Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada cecair Miss V atau vagina, perlulah berjumpa doktor dengan segera, untuk memastikan sama ada ia disebabkan oleh radang pelvis ataupun jangkitan biasa.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai, Sungai Petani, Kedah, Dr. Norhayati Bt Kassim menjelaskan radang pelvis adalah keadaan di mana berlakunya jangkitan kuman di bahagian pelvis (uterus, saluran falopio, ovari dan kawasan sekitarnya).
Kebiasaannya, kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah chlamydia trachomatis dan gonorrhoea. Selalunya kuman ini ditularkan secara hubungan seksual.
Radang Pelvis tidak semestinya disebabkan oleh penyakit hubungan jenis (STD) semata-mata.
Ia juga boleh terjadi kepada pesakit yang menggunakan IUCD sebagai kontraseptif, disebabkan jangkitan yang berlaku semasa kelahiran, keguguran ataupun sebarang prosedur atau pembedahan di bahagian pelvis.
Ia juga boleh terjadi di kalangan pesakit diabetes yang tidak terkawal gulanya.
Kebarangkalian Mendapat Radang Pelvis Meningkat Jika Anda:
-membuat hubungan seks tanpa kondom
-berusia di bawah 25 tahun, kerana chlamydia biasa menjangkiti mereka yang masih muda
-aktif dari segi seksual pada usia muda
-mempunyai pasangan seks baru
-mempunyai beberapa orang pasangan seks
-mempunyai sejarah mengalami jangkitan kelamin, atau suami anda mempunyainya.
Simptom-Simptom Radang Pelvis
Biasanya pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti :
-sakit di bahagian ari-ari ataupun bahagian bawah abdomen,
-sakit semasa membuang air kecil atau pun sakit semasa bersama suami
-berserta keputihan yang banyak dan berwarna kuning kehijauan dan berbau dari vagina
–diikuti dengan demam panas yang tinggi
-sakit pinggang belakang.
Apakah Komplikasi-Komplikasinya Terhadap Faktor Kesuburan Wanita?
Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina kerana statistik menunjukkan faktor lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama.
Bagi wanita, ketidaksuburan disebabkan sistem peranakan bermasalah seperti ovari tidak menghasilkan ovum ketika ovulasi disebabkan pelbagai punca.
Antara puncanya, masalah ovari seperti menopaus awal, menghidap penyakit sindrom ovari Polisistik (PCOS), sakit kronik berpanjangan seperti diabetes, kanser atau kegagalan buah pinggang, kesan sampingan ubatan seperti kemoterapi atau pengambilan dadah, masalah genetik dan kemungkinan masalah radang pelvis.
Masalah radang pelvis ini selalunya menyebabkan keadaan di mana berlakunya pelekatan yang teruk di bahagian organ peranakan wanita dan risiko kecederaan ovari dan tiub falopio semasa proses mengeluarkan nanah atau abses semasa pembedahan.
Keadaan ini akan menyebabkan kesuburan wanita terjejas selepas pesakit sembuh dari jangkitan ini. Satu daripada lapan pesakit selalunya mengalami masalah kesuburan. Jika PID anda ringan dan cepat dirawat, kebarangkalian untuk anda hamil adalah tinggi. Satu episod PID tidak berkemungkinan menjejaskan kesuburan anda.
Jika anda menghidap PID yang teruk atau tidak dirawat, kebarangkalian tiub anda tersumbat adalah tinggi. Episod PID yang berulang meningkatkan risiko anda tidak dapat hamil. Kerosakan pada tiub falopio yang diakibatkan oleh PID juga meningkatkan risiko kehamilan luar rahim.
Pencegahan & Langkah-Langkah Awal Bagi Mengelakkan Radang Pelvis
-Mengamalkan gaya hidup sihat,
-Elakkan hubungan kelamin secara bebas, ataupun hubungan seksual secara selamat dengan menggunakan kondom,
-Elakkan bertukar-tukar pasangan, dan yang paling penting menjaga kesihatan luar dan dalam.
