkan Single Terbaru
PKP telah masuk tahun kedua. Namun ianya tidak menjadi penghalang untuk muna menghasilkan single terbaru.
“Sebenarnya saya gementar juga nak release single baru dalam waktu PKP ni, saya bimbang dikatakan tidak prihatin dengan keadaan semasa. Tetapi memandangkan ianya adalah tuntukan kerja, jadi saya terpaksa melunaskan tanggungjawap saya pada syarikat rakaman dan untuk peminat.
Ads
“Bukan Muna tidak mahu tukar genre lagu, tetapi Muna sudah selesa dengan lagu yang berkonsepkan balada di samping ianya cadangan dari syarikat rakaman FMC Music. Lepas ni kalau di beri peluang Muna teringin nak bawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Nabila Razali permata hati.
“Kepada semua pengikut dan peminat Muna, jangan lupa download single terbaru muna BUKAN MILIKKU dan tonton muzik video lagu ini mulai jam 8 malam hari jumaat nanti 2 julai 2021,” kongsi Muna.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Ketika ini, penat lelah diri YB Nurul Izzah Anwarditolak ke tepi. Semangat Ketua Umum PKR ini kental mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat yang sudah mengangkat dirinya ke tahap sekarang ini.
Dalam menempuh ranjau politik yang pelbagai dan masih panjang ini, Nurul Izzah takkan pernah lupa amanat yang disampaikan oleh ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja dibebaskan daripada penjara.
“Antara perkara pertama yang ayah sebut ialah janganlah sibuk serta ramai-ramai, semua nak jadi menteri,” katanya ketika menjadi jemputan dalam program FB Live Sinar Harian.
Nasihat itu tersempat kemas dalam dirinya, langsung menjadi panduan untuknya menempuk liku-liku perjalanan dalam dunia politik.
“Saya memang dah biasa, anak sulung Datuk Seri Anwar memang macam itu.” sambungnya lagi.
“Datuk Seri Anwar walaupun masa dia keluar penjara memanglah dia peluk cium kami sekeluarga tapi dia sebut dia kasihkan dan hargai sokongan rakyat, tanpa rakyat siapalah kami.”
“Dan surat pengampunan yang diberikan oleh Agong kepada pihak penjara…jadi Anwar tak bersalah, saat itu nama Anwar bersih, jadi sekali gus dapat hak pertahankan maruah itulah saat yang paling bermakna,” ulas Nurul Izzah mengenai pembebasan ayahnya.
Akuinya ayahnya begitu menghargai sokongan rakyat dalam masa yang sama turut menghargai perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang telah memberi pengampunan serta merta.
Air Mata Nurul Izzah
Apabila ada di kalangan rakyat Malaysia yang sanggup mengutip dana bagi membayar hutang negara yang didakwa sudah mencecah 1 trilion, Nurul Izzah tak dapat menyembungikan perasaan terharunya.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berbangga kerana masih ada rakyat yang sanggup menzahirkan rasa cinta mereka kepada negara dengan cara sedemikian. Sungguh dia tak sangka.
“Saya memang saat ini, saya rasa sangat bangga menjadi seorang rakyat Malaysia, kita dilemparkan dengan pelbagai serangan, orang kata kita mungkin tak berubah, tak berani, tapi bukan sahaja 82 peratus, setengah daripada pengundi 21 hingga 39 tahun keluar mengundi.
“Dan ada pula yang terbuka hati untuk cuba meraih dana untuk membayar hutang. Kita kalau mengukur kehebatan sebuah negara ini bukan dengan menerusi bangunan, tapi kita ukur menerusi macam mana mereka bersedia untuk berkorban dan keprihatinan mereka (kepada negara), jadi bagi saya tindakan mereka ini sangat memaknai bagi saya,” katanya lagi dalam program FB Live Sinar Harian itu.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Mstar, Malay Mail
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Beberapa jam yang lalu pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila bekas suami Azmi Hatta dipercayai mahu mengurangkan tuntutan nafkah nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun selepas berpisah.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, memuat naikkan gambar motor dan screenshot berkenaan bayaran motor berkuasa tinggi di Instagram. Menerusi luahannya di Instgram, Azmi
Bila motor lagi penting dari anak.
@azmi_hata Mama dah banyak kali cadangkan dekat daddy sayang, jual la motor tu kalau rasa terbeban.
Tapi mama yakin daddy sayang mewah sekarang ni sebab dah ada production haussss.
@azmi_hata dah buka production house, mewah sekarang.
“Tapi tanggungjawab pada anak pulak diabaikan. Sempit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri,” luah Elly di Instagram miliknya.
@azmi_hata dah block kakak lina .. tempe pun block kakak lina tapi kakak lina tak kisah sebab ada ? @azmi_hata sini.
“Tayimmmm raya kau sebuk nak minta gambar sama, siap kau .. kakak lina dah bagi tau awal-awal ni. Kakak lina dah standby gambar kita 1 femeliiii dah ni. Jumpa anak tak nak, bila raya menyebuk nak bergambar bagai kau jaga.”
“Duit nafkah anak adalah rm1500 BUKAN rm500.”
Bayaran nafkah anak adalah untuk setiap bulan, bukan sesuka hati kau ikut #isthikarahcinta yg kau amalkan dari dulu.
Dendam dengan mama, anak tak berdosa jadi mangsa.
Dendam peti ais rosak kamu.. Dendam apanye lagi, Engko tu dah kawin dan ada anak lagi. Apa yang tak puas hati lagi? Apa yang engko nak semua dah dapat. Ke nak pujuk kakak lina, lepas tu kakak lintak layan. Tu yang buat engko marah sangat nihhh??? Tak hingin aku nak balik dengan engkooo #MuntahHijoo.
Ada netizen yang mengikuti perkembangannya, turut meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan cukup emosi bila melibatkan anak.
Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.
Azmi kemudian berkahwin dengan Faye Kusairi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sedih bila jadi macam ini, tambah pula nak dekat raya. Apa pun, team Mingguan Wanita doakan moga masalah ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik demi anak yang masih kecil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Dalam Besen!. Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas diserang sawan ketika berada dalam bilik air di rumah neneknya di Kampung Telok Wang Besar, Sungai Pasir dekat sini kelmarin.
Lebih tragis, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa Nur Arisa Qaisara Abdullah, 11, ditemukan ahli keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepalanya berada dalam besen.
Tinggal Dengan Nenek
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit tinggal bersama neneknya kerana mudah untuk dijaga berikutan kerap diserang sawan.
“Ibu kanak-kanak terbabit bekerja menyebabkan dia terpaksa meninggalkan mangsa untuk dijaga neneknya yang tinggal dalam kawasan kampung yang sama.
“Ketika kejadian, kanak-kanak itu memberitahu yang dia mahu membuang air besar namun neneknya yang curiga menolak pintu bilik air sebelum mendapati cucunya itu tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.
Kepala Dalam Besen
Menurutnya, kepala kanak-kanak terbabit ketika itu berada dalam besen yang airnya hanya paras pergelangan tangan dan ibunya yang tiba menghubungi ambulans dan jiran untuk meminta bantuan.
“Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod penyakit sawan sejak beberapa tahun lalu.
“Siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu perlu mengambil ubat sawan dua hari sekali setiap 12 jam,” katanya.
Kes Mati Mengejut
Zaidy berkata, tiada unsur jenayah ditemukan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Jenazah murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Teluk Wang itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, dekat sini hari ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...