Ada macam-macam cara mak-mak boleh buat untuk simpan barang basah dalam peti ais di rumah. Salah satunya sebagai mana yang dikongsikan wanita ini, Miemiey Apple Berry adalah menggunakan plastik ziplock.
Ianya lebih mudah, dan menjimatkan ruang. Dalam masa saya, senang untuk mak-mak asingkan siap-siap jumlah barang basah ikut kegunaan setiap hari.
Malah, cara ini juga memudahkan dirinya menyediakan bento untuk makanan harian anak-anaknya ke sekolah.
Asingkan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock
Bersihkan barang basah dan asingkan dalam bekas siap-siap sebelum dipindahkan ke dalam plastik ziplock yang lebih kecil.
Boleh dibahagikan ikut hari penggunaan.
Kongsinya,
Ads
Pagi ni saya anak share cara saya asingkan dan simpan lauk pauk dalam peti ais.
Tips ni saya gunakan ziplock untuk lebih cepat penyediaan bento anak-anak ke sekolah.
Memandangkan kita dah nak puasa (ketika status dimuat naik pada 10 April 2021). Jadi dengan cara ni sangat senang kita keluarkan lauk yang kita nak masak waktu berbuka dan sahur.
Ruang dalam peti pun boleh digunakan sepenuhnya. Ada juga saya letak dalam bekas tapi bekas-bekas kecik je kalau yang berkuah @ lauk untuk goreng.
Gambar ni saya nak cepat masa nak masak sebab lupa keluarkan awal.. tapi lagi bagus keluarkan awal lauk defrost sendiri.. kalau nak cepat tak nak letak air dalam plastik boleh letak air dalam bekas rendam dengan plastik pun cepat.
Ads
Mana Nak Dapatkan Plastik Ziplock
Plastik ziplock ada yang gunakan semula, ada yang pakai buang. Bergantung pada penggunaan dan jenis plastik.
Ziplock korang boleh beli dekat kedai eco, Mr. DIY, Daiso dan mana-mana pasaraya yang terdekat. Ada macam-macam saiz. Jadi pilih je saiz yang sesuai korang nak guna.
Untuk sayur dalam peti sejuk pun saya basuh dan letak dalam ziplock ni juga.
Lebih tahan lama tempoh hayat kesegaran sayur tu.
Harap dapat membantu memudahkan kerja masak memasak untuk yang tersayang. Jangan lupa masak sedap-sedap tau.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Kebanyakan daripada kita yang ambil cuti dah nak masuk kerja semula & anak-anak pun dah nak mula sekolah. Baju-baju pula banyak yang nak kena basuh & gosok, kalau sikit-sikit tak pe, ni berpasang-pasang yang nak kena gosok..memang boleh stress mak-mak dibuatnya. Ada cara mudah dan pantas yang dikongsikan oleh Puan Afnee Baker, bagi mempercepatkan proses menggosok yang renyah ni iaitu dengan menggunakan Aluminium Foil.
Dengan cara ini mak-mak akan dapat menggosok kedua-dua bahagian secara serentak! Tak perlu nak diterbalikkan lagi. Boleh siap dalam masa yang pantas. Tak perlu ‘upgrade’ seterika mahal dan hanya menggunakan bahan yang murah!Apa yang pasti ia jimat masa, mudah, murah dan sangat berkesan!
Jom ikut langkah dibawah ini.
Bahan Bahan:
Aluminium Foil
Kain / Sarung seterika
Stapler / Double sided tape
* Saiznya bergantung pada papan seterika (ironing board) masing-masing.
Cara-Caranya:
1. Tetapkan Saiz Aluminium Foil
Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!
2. Balutkan Dengan Aluminium Foil
Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya. Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.
3. Sarungkan Dengan kain
Lepas dibalut dengan Aluminium Foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada. Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!
Itu saja langkahnya.
Siap!
Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja. Macam dalam gambar di bawah ini.
Ini perkongsian khas buat mak-mak yang teringin sangat pudarkan jeragat dalam masa yang singkat. Bagi wanita yang jenis kulit cerah, memang senang ‘diserang’ jeragat. Berjemur sekejap je di bawah cahaya matahari, jeragat mula bertebaran di muka.
Paling ketara di bahagian hidung dan pipi. Bila belek cermin bengang je sebab muka dah macam corak polka dot.
Bagi wanita yang jenis kulit cerah, memang senang ‘diserang’ jeragat. Berjemur sekejap je di bawah cahaya matahari, jeragat mula bertebaran di muka. Paling ketara di bahagian hidung dan pipi. Bila belek cermin bengang je sebab muka dah macam corak polka dot.
Masalah ini juga yang aku hadapi. Produk dah macam-macam cuba, tak juga menjadi. Buang duit, buang karan je. Sehinggalah suatu hari aku terbaca artikel kecantikan daripada bahan alami yang dikongsi oleh minah salih ni. Mula-mula ragu-ragu juga. Tapi bila tengok bahan yang dia guna senang je, aku pun gigih mencuba.
Memang tak sangka sangat, dalam masa tiga hari jeragat dan pudar. Aku buat petua ni secara konsisten sampai seminggu, memang hasilnya menakjubkan. Jeragat semakin pudar dari bintik hitam sekarang warnanya coklat dan kecil-kecil sahaja. Sampaikan adik aku dan kawan-kawan perasan perubahan pada wajah aku.
Jadi buat apa nak kedekut ilmu, perkara yang baik kita kongsikan. Buat wanita yang stres dengan jeragat, jom cuba petua ini.
Rupanya ada cara betul untuk jaga periuk dan kuali jenis material keluli tahan karat atau lebih dikenali ‘stainless steel’ ni. Barulah permukaannya tetap berkilat, tahan lama dan tak mudah rosak. Bukan main sebarang cuci je.
Boleh ikut tip untuk jaga periuk, kuali jenis Stainless Steel yang dikongsikan oleh Puan Angeline Tyy ini.
Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Saya menggunakan ceramic cooker. Periuk stainless steel tetap akan berubah warna kalau menggunakan suhu yang tinggi sebab periuk overheated walaupun tiada api dan asap.
Jangan Guna Cecair Kimia / Berasid
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Rendam Dengan Air Selepas Memasak
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
Guna Scotch Brite 3M Green Pad & Pes Detergen
Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yg basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada periuk jenis stainless steel ni kalau nak cuci dan pastikan ia bersih serta tetap berkilat ikut tip yang dikongsikan ini.