-Elakkan penggunaan ‘douching’ kerana ini akan mengganggu keseimbangan pH dan normal flora di dalam vagina.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada kenyataan menyebut, ‘Isteri yang memegang handpone suami sebenarnya lebih menyeramkan daripada isteri yang memegang senjata‘. Suami ada yang setuju, terutama yang memang jenis letak password di handpone sendiri. Terdapat juga suami yang tak setuju langsung, sebab mereka boleh sama-sama kongsi handpone dengan isteri.
Beruntunglah isteri yang ada suami boleh berkongsi apa saja dengan mereka. Yang jenis sikit-sikit nak rahsia ni kadangkala boleh buat isteri jadi curiga. Walhal kalau bab kewangan tahu pulak suami nak kongsi sama-sama.
Kita yang jadi isteri ini selalu ditafsirkan tak faham suami. Bagi yang tak berapa nak faham perangai suami yang satu ini, ini penjelasannya. Alasan kenapa sesetengah suami takut benar isterinya belek handpone sendiri. Kadang paranoid sampai letak password dekat handpone mereka.
5 Sebab Suami Letak Password Dekat Handphone
1. Sebab Data Rupanya
Untuk keselamatan menjaga data yang penting daripada tersilap tekan dan sebagainya, sebab handphoe sekarang bukan sekadar telefon semata.
2. Privasi Suami
Untuk privasi, kadangkala dirasakan bukan semua perkara perlu dilihat atau diketahui oleh semua orang. Bagi isteri atau suami, tidak mengetahui sesuatu perkara itu kadangkala lebih baik.
3. Elak Salah Faham
Untuk mengelakkan silap faham yang mungkin mudah timbul pada pihak isteri. Boleh jadi traumatik dengan sikap isteri yang mudah cemburu buta sebelumnya.
4. Tutup Rahsia
Untuk menutup rahsia hubungan dengan wanita lain, sama ada hubungan persahabatan serius ataupun gurau senda yang ditakuti akan timbulkan kekecohan.
5. Kejutan Untuk Isteri
Barangkali juga mahu beri sesuatu kejutan untuk isterinya, atau menyembunyikan sesuatu yang baik tetapi sukar dijelaskan kepada isterinya atau lain-lain alasan.
WAJIB BACA KESIMPULAN INI
Apapun, handphone suami yang ada password bukanlah sesuatu yang perlu diprasangka dan disalah tafsirkan. Sebagai isteri, password handphone bukan alasan untuk curiga atau menuduh suami curang dan tidak memerlukan apa-apa siasatan selagi tiada alasan yang jelas.
Walau apa pun, sebaiknya suami KONGSIKAN PASSWORD supaya tidak timbul curiga.
Sumber : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Associate Professor at Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percayalah… kalau perempuan keguguran tidak dijaga dan dirawat dengan sempurna selepas bersalin, maka rahimnya akan sentiasa berada di dalam keadaan lemah.
Tetapi kalau anda merupakan salah seorang daripada ibu yang keguguran dan terpaksa bekerja selepas sebulan, ikuti perkongsian oleh Puan Siti Aishah ini, cara berpantang yang boleh dilakukan ketika di pejabat…
1. Pastikan anda sentiasa berpeluh
Jika tempat kerja berhawa dingin, anda perlu memakai baju lengan panjang tebal lengkap berstokin. Ingat. Angin bisa mampu masuk ke badan wanita melalui ubun-ubun dan ibu jari kak selepas bersalin. Pengabaian amalan ini membuatkan ibu mudah diserang angin sejuk sepanjang masa. Badan mudah lenguh lenguh dan kerap sakit pada bahagian anggota seperti pinggang, lutut dan tumit.
