Memang ada benarnya setiap orang mempunyai minat yang berbeza untuk nikmati kepuasan hidup mahupun beri hadiah untuk diri sendiri. Semuanya memiliki impian yang tak sama. Jika mempunyai sejumlah wang yang ada mungkin ada yang digunakan untuk membeli beg tangan, pelaburan saham, emas berlian, periuk mahal mahupun sekadar simpanan dalam bank. Semuanya bergantung pada minat dan keinginan kita.
Tiada yang paling betul mahupun salah, apa yang penting raikan sahaja setiap perbezaan tersebut. Hadamkan betul-betul perkongsian daripada Cikgu Fadli Salleh ni
Aku tulis ada periuk harga RM4000. Terus ada komen,
“Kalau saya ada RM4000 saya tak beli periuk. Saya beli emas”.
“Kalau saya ada RM4000 saya simpan unit trust”.
Kawan-kawan. Begini. Cara kita nikmati kepuasan hidup tak sama. Cara kita memberi hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.
Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yang memberi kepuasan pada dia.
Contohnya periuk harga mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, jadi memasak dengan senyuman memanjang.
Ads
Sama juga dengan orang yang sangat minat travel. Ada duit lebih, terus pergi travel. Dia tak kalut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas.
Bagi dia, travel itu bahagia. Biar tiada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup singkat, dia nak nikmati dunia kiriman Tuhan ini seberapa banyak dia mampu.
Apakah dia salah? Pada aku tidak.
Apakah peminat periuk itu salah? Pun tidak.
Apakah yang suka membeli emas itu salah? Tidak juga.
Ads
Apakah yang suka beli rumah, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.
Bahagia Setiap Orang Berbeza
Semua betul dengan cara yang tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang mampu mengukur unit kebahagiaan kerana bahagia orang ini berbeza!
Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia sahaja. Dia suka emas, dia salahkan kaki travel tak simpan emas. Dia suka beli rumah, dia marah orang suka beli periuk mahal tak beli rumah.
Haa, itu yang salah.
Kita tak sama. Emosi dan pemikiran juga tak sama. Apa target yang kita nak pun tak sama.
Ads
Tidak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut.
Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang setuju dengan apa yang dikongsikan. Setiap orang tak sama dan mempunyai minat serta kepuasan untuk diri sendiri dengan cara berbeza. Hormati sahaja setiap keputusan, raikan minat orang lain jika sekalipun minat kita tak sama.
Nikah sembunyi di Thailand, kesilapan ayah akhirnya anak perempuan terkahwin abang sendiri.
Kesilapan seorang ayah nyata membawa kesan berpanjangan dalam hidup seorang anak apabila terkahwin abang sendiri. Ia dikongsikan oleh seorang peguam, Fahmi Ramli yang mahu ramai sedar, risiko nikah di Thailand.
Baca perkongsiannya. Dulu ada seorang wanita pernah bertanya pada saya, isunya agak complicated. Katanya, nak jumpa depan-depan, jadi saya pun ajak la private meeting di Starbuck Cafe sekitar Pulau Pinang.
Semasa bertemu dengan wanita tersebut, dia meminta untuk berada di satu sudut yang tersembunyi sikit. Saya agak, mesti cerita yang nak dikongsikan ini mesti banyak punyalah air mata.
Dah agak. Berambu air mata wanita ini. Baru saja mula 7 minit, wanita ini sudah menangis tersedu-sedu. Saya mintak dia habiskan dahulu tangisan itu.
Nikah Sembunyi Di Thailand
Wanita ini dengan tenang menceritakan kemudian, dahulu bercinta dengan lelaki yang dikenali di universiti. 3 tahun bercinta, jadi sudah plan untuk berkahwin selepas grad.
Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun.
Selepas grad, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya. Pernikahan berjalan dengan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Selepas 2 tahun pernikahan itu, sewaktu wanita ini bersembang kosong dengan ibu mertuanya, terungkitlah kisah yang dia dulu ada berkahwin dengan ayah kepada suaminya tersebut di Sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa. Hinggalah selepas anak mereka dilahirkan iaitu suami wanita ini sekarang, suaminya menceraikannya.
Dan kemudian, tidak pernah ambil peduli tentang mereka berdua, dan ibu mertuanya ini pun tak pernah terfikir untuk membuat pengesahan nikah.
Keinginan wanita ini untuk melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana.
Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut.
Terkedu lidah. Bahkan nombor kad pengenalan juga passport sama. Dia tekad untuk soal, bagaimana ciri-ciri ayah mertuanya itu?
Orangnya tinggi, kulit hitam manis, rambutnya lurus. Dulu, dia ajak ibu mertuanya nikah di Siam kerana tidak dapat restu. Bahkan, katanya dia tidak ada sesiapa, duda katanya.
Apabila ditunjukkan gambar almarhum ayah mertua yang terselit dicelah fail sijil nikah tersebut, terkejut beruk wanita itu.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah… menjerit dia dan berlari dia keluar rumah dan terus pandu keretanya pulang ke rumah keluarganya.
Kesilapan Ayah Akhirnya Anak Perempuan Terkahwin Abang Sendiri
Menangis sepanjang perjalanan. Tiba di rumah ibunya, terus dia ceritakan segalanya.
Suami wanita ini tiba lebih kurang satu jam selepas balik daripada tempat kerja secara kecemasan. Bimbang apa-apa berlaku kepada isterinya.
Selepas diceritakan segalanya, biru pucat suaminya tersebut. Menangis air mata mengalir tak henti.
Inilah tujuan dia berjumpa saya, untuk ceritakan kisah ini.
Apa kesan kepada pernikahan mereka?
Pertamanya si ibu mertua itu perlu membuat pengesahan nikah yang sepatutnya dibuat lama dahulu. Jika sememangnya sah nikah mereka, besar kemungkinan suami kepada wanita ini sememangnya anak sah taraf kepada ibu mertua dan bapa mertua atau bapanya sendiri.
Hubungan mereka boleh dianggap sebagai saudara sebapa, tapi berlainan ibu. Haram bernikah dengan saudara sebapa kerana dia juga adalah darah daging dari keturunan yang sama.
Pernikahan mereka ini perlu di FARAQ kan. Maksudnya, perlu memfailkan segera permohonan Faraq nikah di Mahkamah Rendah Syariah atas sebab pernikahan tak sah tersebut.
Apa status anak mereka?
Anak kepada hasil perkahwinan wanita ini, boleh dianggap sebagai anak persetubuhan syubhah. Disebabkan ibu dan bapa tersebut tidak mengetahui yang mereka adalah saudara, maka anak tersebut perlu dibuat Permohonan Pengesahan Nasab selepas perkahwinan mereka difaraqkan.
Anak tersebut boleh terima nafkah daripada bapanya, boleh mewarisi dan boleh diwalikan oleh bapanya.
Kesimpulan,
Janganlah senyap dan sembunyi. Kalau dah bernikah secara senyap, inilah kesan yang paling besar. Kasihan kepada anak cucu yang tidak bersalah.
Sebab itu, kita perlu menentang sekeras-kerasnya lelaki yang nak poligami secara senyap-senyap di Thailand. Ini punca kepada banyak masalah rumahtangga.
Wanita pula, beringat! Jangan mudah sangat termakan pujuk rayu jantan sebegini.
Apa kata anda? Kasihan kan?
Jika anda suka perkongsian saya dan ingin membaca penulisan-penulisan saya yang lain, jemput ke https://t.me/fahmiramliofficial
Saya selalu menulis dan berkongsi dengan isu rumahtangga, hak-hak wanita dalam Islam dan Undang-undang.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini pelawak Atu Zero telah rebah tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam .
Menurut isterinya Shafeeqa Johari, Atu alami strok haba berikutan cuaca yang panas. Malah suaminya juga diminta berehat sepenuhnya buat masa ini.
Isteri Atu Zero Terangkan Suami Kena Strok Haba
Sewaktu kejadian Shafeeqa menerangkan Atu tiba-tiba pitam dan rebah di hadapannya.
“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat Isyak, dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya.
“Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda sekarang.
“Doktor juga menyatakan strok haba berbahaya dan mampu membuatkan badan lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Malah, Atu pun ada juga mengadu tidak dapat merasa separuh tangannya sebelum ini,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Kena Berehat Sekurang-Kurangnya Tiga Hari Sebelum Boleh Bekerja
Bukan itu saja malah Atu dinasihatkan berehat lebih kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula.
“Doktor sudah memasukkan air sebanyak dua botol ke dalam badannya. Kemungkinan besar, hari ini juga dia akan dibenarkan keluar dari wad.
“Namun begitu, dia perlu berehat paling kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula. Atu memang sentiasa terfikir komitmen kerjanya yang tertangguh, namun buat masa ini dia kena lupakan seketika,” ungkapnya.
“Alhamdulillah, Terima Kasih Yang Mendoakan Saya”
Terbaru menerusi entri di Instagramnya, Atu mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
“Salam semua. Alhamdulilah. Terima kasih semua,kepada semua saudara2 yang mendoakan saya semoga menjadi asbab kebaikan semua dapat Rahmat dan kasih daripada Allah S.W.T Amin. Terima kasih biniku juga @shafeeqajohari,” tulisnya.
Sebelum itu, isteriny Shafeeqa telah memuat naik entri di laman Instagram dan memberitahu tentang keadaan Atu yang kecundang kerana kurang rehat.
“Kecundang jua hero kami…. bukan Covid ya… rehydrate, kepenatan, keletihan… slalu nya kami yg sakit, dia yg gagah… x pernah ak lihat dia di atas katil hospital…. time nk cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wuduk kah kalau cucuk masuk air ni … boleh b… pedih pon sikit je lah. Kita tayamum… doakan hero kami sehat cepat,” luahnya.
“Salam subuh…. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Tak apa b, jangan risau… ada lagi rezeki lain… Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki. Sayu tgk muka suami… syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius… kalau sakit jangan biarkan lama-lama… terus lah pergi hospital… Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak kan kita ni risau… Atu ni rajin… tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu… tak boleh nak buat apa-apa terus,” tulisnya.
“Terbuai, berombak. Takut, tuhan saja tahu. Semua berlari keluar. Cari tempat selamat” PU Amin rasai gegaran kedua gempa bumi. Innalillah semalam Turkiye sekali lagi alami gempa bumi kuat berskala 6.1 magnitud pada jam 1.04 pagi. Moga rahmat Allah sentiasa di bumi Turkiye.
Pendakwah bebas yang juga pemilik nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 31 yang ketika itu berada di tempat kejadian akui pengalaman yang dirasai paling menakutkan dalam hidup.
“Terbuai, Berombak. Takut, Tuhan Saja Tahu”
Pu Amin dan pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Iman Care telah berdepan dengan pengalaman menakutkan ketika menjayakan Misi Bantuan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.
Menerusi akaun Instagramnya, PU Amin merasai pengalaman tersebut ketika meninjau runtuhan di Gaziantep yang juga lokasi gempa bumi terbesar dalam sejarah.
“Update (perkembangan terkini) semasa buat semua yang bertanya. Tak sangka gegaran ini kembali lagi. Rasa terbuai, rasa berombak. Itulah situasinya.
“Dapat rasa pengalaman gegaran gempa bumi. Rasa takut tu Tuhan je tahu. Semua berlari keluar. Cari tempat selamat,” tulisnya.
“Moga Allah Lindungi Kita Semua”
Menerusi perkongsiannya yang sama, PU Amin memohon doa semua agar dilindungi Allah.
“Team (pasukan) kami sempat selamatkan diri. Moga Allah lindungi kita semua.
“Mohon doa semua agar kejadian ini tak berulang lagi dan semoga Misi Gempa Bumi Iman Care ini berjaya. Pada Allah kita berserah,” tulisnya lagi.
“Tawakal Hanya Pada Allah… Semoga Dipermudahkan Urusan Ustaz dan team” Warganet
Menerusi ruangan komen rakan artis dan juga warganet mendoakan yang terbaik buat PU Amin dan team.
Menyantuni Mangsa Gempa Bumi
PU Amin turut menjalankan misi kemanusiaan di sana. Malah sering berkongsi aktivitinya dan mendoakan agar anak-anak mangsa gempa bumi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
“Seronok nya dia dapat kasut baru. Kini jiwa nya penuh kesedihan.
“Trauma melanda hidup mereka. Tapi tetap kuat. Moga Syurga buat ahli keluarga mereka yang terkorban. Terima kasih Malaysia. @imancare2.0” luah PU Amin.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...