Merungut bukan tanda tak redha, itulah tandanya kita manusia biasa bila berdepan ujian dari Allah SWT. Biasalah setiap kali berdepan dugaan, pasti keluar dari mulut rasa kecewa, sedih.
Hanya sekadar luahan kerana mak,ayah juga manusia biasa yang tidak lari diuji. Namun ia tak bererti mak,ayah tak redha tetapi perlukan masa untuk hadap situasi yang berlaku.
Seperti mana dalam mendidik anak-anak, ada masanya emosi mak, ayah turun naik apatah lagi orang sekeliling seakan tidak memahami. Bersabarlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Merungut Bukan Tanda Tak Redha
Kongsi Mohd Fhais Salim, ada orang ujiannya anak terlalu lasak, tak dapat nak relaks langsung. Aduh..
Kemudian, ada orang ujiannya anak terlalu nakal, selalu buat jantung kita tercabut.
Ada orang ujiannya anak lambat belajar, puas ajar lambat sungguh dia pickup.
Kemudian, ada orang ujiannya anak degil benar, berbuih cakap satu pun dia tak nak dengar.
Ada orang ujiannya anak keras kepala, kuat melawan cakap kita sentiasa.
Selebihnya, ada orang ujiannya anak kasar sangat, suka pukul orang dan sakat adik-beradik.
Ada orang ujiannya anak terlalu sensetif, sikit pun tak boleh tegur meleleh air mata.
Dan ada orang ujiannya anak terlalu strong will, sekali dia cakap nak dia nak juga, tak dapat berguling dia dekat situ juga.
Ada orang ujiannya mengurus anak seorang diri setiap hari setiap masa, tanpa bantuan. hmm..
Serta ada orang ujiannya berkorban kerjaya, pangkat dan pendapatan demi menjaga anak sepenuh masa.
Walau apa pun ujian kita,
– mengenang
– mengeluh
– merungut
– menangis
– meratap
– merintih
Itu sudah pasti.
Ads
Walau tidak diluahkan pada sesiapa tapi percayalah dalam hati pasti ada terdetik.
Bila Berdepan Ujian
Tak salah pun. Mengeluh bukan tanda lemah, merungut bukan tanda tak redha.
Sebaliknya itu la tanda kita HANYA MANUSIA biasa yang tak boleh lari dari rasa kecewa dan rasa terkilan bila berhadapan dengan ujian.
Lain orang lain ujiannya. Tak ada orang yang “mampu” terlepas dari ujian.
Fahamilah mereka yang diuji, dan selalu fikir begini.
“Ujian mereka begitu, ujian kita belum tentu lagi”
Entah-entah ujian kita nanti jauh maha dahsyat dari ujian mereka ini. Allahuakbar…
Ads
Mingguan Wanita : Setiap mak,ayah berbeza ujian hidupnya. Bersabarlah setiap kali diuji. Rasa kecewa dan sedih itu biasa kerana kita bukan manusia sempurna yang hanya mampu tersenyum setiap kali dugaan mendatang.
Kalau nampak isteri hebat, suami jangan pula cepat mengelabah atau merasa rendah diri. Kehebatan isteri itu mungkin kerana sokongan suami yang selama ini tidak berbelah bagi. Malah, sebagai seorang suami patut bangga mempunyai isteri yang hebat.
Namun begitu, isteri janganlah lupa tentang pengorbanan suami yang menyokong selama ini. Sekurang-kurangnya, bila isteri rasa patah semangat, suamilah yang menjadi pendorong utama. Tidak kiralah isteri itu hebat dalam perniagaan, kerjaya dan sebagainya.
Sebagai seorang suami berilah sokongan pada isteri apabila dia ingin memulakan sesuatu bisnes atau apa jua bidang kerjaya. Jangan perli atau patahkan semangatnya. Isteri perlukan semangat dan sokongan daripada orang terdekat dan bukannya perlian.
Kena ingat, isteri hebat kerana ingin membantu suami dan rumah tangga
Apa pun, isteri atau suami hebat semuanya adalah berkat daripada hidup berkeluarga. Suami yang baik dan bertanggungjawab adalah suami yang mahu isteri dan anak-anaknya hidup sempurna.
Perkongsian daripada Syamsul Fiitri boleh membuka mata suami isteri tentang pengorbanan isteri dan suami patut berbangga dengan kehebatan isteri.
Hidup dengan isteri ni sama saja macam main game.
Kena ada ‘team effort’ baru boleh menang.
Saya suka anggap diri ini macam tanker.
Dekat depan kita lah yang buka jalan.
Di belakang pula kita bagi sokongan.
Semua untuk bagi anak dan isteri hidup dengan sempurna.
Waktu awal perkahwinan dulu memang tak ada pengalaman hidup berkongsi.
Tak sama waktu duduk hostel dengan kawan-kawan dulu!
Hendak cari rezeki saya kena berani mencuba.
Terjun bidang niaga alhamdullilah boleh sara mereka.
Bila perniagaan dah mula stabil saya ajarkan pada isteri.
Niat saya agar dia tidak perlu bergantung hidup pada sesiapa andai saya tiada nanti.
Awalnya beliau agak kekok tapi sekarang semangat lain macam pula!
Cara dia niaga sekarang pun lebih hebat dari saya.
Tak perlu risau isteri hebat dari kita kalau betul acuan eloklah perginya.
Bila isteri sibuk dan penat niaga kita bantulah dengan senangkan hati mereka.
Ikhlaskan Hati
Tak susah mana pun setakat puji mereka. Belikan sarapan dan kemaskan katil tu apa lah sangat. Cuci pinggan dan gelas minuman sendiri senang saja. Bila ikhlaskan hati, kita tak rasa rugi bantu mereka. Tunjukkan mereka sayang kita tiada gantinya!
Layan isteri biar sentiasa gembira. Ajar mereka biar tahu segala. Beri mereka peluang dan masa. Kita juga ada kurang dan cacat cela.
Hebat isteri kita banggalah dengan mereka. Kita suami insan paling dekat dengan dia. Ada kurang pada isteri kita lah yang lengkapkan mereka. Tiada orang dilahir sempurna segala.
MW: Isteri jadi hebat pun sebab ada suami yang menyokong dari belakang. Itulah yang melengkapkan hidup pasangan suami isteri.
Jodoh, ajal,maut semuanya ketentuan Tuhan. Bagi suami isteri, andai ajal memisahkan di dunia, jika boleh ingin bersama-sama menemui sang pencipta abadi.Muda bersama hingga meniti usia senja, sehidup semati hingga ke akhir hayat.
64 tahun hidup bersama melayari rumahtangga, takdir pasangan suami isteri warga emas ini apabila menemui ajal hanya selang 15 jam.
Kasih Hingga Hujung Nyawa
Kasih seorang lelaki terhadap isterinya dibawa sampai hujung nyawa apabila dia meninggal dunia 15 jam selepas wanita yang amat dikasihinya itu pergi buat selama-lamanya akibat barah usus kelmarin.
Wan Zainun Wan Chik, 84, meninggal dunia pada pukul 6.48 pagi, manakala suaminya, Wan Yahya Wan Husein, 87, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 15 jam kemudian iaitu pada pukul 9.40 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Wan Zainun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, manakala suaminya meninggal dunia di rumahnya di Taman Dato’ Abdul Rahman, Kuala Berang di sini.
Tahap Kesihatan Merosot
Anak sulung pasangan itu, Wan Rahimah, 63, memberitahu, tahap kesihatan kedua-dua orang tuanya mula merosot pada bulan lalu.
Katanya, bapanya mengalami masalah paru-paru pada 15 Oktober lalu sebelum ibunya dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap barah usus tahap akhir lima hari kemudian.
“Ayah amat sugul dan bagaikan hilang separuh nyawa selepas emak dimasukkan ke hospital. Hubungan mereka memang sangat rapat seperti belangkas.
“Dua hari lalu (Isnin), kami adik-beradik bawa ayah jumpa emak. Dalam pertemuan terakhir hampir sejam itu, ayah pegang erat tangan dan renung wajah emak dalam-dalam sambil menangis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Tambahnya, air mata lelaki itu sekali lagi tumpah apabila ibunya disahkan meninggal dunia pagi kelmarin.
Hadir Pengebumian Isteri
Menurut Wan Rahimah, walaupun uzur, bapanya yang turut mengalami gangguan saraf menguatkan semangat untuk hadir pada upacara pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Berang di sini pada pukul 3 petang.
“Kami adik-beradik tidak menyangka kehilangan bapa selepas ibu meninggal dunia.
“Jenazah ayah selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama pada pukul 9 pagi tadi (semalam). Walaupun masih terkejut kehilangan ibu bapa pada hari sama, kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Wan Rahimah berkata, ibu bapanya ialah pasangan yang romantik dan tidak pernah sekali pun bergaduh besar.
“Mereka selalu membuat keputusan bersama sepanjang 64 tahun berkahwin,” katanya.
Wan Rahimah berkata, ibu bapanya membesarkan mereka lima beradik sebagai peniaga kedai runcit dan rempah ratus sejak tahun 1970-an sebelum perniagaan itu diwarisinya pada tahun 2008.
Biasanya Anemia atau lebih dikenali sebagai penyakit kurang sering dialami wanita dan remaja perempuan. Kaum ini lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.
Masalah anemia sering dilihat sebagai penyakit ringan tapi sebenarnya tak dipandang remeh sebab berpotensi menjejaskan sistem imun. Jadi apa pula kesan pada si bayi? Haaa… ini yang doktor Taufiq Razif dah kupaskan, mohon kaum mak-mak baca sampai habis.
Kesan Anemia Pada Bayi
Ya Allah. Rupanya ramai lagi yang pandang sebelah mata je penyakit ‘kurang darah’ ( anemia ) masa tengah hamil. Ada yang sanggup taknak makan ubat yang doktor bagi. Jangan camtu wahai ibu-ibu semua.
Kalau doktor dah bagi ubat tambah darah Iberet ataupun Obimin tu makan je la ye. Mungkin kadang-kadang timbul rasa tak selesa di perut, cirit birit dan loya bagi sesetengah orang tapi demi bayi kat dalam perut tu tolong la tahan kejap.
Kesian bayi kat dalam perut ni. Tahu tak apa boleh jadi pada si comel kat dalam perut tu kalau haemoglobin rendah sangat?
1. Bayi tu boleh keluar awal daripada yang sepatutnya / kelahiran pra-matang. Bayangkan lah apa jadi kalau dah keluar lebih awal daripada waktunya. Paru-paru dia tak kuat lagi. Organ lain pun tak matang lagi. Macam-macam lagi boleh jadi.
2. Boleh sebabkan kematian bayi dalam kandungan ( Intrauterine Fetal Death ) disebabkan bayi tu tak dapat cukup oksigen. Yela, haemoglobin tu kan tugasnya nak angkut oksigen. Rosak la otak anak kita kalau tak cukup oksigen kat dalam tu.
3. Kemurungan pada si ibu tu sendiri selepas melahirkan yang dipanggil Post Partum Depression. Memang anemia ni dikaitkan juga antara penyebab kemurungan pada ibu lepas bersalin. Tiba-tiba rasa diri tak berguna, emosi jadi tak menentu dan boleh jadi timbul perasaan nak cederakan anak sendiri!
Apa pun ikut cakap doktor ye. Kalau rasa loya dan tak selesa perut masa makan ubat tu boleh makan bersama makanan lain kecuali susu, pil kalsium dan antasida.
Boleh juga cuba makan daging ayam untuk tambah zat besi dalam darah terutamanya bahagian hati ayam tu dan boleh juga cuba makan kismis, roti, ikan, jem kacang, oat dan sayuran hijau macam bayan dan lain-lain.
Nota:
Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye sebab ilmu ni akan sangat berguna bila dah hamil nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!