Memang mudah sebenarnya untuk membahagiakan kedua mak ayah lagi-lagi waktu raya, tapi anak-anak selalu terlepas pandang.Bila balik kampung, berkumpul satu keluarga, ada perkara-perkara yang jika anak-anak lakukan menambah kebahagiaan dan kegembiraan buat kedua orang tua kita sebenarnya.
Di Hari Raya Aidilfitri nanti, ada beberapa perkara yang boleh kita lalukan untuk bahagiakan orang tua kita. Perkara mudah yang selalu kita terlepas pandang.
1.Hormat Pandangan
Hormati pandangan mereka. Jika kita tak bersetuju, kita hanya perlu nyatakan pandangan kita. Tak usah kata pandangan mereka salah.
2. Beri Perhatian
Jika mereka ulang cerita yang pernah diceritakan dahulu, dengar dan beri perhatian seolah-olah kita pertama kali mendengar cerita itu.
3. Elak Pukul/Tengking Anak
Elakkan pukul atau tengking anak kita di hadapan mereka. Orang tua, hatinya sensitif. Mereka akan rasa terguris jika cucu mereka diperlakukan begitu.
4. Harmoni Adik Beradik/Ipar Duai
Beramah mesra dengan adik-beradik dan ipar-duai. Orang tua kita bahagia bila semua orang dalam keadaan harmoni dan muhibah.
5. Makan Serentak
Bila makan, ajak anak dan isteri makan sekali. Orang tua akan gembira kalau semua orang makan serentak. Nampak mesra dan meriah.
6. Elak Hadap Telefon
Elakkan menghadap telefon bila berada bersama mereka. Penuhi masa bersama dengan aktiviti yang memperbaharui jalinan kemesraan.
Ads
7. Santuni Jiran/Kenalan Mak Ayah
Santuni jiran dan kenalan orang tua kita. Kita adalah aset yang paling dibanggakan oleh orang tua kita. Dah besar hati mereka jika kita santuni kenalan mereka.
8. Jangan Longgok Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang anak tak usah dibiar berlonggok dalam bilik atau tandas. Sebelum kita balik raya, emak susah payah bersihkan bilik.
Mingguan Wanita:Ada benarnya, perkara-perkara sebegini nampak mudah, namun ramai yang sering terlepas pandang.Jika dilakukan mampu membahagiakan kedua mak ayah.
Bukan calang-calang semangat dan keberanian yang diperlukan apabila melibatkan diri dalam sukan ekstrem udara. Apatah lagi faktor usia bukanlah satu halangan untuk menyahut cabaran melakukan aktiviti ini.
Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan penerbangan aerobatik di udara.
Mengumpul Dana Untuk Badan Amal
Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder.
Diilhamkan oleh sebuah iklan bar coklat di televisyen, warga emas berkenaan mengambil bahagian dalam sukan ekstrem itu pada usia 87 tahun walaupun mengalami radang sendi pada lehernya.
“Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan sehinggalah anda mencuba.
“Saya berusia lewat 80-an ketika kali pertama mencuba aktiviti seumpama ini. Sebelum itu, aktiviti paling berbahaya yang pernah saya lakukan adalah menunggang kuda,” katanya.
Setakat ini, Bromage telah menyelesaikan lima cabaran berjalan di atas sayap pesawat, melintasi garisan zip terpantas dunia di Snowdonia dan melakukan aktiviti turun cenuram setinggi 49 meter di Menara Eagle, Cheltenham.
Mingguan Wanita: Fuh memang luarbiasa semangat dan keberanian nenek ini. Ternyata faktor usia bukanlah penghalang.Tahniah, berani mencabar kemampuan diri dengan menyertai sukan ekstrem udara.
Kalau mak-mak berhasrat nak buat lemang, tak perlu susah-susah lagi nak cari batang buluh dan jaga api ketika bakar lemang nanti. Bukan apa, bila bakar lemang, kalau tak pandai jaga api, silap-silap pulutnya boleh mentah atau hangus terbakar.
Mak-mak boleh cuba cara kreatif buat lemang ekspress menggunakan tin minuman aluminium dan hanya perlu dibakar dalam oven. Cara ini cukup mudah, sesuai buat mak-mak yang tinggal dibandar serat susah nak mendapatkan batang buluh dan tempat untuk membakar lemang.
Berikut perkongsian resipi ‘Lemang Alu’ yang dikongsikan oleh Puan Nor Shafidah Mohamad sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
3 Kilo Beras Pulut
2 Kilo santan
Garam secukup rasa
tin minuman
Daun Pisang
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Basuh beras pulut dan rendam dengan santan dan air.
2.Tambah garam secukup rasa dan biar pulut terendam dalam setengah jam.
3.Bersihkan daun pisang dan masukkan dalam tin minuman yang telah dibersihkan.
4.Seterusnya masukkan pulut dalam tin sampai paras yang dikehendaki.
5.Sambil masukkan santan sekali sama paras dengan pulut tadi.Jangan lebih nanti lembik.
6.Selepas itu bakar dalam oven selama 1 1/2 jam dengan suhu 180c.
Siap!
Info Ekstra!
1 kilogram pulut menggunakan 9 tin.
Potong sahaja tin untuk keluarkan lemang.
Ketika ini pelakon terkenal, Emma Maembong sedang jalani tempoh berpantang di rumahnya. Selepas melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu jam 2.38 pagi, di pusat perubatan di Shah Alam.
Emma bersalin kan bayi lelakinya itu secara normal dengan berat 3.2 kilogram. “Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar.”
Cerita Emma, “saya dimasukkan ke hospital sehari sebelum bersalin selepas beberapa kali mengalami kontraksi dan tak dapat menahan kesakitan.
Ketika membuat pemeriksaan doktor maklumkan ‘jalan untuk bersalin’ dah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang. Akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokan harinya.
Alhamdulillah, suami saya banyak memberi semangat dan ada di sisi saya sepanjang waktu.”
Kata Emma, yang bersyukur suaminya, Muhammad Shazli Azhar sentiasa ada di sebelahnya sepanjang dia melalui tempoh paling mendebarkan bagi seorang ibu yang bakal melahirkan.
Malah, suami emma turut berkongsikan berita gembira kelahiran putera sulung mereka di instagramnya. Dengan caption,
“Alhamdulillah.. 8.11.20 Allah is the greatest. Baby boy.” Beserta video yang memaparkan wajah anak lelaki mereka.
Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang Di Rumah
Menurut Emma lagi ketika ini dia sedang menjalani tempoh berpantang di rumah dengan bantuan seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang.
“Khidmat mereka membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.
Setakat ini semua berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi. Jadi, saya tak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tak selepas bersalin.”
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.
MW : Tahniah! Emma dan Shazli, buat Emma selamat menempuhi tempoh berpantang tenang dan membahagiakan. Semoga baby membesar sihat. Tak sabar nak tahu nama baby boy Emma ni.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...