2. Elakkan angkat barang berat
Seboleh-bolehnya 2 bulan selepas keguguran. Amalan angkat benda berat ketika pantang keguguran mengakibatkan rahim menjadi lebih lemah. Peranakan ibu mudah jatuh lalu mengakibatkan ibu mudah ssakit pinggang dan lebih merisaukan, potensi untuj keguguran berulang.
3. Amalan herba untuk kuatkan organ peranakan
Meskipun anda tidak bersalin, keguguran menunjukkan rahim anda bermasalah. Amalan herba yang sesuai dapat merawat luka selepas D&C, memantapkan otot sekeliling faraj dan menyihatkan rahim. Mengabaikan amalan herba selepas keguguran mengundang 1001 penyakit badan dan emosi. Meroyan juga mudah menghinggap ibu yang tidak berubat herba selepas keguguran.
4. Elakkan berjalan dan berdiri dalam tempoh yang lama
Banyakkan duduk, ia adalah amalan yg sangat menjaga rahim agar mudah sembuh untuk mengelakkan keguguran berulang.
5. Pantang makan sehingga kembali hamil
Kalau nak cepat sihat, nak mudah hamil kembali, nak elakkan keguguran berulang pantang segala buah sayur yang sejuk dan berangin. Ikan- ikan berbisa dan ayam berhormon sehingga anda hamil kembali.
Buat wanita yang keguguran berulang, saya cadangkan anda ambillah cuti untuk berpantang dan berehat secukupnya sehingga 44 hari agar rahim anda mampu kembali sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saya masih ingat lagi pertemuan dengan seorang datin ni. Walaupun usianya dah 50-an tapi aset beliau memang mantap. Elok terletak, kita yang muda plak termalu sendiri. Pandai datin ni jaga asetnya.
Dah namanya perempuan, mestilah saya korek rahsia kecantikan datin tu. Mengekek datin ketawa bila saya tanya tip mantapkan aset. Katanya, dari muda dia memang amalkan petua orang tua. Maaflah beliau segan nak berkongsi nama sebenar dan gambar. Jom hadam perkongsian datin ni.
Petua Jaga Aset
Bahan-bahan
2 cawan kacang hijau
Cara buat:
1-Mula-mula rendam kacang hijau semalaman dalam air putih. Tutuplah bekas tu na, takut nanti lipas masuk. Ni untuk menjamin kebersihan masker juga.
2.Keesokannya, rebus kacang hingga lembut atau sampai kacang tu pecah.
- Biarkan seketika sehingga kacang suam. Lenyek bagi hancur kemudian tempekkan pada seluruh payudara kecuali bahagian puting.
4.Biarkan sehingga masker ini kering. Selepas itu, cuci dengan air suam. Hasilnya payudara akan kembali tegang dan menarik.
5.Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Petua ini diamalkan oleh keluarga datin, patut semua adik beradik dia cantik-cantik dan mantap. Memang menjadi. Kalau nak hasil yang best, memang kena rajin dan konsisten.
Baca sini
https://www.mingguanwanita.my/lulur-kunyit-hidup-petua-bidan-orang-asli-hilangkan-lemah-badan/
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Khasiat Kacang Hijau
1-Kacang hijau kaya dengan kalsium, zat besi, zink, kalium, fosfor, vitamin A, B, C, E dan K serta folat.
2-Ia dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kulit kasar dan menghilangkan daki pada tubuh di samping menghaluskan kulit.
3-Selain itu, kacang hijau juga dikatakan mampu menegangkan kembali payudara yang kendur.
4- Khasiat lain kacang hijau ialah menjaga kesihatan rambut dan kuku.Kandungan protein dalam kacang hijau membantu rambut sihat dan bersinar, kuku juga menjadi cantik.
5-Selain itu, manfaat kacang hijau juga membantu meremajakan kulit. Kandungan phytoestrogen dalam kacang hijau memproduksi kolagen dan menjaga kulit agar anjal, lembut dan melambatkan penuaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI