Selain Raja Azura, pemilihan Naufal Hatta dan Nurul Syuhada Nurul Ain ternyata menjawab teka teki penonton setia serta melengkapkan tiga gerangan hos baru yang terpilih mengendalikan program kesayangan ramai ini.
Malah buat pertama kalinya juga Naufal Hatta dan Nurul Syuhada digandingkan sebagai hos baru Mingguan Wanita Talkshow musim ketiga yang bersiaran pada 19 Februari baru-baru ini.
Naufal dan Nurul akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mengendalikan bagi mengendalikan segmen kisah masyarakat, motivasi, inspirasi dan kerohanian yang boleh ditonton di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 jam 12 tengahari hingga 1 petang.
Pemilik nama sebenar Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 29 Naufal rasa bersyukur dan berkongsi perasaan dirinya terpilih menjadi salah seorang hos terbaru Mingguan Wanita.
“Peluang ini bukan datang untuk semua orang. Jadi saya sebenarnya sangat bersyukur dan sampai sekarang pun masih bersyukur lagi ke hadrat Ilahi dapat peluang ini, sebab peluang ini tak datang untuk semua orang. Terima kasih kepada team Mingguan Wanita kerana sudi bagi peluang kepada saya,” ujar Naufal.
Teruja Jadi Hos Baharu Mingguan Wanita
Bagi Naufal yang pernah menjadi hos program Assalamualaikum di TV Al-Hijrah, berpeluang mengendalikan program bual bicara Mingguan Wanita ternyata begitu dekat di hatinya. Baginya topik-topik mengenai wanita cukup relevan dan berkaitan dengan kehidupan, malah cukup teruja terpilih mengendalikan rancangan ini.
“Sebenarnya walaupun Mingguan Wanita dan saya lelaki, sebenarnya bagi saya wanita adalah induk kepada kehidupan. Topiknya sebenarnya bila cerita pasal wanita, pasti akan berkaitan. Jadi saya sendiri suka sebenarnya topik-topik sebegini.”
“Kerana bagi saya, adik beradik perempuan saya pun 6 orang dan sebagainya. Nak memahami wanita satu, masalah-masalah wanita sendiri sebenarnya berkait rapat dengan kekeluargaan, masyarakat dan sebagainya.Jadi saya kena ‘study’ banyak sikit. Tapi apa-apa pun saya teruja untuk nak teruskan sebagai hos Mingguan Wanita musim baru ni,”jelasnya.
Cari ‘Chemistry’ Dengan Nurul Syuhada
Pertama kali bekerjasama dengan Nurul Syuhada pasti banyak yang perlu dipelajari untuk memantapkan lagi rancangan ini. Bagi Naufal dari segi karakter, gandingan dirinya dengan Nurul Syuhada agak serasi, namun masih perlu masa mencari keseimbangan dan keselarasan bersama dalam mengendalikan Mingguan Wanita nanti.
“Saya akan ke udara di Mingguan Wanita pada hari Rabu, bersama dengan Nurul Syuhada Nurul Ain, seperti biasa jam 12 tengahari hingga 1 tengahari dan topik kita adalah bertema Motivasi dan Inspirasi,”
“Nurul Syuhada Nurul Ain, saya nampak dia jenis yang happy go lucky, mudah bicara dan sebagainya.Jadi saya kena lah dengan saya, sebab saya jenis tak duduk diam. Jadi saya rasa serasi tu dah ada cuma mungkin nak cari chemistry antara kami. Sebab kita bila duduk depan tv kita kena ada ‘synchronize’ yang betul, tak boleh berebut.Tapi Insya Allah masa demi masa akan dapat juga keserasian itu.”
“Kepada penonton Mingguan Wanita saya sendiri berbesar hati untuk berada dalam team ini.Kita akan bawa banyak lagi content-content menarik untuk musim baharu ini, dan saya sendiri teruja untuk bawakan yang terbaik untuk anda semua penonton di rumah. Jadi terus jadi penonton setia kepada Mingguan Wanita,” kata Naufal.
Mingguan Wanita Talkshow yang kini telah memasuki Musim Ketiga, masih mengekekalkan waktu siaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengahari hingga 1 petang. Serta format asal iaitu mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, kisah rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan.
Musim ketiga ini juga turut menambah pengisian elemen baru bagi menambah baik lagi kandungan format asal agar kekal relevan, segar dan menarik untuk ditonton masyarakat masa kini.Malah masih mengekalkan mengekalkan pengacara musim kedua, Norman Hakim dan Erra Fazira untuk musim baru ini.
Baca Lagi Disini:
9 Tahun Tak Muncul Di Kaca TV, Raja Azura ‘Lepas Geram’
“Walaupun Kali Kedua Menjadi Hos, Debaran Tetap Sama.”- Nurul Syuhada
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI