Mudahnya tanam taugeh kalau mak-mak tahu caranya. Nampak cara nak tanam pun hanya guna bekas dan siram saja. Tak perlu tanah pun.
Begitulah mudahnya tanam taugeh. Kadang-kadang nak gunakan dalam masakan hanyalah sedikit saja. Tapi kena beli ikut sukatan dan nilai yang ditetapkan.
Jadi, cara nak senang dan mudahnya dengan tanam saja di rumah. Tak perlu ambil masa lama, cukup dengan hanya 3-4 hari saja sudah boleh gunakan untuk masak.
Inilah yang dikongsikan oleh Nora Valo tentang mudahnya tanam taugeh sendiri. Menariknya, hanya perlu siram dua kali sehari dan hasil taugehnya memang gemuk-gemuk macam beli di kedai.
“Inilah cara saya buat taugeh sendiri di rumah. Boleh ikut cara berikut:
1. Inilah taugehnya. 3-4 hari sudah boleh tuai. Kalau nak simpan lama, kena penuhkan air dan letak dalam peti ais.
Ads
2. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak perlu banyak pun, hanya segenggam pun dah cukup.
3. Selepas 24 jam, kacang akan mula bercambah.
4. Buang air rendaman dan tukar kacang ke dalam balang plastik. Ikut cara masing-masing, nak letak tisu atau tak nak pun tak apa. Tutup balang dan simpan di tempat gelap. Balut dengan plastik hitam.
Ads
5. Jangan lupa siram 2 kali sehari. Caranya, letak air dalam balang dan gocang seketika. Lepas itu buang airnya.
6. Hasilnya selepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.
Ads
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni boleh tanam sendiri kat rumah. Nak pakai banyak mana pun tak kisah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Siapa sangka disebalik kecantikan Bunga Siti Zubaidah atau lebih dikenali Hydrangea, rupanya getahnya mengandungi racun berbisa. Bahaya kesannya boleh akibatkan masalah kesihatan sehingga boleh menyebabkan kematian. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun, ada tanam pokok ini semoga lebih berhati-hati iya.
Berikut pendedahan Trivia yang dikongsikan oleh Pusat Racun Negarasebagai rujukan;
TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)
Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.
Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.
Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi. Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Kesannya
Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.
Cara Kendalikan
Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
Soal/Jawab
1. Macam mana pokok ini beracun? Sentuh je boleh keracunan?
TIDAK, jika terkena cecair/getah baru ada risiko keracunan.
2 . Jika potong pokok ini untuk tanam balik akan keracunan?
Pakai sarung tangan jika berkebun. Segera cuci tangan jika terkena sebersih-bersihnya dengan air dan sabun terutamanya sebelum makan dan minum.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanam pokok Hydrangea semoga lebih berhati-hati iya. Elakkan terkena cecair atau getahnya. Segera cuci tangan sebersihnya dengan air sabun selepas mengendalikan bunga atau pokok ini.
Tip hilangkan simen melekat pada lantai dan jubin, boleh cuba cara tukang rumah ini kongsi. Kebiasaannya apabila rumah baru siap dibina, masalah kesan simen yang melekat pada lantai kerap berlaku.
Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat. Hendak pijak pun rasa ‘tak sanggup.’ Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.
Ini kesan simen yang melekat pada lantai.
Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’
Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.
Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.
Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.
Rupanya ada tips mudah untuk cepatkan kerja-kerja merebus di dapur. Malah hasilnya cepat empuk, jimat gas dan tak perlu guna pressure cooker (periuk tekanan tinggi) lagi. Sesuai sangat untuk merebus kacang hijau, kacang kuda, daging, kentang, keledek dan sebagainya yang kebiasaannya memakan masa lama untuk merebus.
Mak-mak boleh cuba tips 5:30:7 yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa ini.
“Jalan-jalan skodeng umah orang jumpa pulak satu info ni.Cara nak jimat gas guna tips 5:30:7 dari sis fah umi yasmin. Rebus 5 minit, tutup 30 minit, rebus semula 7 minit”.
“Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…Alhamdulillah suma menjadi”.
* Tips 5:30:7
1.Masak air sampai mendidih.
2.Masuk kacang/daging/keledek/kentang
3.Biarkan mendidih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
4.Tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk.Biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
5.Lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih).
6.Tutup api.
Info Ekstra!
* Tips ni berguna untuk yang x de pressure cooker.
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air.Saya tutup periuk sepanjang merebus.
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba).
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!
MW:Menarik perkongsian tips ini. Memang kena cuba, untuk memudahkan kerja-kerja memasak mak-mak di dapur nanti.